adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Tuesday 28 July 2015

5 Tips Atasi Masalah Perut Buncit

Anda pasti mengeluh dan hilang keyakinan apabila melihat perut yang semakin ke depan dan sudah pasti ini menggangu penampilan. 

Buncit juga menandakan risiko kesihatan yang biasanya dikaitkan dengan kesan obesiti.  Perut buncit ini mengandungi lemak visceral yang amat berbahaya bagi tubuh. 


 
1. Ambil serat larut secara teratur

Pastikan antara 30 – 35 peratus daripada makanan yang dimakan merupakan serat larut.  Orang yang lebih banyak mengambil serat larut mengalami pengurangan lemak perut daripada masa ke semasa. Sumber  yang baik bagi serat larut adalah seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, telur, kayang soya dan daging tanpa lemak.
 
2. Rajin bersenam

Latihan intensiti sederhana hingga latihan intensiti tinggi dapat membantu mencegah pengumpulan lemak visceral di dalam perut.  Jika anda menambahkan waktu untuk bersenam serta melakukannya secara rutin, lemak perut akan berkurangan. Beberapa latihan kardio seperti joging, tenis dan lompat tali contohnya, berguna untuk membakar lemak. Jangan pula buat senaman apabila kita rajin sahaja, tetapi anda perlu melakukannya secara teratur pada waktu pagi atau petang.
 
3. Banyak minum air putih

Mengambil air putih sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari amat penting untuk menjaga kesihatan tubuh.  Air putih mampu mengeluarkan racun di dalam badan di samping menyeimbangkan kadar metabolisme tubuh.  Air putih juga kekalkan tubuh dalam keadaan hidrasi. 
 
Minum air putih sebelum makan juga membantu mengelakkan anda makan terlalu banyak.  Mereka yang minum dua gelas air sebelum makan, akan mengambil kalori yang sedikit berbanding orang yang tidak minum air terlebih dahulu.  Jadi bagi mencegah perut buncit, bawalah air putih ke mana saja anda pergi.
 
4. Makan banyak buah-buahan

Golongan yang mengambil beri biru setiap hari memiliki lemak perut yang sedikit berbanding yang tidak mengambilnya, malah risiko yang rendah mendapat penyakit jantung dan diabetes.
 
Buah limau bali juga merupakan pilihan yang baik untuk mencegah perut buncit.  Dua manfaat utama daripada buah ini adalah indeks glikemik yang rendah dan juga dapat membakar lemak jauh lebih baik daripada sumber makanan lain.  Buah-buahan lain yang membantu mengurangkan kenaikan lemak perut adalah seperti tembikai, oren, lemon dan kiwi. 
 
Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya sejenis buah setiap kali selepas makan atau ketika anda berasa ingin mengunyah sesuatu.  Jus daripada buah-buahan juga boleh menjadi pilihan, tetapi pastikan  tidak ditambah pemanis.
 
5. Makanan sihat dan makan dengan kerap

Amalan mengambil makanan sihat dapat membantu penurunan berat badan.  Ketika menstruasi, wanita cenderung makan dengan kerap.  Dalam tempoh itu, metabolisme akan bekerja perlahan-lahan.
 
Disarankan juga agar anda memasukkan beberapa variasi makanan lain sebagai tambahan seperti badam, anggur, epal, yogurt rendah lemak dan biskut gandum di dalam menu makanan sihat anda.
 
 Selamat mencuba!

Sumber : Mingguan Wanita 

Sunday 26 July 2015

Beraya di Johor Tahun Ni Weiii

Sape kat sini yg kahwin dgn org jauh selalu ade masalah nak bila tiba nk balik raya?? angkat tangannn ✋✋✋
Aku?? hmm mmg kawen dgn org jauh tapi lom pernah lagi tau gaduh2 bab nk balik raya wlpun dah 3 taun kene raya kat  kg husben..baik kann?? ( nangis dalam hati jek la )

Buat pertama kali nya ni nak habak maiiii..pertama kali dalam sejarah selepas kahwin cek dapat balik beraya kat johor!! horayyyy.... Catat sejarah la kira ni tahun 2015 ..raya pertama kali kat johor selepas kahwin dan dah beranak dua..tambah dlm perot lagi sorg..sob..sob..

