adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday 22 November 2015

Kenali Batuk Kokol a.k.a Pertusis

Pernah tak korang dengar pasal penyakit batuk kokol ? kalau kita tgk akhbar-akhbar dan media-media sekarang banyak yang bagitau penyakit batuk kokol ni dah semakin meningkat. Jadi bagi yang masih belum tau apa tu penyakit batuk kokol kene baca ni..



Kenali batuk kokol @ pertusis

Batuk kokol atau dalam bahasa Inggeris (Pertussis), atau (whooping cough), adalah penyakit yang mudah berjangkit dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian.

Terdapat 30 hingga 50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setahun. Hampir 90 peratus kes berlaku di negara membangun.

Penyakit batuk kokol disebabkan bakteria Bordetelia pertussis dan berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat-sekat terutama di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun. Tanda-tandanya adalah batuk sekali-sekala dan melarat menjadi batuk kokol berpanjangan dan akhirnya muntah.

Menurut Pakar Runding Pediatrik dan Presiden Persatuan Pediatrik Asia Pasifik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Malaysia belum ada data terkini mengenai batuk kokol namun sehingga 2005, laporan kes penyakit ini menunjukkan peningkatan.

Profil Imunisasi Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan hanya enam kes batuk kokol dilaporkan pada 2006.

Ini disebabkan semua bayi di Malaysia wajib mendapatkan vaksin DTP (Difteria, Tetanus dan Pertusis). Keberkesanan vaksin ini berjaya mengekang penularan jangkitan batuk kokol buat masa ini.

“Keimunan penuh terhadap batuk kokol bagi bayi hanya diperoleh selepas dos ketiga vaksin diberikan apabila bayi berusia lima bulan. Pendedahan kepada bakteria pada bila-bila masa sebelum keimunan penuh diperoleh boleh menyebabkan jangkitan, dan membawa kesan memudaratkan.

‘‘Masalahnya, daya tahan terhadap penyakit tidak kekal kerana tahap imuniti semakin berkurangan apabila kanak-kanak berusia 11 atau 12 tahun. Namun begitu, mereka boleh diberi suntikan penggalak untuk mencegah batuk kokol, agar tidak menghidap penyakit tersebut ataupun menyebarkannya kepada bayi yang baru lahir. Sebahagian besar daripada jangkitan batuk kokol di kalangan bayi baru lahir memang berpunca daripada orang dewasa yang dijangkiti,” ujar beliau pada sidang media tentang vaksin pertusis anjuran Sanofi Pasteur baru-baru ini.

Vaksin

Vaksin DTP ialah salah satu daripada vaksin dalam Program Imunisasi Kementerian Kesihatan yang bermatlamat memberi vaksin kepada setiap kanak-kanak di Malaysia. Bayi menerima suntikan vaksin DTP pada usia dua bulan, tiga bulan dan akhirnya lima bulan dengan satu lagi dos tambahan pada usia 18 bulan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...