adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Wednesday 30 September 2015

Idola.. Bukan Hanya Sekadar Menghilangkan berat Badan Berlebihan

Bagi peminat2 Idola..nak bagitau yg promo utk produk Idola ni masih ade lagi tau..memang rugi lau tak grab satu set skrg sbb lepas habis promo, harga akan back to normal la




Bagi yg belum kenal..Idola ni produk slimming yg dikeluarkan oleh G2 Network dan duta nya adalah Che Ta..


tgk jek la perubahan che ta lepas bersalin camne kan..Meletops2 Uolsss..kerlasss..

dah ramai customer saya yg repeat order Idola ni..bila dah repeat maksudnya Idola ni berkesan la menurunkn berat badan dan melangsingkan .

Antara fungsi laun Idola


Untuk harga promo, cepat2 wassap saya tau sebelum stok nya licin
2 kotak rm280
1 kotak rm180
** free gift dan free pos semenanjung

farah

Tuesday 29 September 2015

Perth Short Trip - part 3

Banyaknya kan part cite aku ni hehe..panjang berjela2 la lau nk buat dlm satu entry jek huhu..jom sambung balik cite ms kat perth jom

Hari ke 5

Hari last kiteorg kat perth utk enjoy2..esoknya pagi2 buta dah kene ke airport balik Malaysia..sedihnyaa ..tapi suka sbb dah tak tahan tgk kulit yg tah dah jd mcm ape ni..huhu

Hari last masa utk berwindow shopping la..ke Harbour Town la kite semua..opss..nama dah tukar hokehh..Water Town..tak best pun nama


Abg apip mmg byk duduk kat stroller sbb dah penat kaki dia nk jalan huhu..

Takde beli byk sgt pun sbb takde yg berkenan sangat..beli yg patut2 je huhu


Malam ada kawan dtg melawat sbb rugi la kalo tak jmp bukan sng nk jmp kan..diorg mmg menetap kat sini..abaikan aku yg dah pakai baju tido tu 🙊🙊

Pas diorg balik terus siap2 kan packing utk berlepas esok pagi2..bag memang telah beranak2 tau..beranak lagi 3 😅😅

Hari ke 6

Parents in law aku kul 2 da bangun tau..aku nya mata tak leh nk bukak lagi masa tu, dekat kul3 baru aku bangun, tu pun mil aku dah siapkn bekal, sandwich, dah siap sume mandi2..dlm pukul 4 lebih kurang kiteorg gerak ke airport..kawan encik suami tolong hantar..

Memang sangat2 berterima kasih pada Abe, Kak Huda, Kak ziza yg bagi tempat berteduh selama kiteorg kat Perth .. jasa anda mmg tak dpt dibalas tau


Sian budk2 ni kul 4 pagi dah kene heret g airport




Akhirnya sampai Malaysia (10/9/2015) dalam pukul 1 lebih tghari gitu la..makan siap2 kat klia2 tu..sampai rumah akak ipar aku terus melepakkan diri masing2..keesokkan nya gerak balik kelantan ..dan esoknya pulak baru aku balik terengganu..


tok ma belikan adik set perkakas dapo yg baru ..best ..

fiuhhhh..akhirnya siap gak entry Perth ni..
tak tau bila lagi lepas ni nak ke sana..
Insha Allah lau panjang umur dan murah rezeki bole ke sana lagi..

Resepi Keria Kentang

Kelmarin ternampak resepi keria kentang ni dari fb shela rusly, rupanya mudah jek nk buat keria kentang..bila tgk resepi , trs gi dapo buat kuih ni hehe..


Ok la ni first try..hehe..bahan2 pun semua mmg ade kat dapo..rasa dia pun ok sedap jek..

ni resepi yg di ambil dr fb shela rusly ni

Bahan-bahan

300grm kentang - rebus hingga lembut 
( aku guna lebih ni)
1 cwn tepung gandum
1 sb margerin
1 sb gula pasir
1 sk baking powder- ni tak letak pun xpe, tp aku letak je
sedikit pewarna kuning- ni aku tak letak

Cara-cara

1. Lenyek halus kentang masa dia panas2 , tambah margerin, gula dgn pewarna sekali masa lenyek tu.pastu biarkan sejuk

2. Tambahkan tepung dan baking powder, uli guna tgn sampai adunan tak melekat kat tangan, ikut jenis kentang, aku main belasah jek sukatan tepung. hehe..kalo rasa lembik lg tambah la lagi tepung..