Tahun pertama lepas kahwin dulu, 2011, bagi laluan kat rumah mil dulu sbb lepas tu aku nk balik bersalin kat johor..ahkak ok jerrr..tak kesahhh pun

Tahun kedua 2012, apip dah nak setahun, beraya kat Perth weii, tak balik Malaysia..huhu..pestaim gak beraya kat perantauan tuu..merasa la jugak tau..

Okeyy..bila dah balik Malaysia..tahun ke tiga..2013, Semua adik beradik encik husben beraya kat kelantan, so turn skali lagi terpaksa di ubah..aku mmg rehdoo jek ..isteri misthali weii..haha..grrrrr

Tahun ke empat..sebab beberapa faktor masalah yg timbul..terpaksa redho jugak beraya kat kelantan lagi..setiap kali turn beraya kat kelantan aku mmg tak balik johor terus tau sbb tak larat la jauh bangat nk ulang alik..( tu la sape suh kawen dgn org jauh..len kali kawen satu kg hokehh ..bhahahah)..raya haji baru aku balik johor lau turn raya puasa kat kelantan

4 taun dah tak merasa ketupat nasi masa raya puasa haha..tapi takpe la raya haji pun mkn ketupat jugak hehe

So for the first time ever..tahun ni dapat gak aku berhari raya kat johor dgn mak aku..wlpun adik aku ade seketol jek dapat jugak amik gambar family ramai2..sekarang meriah la sikit sbb mak aku dah ade 3 cucu..dan InshaAllah bakal bertambah lagi satu cucu nya taun depan..( kalau tercepat taun ni jugak keluar..opsss).. 

Nahhh belanja gambar sikit 😁😁


Ini lag keluarga kecil kami 😁





ok cukup la 4 keping hehe..taun depan bakal beraya kat kelantan la aku ni..dan tau  lagi satu pun iye jugak rsnya..nak jmpkan semua adik beradik encik husben balik..ni lah dia isteri yg toat dan patuh..😭😭.. eh..ikhlas ke tak ni?? haha ikhlas ke tak ke kene jugak ikut..

Pasni gambar family bertambah-tambah -tambah la lagi ye cucu cik siti mawar kita ni 😆😆

Kurus Macam Che' Ta dengan Idola

Promosi utk Produk Idola dah tamat..sedihh kan.tu la sape suruh taknak beli awal2 aritu kan dah rugiiii

Tapi..untuk yang membeli 2 kotak saya masih bagi harga istimewa utk anda
rm316 utk 2 kotak, free delivery semenanjung and free shaker..yahooo

Harga untuk sekotak adalah rm250.. berbaloi- baloi la kalo beli dua kotak terus kan..ajak kawan2 share dapat jimat lebih lagi





Jom cepat sape nak order atau sebarang pertanyaan wassap terus ye
farah

Vitamin yang Penting Untuk Ibu Hamil

Setiap ibu-ibu yang hamil mesti nak beri yang terbaik untuk bayi dalam kandungan kan, sebab tu la bila doktor bagitau jek kita hamil, mesti kita dah sibuk2 start nak cari supplement untuk tampung mana- mana zat yang kurang dalam badan ni..

Sebenarnye, kalau kita dapat amalkan makanan yg sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan kita tak perlukan pun supplement dan vitamin tambahan melainkan asid folik atau vitamin B, tapi sekiranya kita rasa macam zat yg kita dapat daripada pemakanan tu macam tak lengkap jek maka boleh la kita tambah dengan vitamin dan supplement lain..



