Tapi Alahmdulillah anak kedua lahir dengan berat 2.55kg dan sekarang dia dah pun 13 bulan membesar dengan sihat..
Mesti ramai ibu bapa yang nak tahu juga kan berapa sebenarnye berat bayi yg baru lahir yang dikira normal
Berapa berat bayi yang normal semasa lahir??
Mengikut statistik, berat bayi normal sebaik sahaja dilahirkan adalah sekitar 3.4 kilogram. Julat yang normal adalah di antara 2.5-4.5 kilogram. Hanya 5% bayi yang dilahirkan berada di luar julat ini dan menunjukkan keabnormalan bayi tersebut dari awal lagi.
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi berat bayi anda sewaktu dilahirkan ,
- Diet pemakanan dan berat anda, sebelum dan selepas kehamilan. Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, kebiasaannya bayi anda akan lebih berat. Jika anda tidak mendapatkan zat-zat yang cukup semasa mengandung, bayi anda mungkin lebih ringan dan kecil.
- Tahap kesihatan anda, samada anda menghisap rokok atau menghidap diabetes atau mempunyai penyakit lain
- Berat kelahiran anda sendiri, berat anda dan berat suami anda, kedua-duanya boleh memainkan peranan dalam menentukan berat bayi normal atau pun tidak
- Jantina bayi anda, samada lelaki atau perempuan. Kebiasaannya bayi lelaki lebih berat berbanding bayi perempuan
- Samada ini adalah bayi pertama atau tidak. Bayi pertama biasanya lebih ringan daripada bayi anda yang seterusnya
- Samada anda mengandung anak kembar. Ini adalah kerana jika anda sedang mengandung anak kembar, bayi-bayi tersebut akan lebih ringan daripada anda mengandung seorang
Sesetengah bayi juga akan mengalami penurunan berat badan secara purata 5-10% daripada berat sewaktu dilahirkan, anda tak perlu bimbang, ini adalah perkara biasa kerana bayi kehilangan bendalir dalam badan dan beratnya akan meningkat semula dalam tempoh 10-14 hari kemudian.
Bayi akan bertambah berat badan secara purata 0.5-1kg setiap bulan dan setelah diperkenalkan dengal makanan pejal mungkin purata pertambahan akan berubah.
Apabila bayi sudah semakin aktif, merangkak, berjalan dan berlari, berat mereka adakalanya hanya akan mengalami sedikit sahaja kenaikkan dan ada diantaranya mengalami berat statik untuk beberapa bulan.
Walaupun anak anda tidak memiliki berat yang normal, pada pendapat saya sebagai seorang ibu, selagi anak anda aktif, menyusu dan makan seperti biasa anak anda masih dikira sihat seperti kanak2 lain dan tidak bermasalah.
Sekiranya anda merasakan anak anda tidak normal seperti kanak2 lain segera lah berjumpa dengan doktor.
No comments:
Post a Comment