3. Bentukkan macam donut, nak mudah masa bentukkan tu tangan tu celup la dlm tepung takde la adunan tu melekat kat tgn, boleh goreng smpai warna keemasan , angkat dan toskan

Bahan sira gula
3 sb gula pasir
2 sb air

Cara-cara

1. Gula + air, masak hingga berbuih dan pekat

2. masukkan kuih keria yg dah di goreng tadi, kacau sampai semua gula rata, tutup air, teruskn kacau sampai gula kering.

Mudah kan resepi ni? 
apa lagi, jom try buat..hehe..sesuai jugak ni utk baby tau tapi ajust jek sndiri..takyah la letak gula ok.

Perth Short Trip - part 2

Lama nya nk bagi mood dan kerajinan dtg nak update pasal g perth aritu.hehe..
arini nk smbung part 2 pulak huhu..kalau tak ingt dah apa yg berlaku tepek gambar jek la ye..haha

Hari ke-3

Melawat encik2 kangaroo kat Caversham..dah lama tak jmp diorg ni, yg dulu aku tgk dok dlm kocek mak dia agaknya skrg dah gagah perkasa la kn haha..

Apip n adik sangat suka bagi encik kangaroo makan..adik asik dok mintak jek makanan kangaroo tu non stop 



tgk show kambing biri2..wajib masuk sini kalo g Caversham hehe..




Excited masing2 bagi kangaroo mkn hehe..



Pastu melawat encik koala pulak




Gebu kan..geram rasa nk peluk je ketat2..haha tapi xle sbb koala ni tak mesra alam pun huhu..koala ni dia perlukan 24 jam tido kalo tak silap sbb bdn dia cuma ade sikit jek protein so takde tenaga nk bangun lama2..hahaha

Balik dari Caversham kita org ke Fremantle terus utk lunch..tmpt biasa la..Kailis fish n chip..



Hari ke 4

Hari konvo encik suami adalah hari ni la..tapi konvo belah mlm..kul 6 ptg smpi 9mlm..huhu..belah pagi ke UWA amik baju konvo..lepas tu terus shoot g City..

Aduiii la sebenarnya kan masa mmg sgt2 pack kat Perth aritu huhu..badan pun flat terus..jadual sangat ketat haha..



Balik dari city terus masak2, makan dan siap utk ke Majlis konvo encik suami.. 

yg ni aku dah buat entry lain awal2 balik aritu hehe

http://joynhoney.blogspot.com/2015/09/majlis-konvokesyen-papa.html

Tips Atasi Masalah Bengkak Susu

Setiap wanita yg menyusukan bayi pasti akan rasa kan macam mana sakit nya masa bengkak susu ni, payudara mengeras seakan2 ade seketul batu kat dalam tu, susu pulak bila di pam macam tak keluar..kadang2 ade ibu-ibu yg demam disebabkan bengkak susu ni..ini la namanya dugaan utk menyusukan anak.Bila dah bengkak, ibu sakit, anak pun susah nk menyusu dengan betul .


Kenapa bengkak susu ni boleh terjadi?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara penuh dan bengkak. 



Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.

Cuba bagi bayi anda menyusu sekerap yg mungkin dan pastikan teknik hisapan bayi tu betul.

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

11. Jangan lupa untuk ambil supplement vitamin C utk mengelakkan ibu demam dengan teruk, Vitamin C dapat meningkatkan sistem immune badan dan mengelakkan si ibu demam yg berpanjangan.

Bahaya Penggunaan Ubat Jerawat Ketika Hamil

Fuhhh sebenarnya kan baru tau yang ketika kita hamil kita perlu semak label ubat jerawat sekiranya kita nak menggunakan ubat tersebut.