Ini antara vitamin- vitamin yg penting untuk ibu hamil

Asid Folik (folic acid)

  • Asik folik membantu mencegah kecacatan kelahiran otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh melindungi ibu hamil terhadap kanser dan strok.
  • Ibu hamil perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 600 mikrogram setiap hari dari makanan dan vitamintambahan.
 

Besi (Iron)

  • Besi membantu perkembangan otot-otot kepada ibu hamil dan bayi.
  • Ia juga membantu mencegah anemia (sel-sel darah merah terlalu kecil dan terlalu sedikit).
  • Besi juga boleh mengurangkan risiko kelahiranpramatang dan berat kelahiran yang rendah.
 

Kalsium (calcium)

  • Kalsium membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi.
  • Ia juga membantu sistem saraf, otot dan mengekalkan sistem peredaran darah yang sihat.
  • Jika ibu hamil tidak mendapat kalsium yang mencukupi dari makanan, badan akan mengambil kalsium daripada tulang dia dan memberikannya kepada perkembangan bayi.
  • Dari semasa ke semasa, kekurangan kalsium dalam tulang boleh menyebabkan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, tulang nipis dan meningkatkan risiko tulang pecah.

  Asid docosahexaenoic (DHA)
  • DHA juga dikenali sebagai asid omega-3 lemak. Ia membantu menyokong dan perkembangan saraf otak dan mata bayi.
  • Ibu hamil perlu mendapatkannya sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari.

  NOTA:
  • Sebelum anda mengambil vitamin dan suplemen untuk ibu hamil, anda harus meminta nasihat daripada doktor anda sama ada anda perlu ataupun berapa banyak yang anda perlu mengambil.
  • Sesetengah vitamin adalah berbahaya untuk diambil semasa hamil. Dos yang terlalu banyak kadang-kadang berisiko kepada bayi anda. Sebagai contoh, pengambilan vitamin A yang terlalu banyak semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

Banyak lagi vitamin penting yg diperlukan oleh ibu hamil seperti protein, zinc, karbohidrat.. tetapi kalau kita amalkan pemakanan yg seimbang InshaAllah kita bole dapat lain- lain vitamin dan zat dari makanan yg kita ambil.

Friday 24 July 2015

7 Tips Elak Makan Berlebihan di Rumah Terbuka

Musim perayaan ni biasanya sana sini orang buat rumah terbuka ye tak, baru jek bulan puasa dapat turun kan berat badan berkilo-kilo, tiba hari raya, berat naik berlebih2 pulak ye..hehe..

Walaupun kita jaga makan jangan la sampai tak keluar beraya pulak ye.
Ni ada sedikit tips saya nak share utk kawal makan bila pergi ke open house kawan2 anda

Tips ni saya dapat dari kawan.. tapi yg asal nya ia Tips dari Kevin Zahri tu..ala yg slalu buat programme utk kuruskn badan dengan bersenam dan kawal makan tu lah..



1. Jangan sampai tak beraya
- jangan jadi org yang anti sosial pulak bila nak jaga berat badan tu, makan la berpada-pada, bukan tak bole ke open house langsung

2. Makanan seimbang
- mulakan hari dengan makanan yg seimbang, ambil makanan yang tinggi serat dan protein kerana lebih mengenyangkan, jadi tak la makan over sangat di open house nnt

3. Buat Perancangan Awal 1
- jadikan setiap open house sebagai 1 kali hidangan anda , breakfast, lunch,  & dinner

4. Buat Perancangan Awal 2
- survey dulu open house mana yg anda nak pergi dan plan nak makan apa, jangan sampai makan tak ikut plan ..boleh ke?? 😆😆

5. 20 minit rule
- ingat dari suapan pertama hingga kenyang, ambil masa 20 minit sahaja..jangan makan lagi selepas 20 minit

6. Sunnah Nabi
- berhenti makan sebelum kenyang
- tgk balik 20 minit rule tu

7. Kurangkan kalori air
- biasa nya waktu beraya rendang , lemang, ketupat akan jadi hidangan utama kan, jadi apa kata kita kurangkan kalori intake dari air, nak lebih mudah minum air masak/ air putih sahaja bila beraya 

Kalau tak nak berat anda naik ketika beraya dan ber open house..kene la disiplin ye amalkan tips2 ini..hehe..nanti jenuh pulak nak menurunkan balik berat masing2.

Selamat Beropen House ye !! 😁😁

Wednesday 8 July 2015

Tips Untuk Ibu Hamil & Menyusu yang Berpuasa

Ramadhan tahun ni cuma tinggal beberapa hari je lagi kan..sedar tak sedar ..kejap jek dah nak habis Ramadhan..Tahun ni InshaAllah saya berpuasa penuh sekira nya mampu dan diberikan kesihatan yang baik.

Alhamdulillah Allah bagi rezeki utk puasa penuh tahun ni..Ini adalah kali ke-3 saya dapat  berpuasa penuh sepanjang saya dah berkahwin ni lah..hehe..disebabkan ketiga-tiga kehamilan saya akan melalui bulan Ramadhan.. pulak tu kali ke -2 saya berpuasa + hamil + menyusu anak..haaa sape yg ckp ibu hamil tak mampu nak berpuasa..ini bukan setakat hamil..masih menyusu kan anak lagi.. 

Kali pertama adalah dua tahun lepas sewaktu mengandungkan Ainur Safiyya..saya masih menyusukan abg dia, skrg sy masih menyusukan safiyya di tambah dgn baby dlm perut lagi..

Ini antara tips2 yg saya boleh sharekan macam mana nk bertahan dan bertenaga sepanjang berpuasa utk ibu yg hamil dan menyusukn ank 



1. Niat
- Niat ni sangat penting sebelum kita start berpuasa lagi..ade org blm puasa dah pikir mcm yang negativ2 sampai akhirnya betul2 jadi tak boleh nak puasa kan..  berniat la yang kalau bole kita nak berpuasa penuh

2. Jangan tinggal sahur
- ini paling wajib untuk saya,.sblm saya berkahwin, saya memang tak bole ambil nasi waktu sahur, rasa macam nak terkeluar balik bila mkn nasi tu, tapi sejak ade anak dan hamil waktu bulan puasa, dah terpaksa juga bersahur dengan makanan berat..itu saya la..mungkin kalau anda tak dapat makan nasi bole bersahur dengan air yg berprotein tinggi dan kurma..

3. Pastikan Pengambilan Air masak Cukup
- sebenarnya memang sangat susah utk saya habiskan walaupun  2L air masak di bulan puasa ni tapi saya cuba jugak sedaya yg termampu kerana jika air terlalu kurang ia akan menjejaskan pengeluaran susu utk anak saya. jadi nak tak nak kene minum sikit-sikit lepas waktu berbuka tu smpai la ke sahur

4. Supplement
- ini pun sangat penting untuk saya. disebabkan hamil dan menyusu, saya memang wajin ambil setiap vitamin dan supplement saya ikut waktu yg sesuai, yg mana kene mkn waktu sahur, yg mana kene makan lepas berbuka..untuk mengekalkan zat dan nutrien seharian saya sepanjang hari walaupun berpuasa..

pilihan saya dah pasti la Vitamin semulajadi dari Shaklee.

Saya amalkan Vitalea, ESP, Vitamin C dan Ostematrik

5. Makan makanan yang seimbang
- saya pastikan sepanjang waktu berpuasa saya akan mengambil makanan yang seimbang dan sihat. Saya banyakkan makan buah-buahan, sayur2, makanan berprotein, karbohidrat ni amik biasa2 je. 