Tak pernah terfikir bahan2 dalam ubat jerawat ni bole memudaratkan baby dalam kandungan. Almaklumlah kan, waktu tengah hamil, badan kita akan mengalamai perubahan hormon, period pun tak dtg utk 9 bulan, mmg tak mustahil org yg tak pernh ade jerawat pun tiba2 muka @ badan naik jerawat.

Itu lah juga yg biasa jadi pada saya..setiap kali hamil, akan dpt jerawat free..biasanya kat muka la..huhu..waktu kebiasaan nya jerawat hanya dtg ketika "bendera merah" je, tu pun bukan setiap bulan..kadang2 je..hehe



Kenapa Ubat Jerawat Bahaya untuk ibu hamil??

Beberapa kandungan yang ada dalam ubat jerawat sangat tidak digalakkan kepada bakal ibu. 
Antaranya bahan yg terkandung dlm ubat jerawat

- accutane yang dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan.

-retinol yang ada dalam ubat jerawat juga tidak boleh digunakan oleh ibu hamil kerana kandungan vitamin A yang terlalu banyak dalam retinol tidak baik untuk tumbesaran janin.

-Selain itu, dua jenis kandungan ubat jerawat biasa seperti beta-hydroxy acid (BHA) dan salicylic acid, yang boleh menyerap ke dalam kulit juga belum terbukti selamat digunakan oleh wanita hamil.

-Demikian juga dengan ubat jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide

Kalau anda risau dengan masalah jerawat yg anda alami sewaktu hamil, jangan terburu-buru untuk menggunkn ubat jerawat tanpa bertanya dengan doktor anda dahulu..cuba amalkan penjagaan wajah/kulit dengn sebaik mungkin sewaktu hamil, banykkan minum air masak, dan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Jerawat sewaktu hamil biasanya terjadi disebabkan masalah hormon, maka ianya akan hilang dengan sendirinya selepas anda melahirkan, tapi ingat!! jangan cuba2 nak picit jerawat anda tu nanti akan tinggalkan parut atau kesan yg susah utk dihilangkan..

Monday 28 September 2015

Krim Serbaguna Ajaib..Wajib ada setiap rumah

Masa aku ke Perth selama 5 hari awal bulan aritu, suhu kat sana bole dikira sejuk jugak la sbb masa tu tengah musim bunga..maka nya kulit aku terus jadi mcm wheather shock gitu ..sampai hari ke -3 je jari2 aku semua habis mcm dihiris2 pisau..huhu..lagi pulak nak basuh pinggan, mandi, amik wuduk..semua kene menahan kesakitan yg amat sangat..

Kulit kat tangan aku ni mmg agak sensitif sikit, kalau guna pencuci pinggan yg tak sesuai pun jadi mengelupas semua..ni pulak disebabkan perubahan cuaca yg mendadak sgt tu..huhu..masa dok perth dulu pun waktu musim winter aku kene basuh pinggan guna glove pulak huhu sbb masalah yg sama..

Bila balik jek rumah, aku trs amik Herbal Blend Cream aku, ( yg memang nk bwk travel mula2 nya tapi tertggal pulak 😭😭) terus sapu kat tgn sebelum tido,,

Paling best bila bangun esok pagi tgk jari aku yg mcm dihiris2 tu mula kering luka2..cukup 3 hari trs baik jari semua ..skrg aku tak pakai pun lagi lebih kurg dah 2 mmgu balik dr Perth ni..cuma guna  dlm ms seminggu jek..




tgk keadaan jari ni masa baru smpi malaysia mmg rs dah kritikal xle nk bengkok pun jari yg luka2 tu..siap berdarah2 kalau sakit tu..


Sekarang semua dah takde..Alhamdulillah..Lega sgt..

Bagi yang ade baby kat rumah, sangat2 elok simpan satu Herbal Blend Cream ni utk waktu2 kecemasan, bukan jek baik utk org dewasa tau , bagus utk bayi jugak.. lagi pulak ia nya dari bahan semulajadi dan bebas dari Paraben!


Ini lah rupa Cream ajaib yg serbaguna ni! Hensem kan ?? 😆😆 Bau dia sangat menenangkan..