Lepas tu makan la secara perlahan2 dan berhenti sblm kenyang.. biasa la waktu berbuka tu kadang2 nafsu mengatasi segalanya sampai perut jadi senak hehe

6. Doa & Tawakal
- akhir sekali tak lupa setiap hari untuk berdoa supaya Allah permudahkan setiap perjalana saya untuk berpuasa walaupun dalam keadaan hamil dan masih lagi menyusukan anak. Amin

Saya yakin anda pun pasti boleh juga untuk berpuasa penuh walaupun masih menyusukan anak atau pun sedang hamil..tapi sekiranya ada alahan yg teruk elok lag jumpa doktor dan minta nasihat dari doktor ye

Salam Akhir Ramadhan 😊




Sunday 5 July 2015

Peranan Suami Dalam Membantu Isteri Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Saya mempunyai dua org anak-anak syurga yang menyusu badan sepenuhnya sejak lahir..si abg sehingga dua tahun..dan skrg si adik pulak dah berumur setahun empat bulan masih menyusu badan lagi walaupun saya sedang mengandung anak ke-3. InshaAllah saya akan cuba untuk menyusukannya semampu yg boleh

Dalam nak menjayakan penyusuan yg ekslusif ni, mesti ramai ibu-ibu yg mengeluh , katanya , si suami selalu 'tidur mati' pada waktu malam bila anak menangis, al maklumlah, anak hanya perlukan susu ibunya, jadi si suami pun boleh rilex tanpa ambil tahu apa tugasan yg boleh di lakukan untuk membantu isteri.

Ini antara beberapa peranan encik suami yg bole dilakukan untuk menyokong isteri yg menyusukan bayi anda secara ekslusif.



1. Sebelum bersalin dah berbincang bersama-sama suami nak bersalin di mana dan beritahu doktor anda yg anda nk terus menyusukan bayi sejurus bayi dilahirkan

Sekiranya bersalin di Gh, kebanyakannya adalah hospital yg meyokong penyusuan susu ibu, tetapi sekiranya bersalin di hospital swasta, anda perlu untuk berbincang dengan doktor anda. Ini dah terjadi pada saya sewaktu melahirkan anak pertama, sy hanya dpt jmp baby 4 jam lepas bersalin sedangkan sy bersalin secara normal, dan bayi saya dah pun diberikan susu formula..memang terkilan tp disebabkann masa tu byk lagi bende tak tau, saya redho jek la. Anak ke dua bersalin di GH, Alhamdulillah.. terus bf baby sebaik baby keluar dr perut 😊😊

2. Suami boleh tolong amik alih tugasan menguruskn anak2 yg lain untuk meringankan beban isteri, jadi isteri dapat tumpukan lebih perhatian untuk menyusukan si bayi

3. Tukar lampin bayi sekiranya bayi sedar disebabkan lampin basah pada waktu malam, jadi isteri hanya bangun untuk menyusukan bayi, tak timbul la istilah, bayi yg bf , suami  bole tidur lena sepanjang malam.

4. Tolong isteri untuk jalankan kerja-kerja rumah yg lain  sewaktu isteri berpantang dan selepas berpantang. 

5. Suami juga bole tlg kejutkan isteri pd waktu mlm untuk menyusukan bayi , bukan apa, kadang2 isteri keletihan melayan kerenah si bayi yg cuba nk sesuaikan diri dgn keadaan baru sampai tak sedar untuk susukan bayi.

6. Jaga mood isteri, lebih2 lagi sewaktu isteri dlm pantang, org berpantang ni selalu emosi. Sekiranya isteri stress, ia boleh mengganggu pengeluaran susu si ibu dan menjejaskan penyusuan bayi anda

7. Baca info dan maklumat tentang penyusuan susu ibu yg ekslusif dan kongsi bersama isteri anda, isteri pasti gembira sekiranya suami juga turut menyokong penyusuan susu ibu kan

Kesimpulannya nk menjayakan penyusuan yg ekslusif ni bukan la dtg dari satu pihak jek..Suami juga memainkan peranan yg besar tau utk menyokong dan mendorong isteri untuk terus menjayakan penyusuan yg ekslusif ni. 

Lagipun banyak sangat manfaat yg ibu dan bayi perolehi bila bayi dapat menyusu dengan esklusif sehingga 2 tahun. Anak sihat, ibu bapa gembira 😊😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...