Harga utk satu tiub Hebal Blend Cream ni tersangat2 la murah dan berbaloi2 ..tak smpi pun rm50..bole digunakan utk semua keadaan..

- Kulit sensitif
- tumit kaki merekah
- Anak elergik/ exzema , ruam
- kene gigit nyamuk/ serangga
- parut 
- utk losyen harian


kalau tak caya bole cuba sendiri , simpan satu kat rumah dan mudah utk bawa travel ke mana sahaja..

nk order? jom pm/wassap jek terus
farah

Friday 18 September 2015

Petua Menegang & Mencantikkan Payudara Selepas Bersalin

Masalah ni memang menjadi trauma kan hampir pada semua ibu baru lepas bersalin, lebih2 lagi yg menyusu badan..
Bentuk payudara sudah tak secantik dan setegang seperti zaman anak dara..

Saya pun baru terjumpa petua ini dan mungkin bole dicuba selepas bersalin nanti 😁😁..

Cara cuma perlu gunakan bahan2 mentah di dapur ..kalau bahan tu takde sila beli di kedai2 runcit berdekatan ye
😆😆


1.      Ambil beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada payu dara. Biarkan kering dan lakukan berulang kali.

 

2.      Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan dua kali seminggu.

 

3.       Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan tiga kali seminggu.

 

4.       Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. In Shaa Allah mujarab.

Sumber : Majalah PaMa 

Review Custom made Purse-Tote Boutiqe

Daripada beli purse ni hari tu nak bagi review sikit tapi asik la tak menyempat2 kan hehe..

Dah lama cari n sevey2 kat shoping mall purse yg ade byk slot plus harga tak la smpi ratus-ratus tu..tapi takde jumpa satu pun huhu..bila teringat ade satu fb yg buat custom made purse trs gi belek2 fb tu pastu jmp la yg berkenan di hati..




ini lah hasil yg telah dipilih..slot mmg byk, lepas tu satu slot boleh letak 3-4 kad, boleh pilih sendiri corak yg kita suka dalam album utk material dia dan bole pilih design yg kita minat..design macam ni harga dlm rm60 je siap pos..dpt free tali tu lagi dia bagi lagi satu..




Ni antara contoh2 design yg ade..banyak lagi ada..kalau berminat boleh gi jenguk2 sendiri la ye fb Tote Boutiqe tu..harga berbeza mengikut design tau..

Kekurangan nya purse yg aku pilih ni..slot utk kad2 tu terlalu longgar wlpun dah letak 4-5 kad..selalu sangat kad2 aku terjatuh melorot bila keluarkan purse dr bag huhu..so kene buat satu tmbahan rasanya macam button nk halang dr kad2 tu terkeluar dengan sewenang2 nya huhu..

itu saja utk hari ini 😊😊

Tuesday 15 September 2015

Perth Short Trips - part1

Hari pertama 

Sampai airport perth kul 5pagi, ade satu kotak yg kiteorg bwk hilang tak dpt dikesan, tunggu lama  kat tmpt bag drop..smpi dekat kul7 baru keluar dr airport.



takde g mana.berehat je sebab encik husben letih sangat..semua org pun letih hehe..tido jek keje..keluar cari brg nk masak je


tempat pertama yg dituju di awal pagi -fish market huhu..



borong buah , makan smpi muntah hijau 😆😆..murah jek strawberry semua tu $10, buah pear+ apple semua $8

sarapan beli jek..takde tenaga nk masak2  baru sampai 


hari pertama smpi mmg sejuk huhu..


nampak tak hari pertama sume pengsan awal..huhu

Hari ke2

Ke Araluen Botanical park , tgk tulip yg sedang mekar berkembang 😊😊






balik dr Araluen..singgah Chemist cari perfume..ade sale wooo !!




ini yg aku punye..hehe ..harga jgn cite mmg sangat murah..tak smpi $25 pun satu botol tu

ini hasil tangkapan semua perfume dari Chemist tadi 😂😂


Chia seed pun murah ..aku beli jugak 😂😂

sambung kat entry part -2 pulak ye 😁😁
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...