Di Malaysia ni, penggunaan untuk car seat ni masih belum diwajibkan seperti di kebanyakan negara2 barat..
Aku pun tak pernah terfikir nak letak anak dalam car seat sebenarnya , tapi disebab kan lepas habis pantang anak sulung dulu.. apip la kan..aku terus di terbangkan ke Perth , makanya turun dari Airport , Apip terus kene sumbat masuk car seat bila naik kete..hahaha..
Ini adalah disebab kan car seat adalah di wajibkan kat Perth tu..kalau tak pakai car seat tak silap denda dia $Au 300.. kopak duitt woo..polis die pulak tu kadang kita tak nmpk tapi tibe2 dok tahan bagi saman..sape nk membayor tu kang..
Makanya..Apip sampai sekarang ( tahun ni 4 tahun) masih setia duduk dalam cr seat dia bila masuk kereta..dan dia sangat tak berani nk jalan2 dalam kereta kalau kereta bergerak..bila stop lama sangat baru dia suh bukak seat belt dia pindah ke belakang..opss..ni lagi satu hal..letak car seat dia kat depan..sebab seelok2 nya semua car seat harus duduk kat belakang..
Kalau jalan jauh, car seat apip pun kene duduk kat belakng skali dgn adik n mama..behimpit sikit la 😅😅
Adik masih duduk dalam kedudukan rear facing ni..belum pass untuk tukar ke facing foward ( psst..adik knp tak pakai seat belt)
Sebenarnya kan..dalam pada kita tak sedar, walaupun kita gunakan car seat, ramai yg masih lakukan kesalahan dalam penggunaan car seat ni..itu yg masih mengundang bahaya walaupun anak di letakkan dalam car seat ni
Yang sebenarnya, bayi di bawah 9kg hanya bole duduk dengan kedudukan rear facing sahaja sbb tu lebih selamat, lebih2 lagi kalau kereta tu ade bag udara sangat2 tak digalakkan tau letak baby di bawah 9kg kat depan..
Kebanyakan ibu2 cakap, " susahla nak tgk belakang jek masa drive",
" susah la nak bagi susu , nanti baby tersedak".. tapi anda kene pikir jugak..nak susah ke, nak pentingkan keselamatan ank anda? kalau dah memang terpaksa sangat kan letak kat depan..tolong letak car seat baby anda secara rear facing..itu lebih selamat..malang tu kan tak berbau..
Ok ni carta cara kedudukn yg betul untuk anak2 anda..
Tahu tak, sejak aku ade anak..aku sangat2 jarang dah duduk bahagian depan..bole kira brp kali ..sebab kene duduk dgn anak2 kat belakang..sekali sekala kene jadi Mam besar ..😁😁
Kalau kat Perth, diorg wajibkan penggunaan car seat sampi 8 taun tau..tu yg aku tau la..kalo salah sila betulkan naaa..
Rasnya Malaysia dah patut kene wajibkan penggunaan car seat ni..sebab ianya sangat2 penting jika anda mempunyai bayi@ anak2 bawah 4 tahun..lebih selamat, dan selesa ( sbb tu apip kalau naik kereta takde car seat mcm tak best jek dia rasa)
Untuk adik..dia selalu jek merayu2 nk keluar dari car seat..kene hantar duduk Perth agaknya budak ni practice bia jadi macam abg Apip..baru tau 😝😝😝..
Semoga dengan penggunaan car seat yg betul dapat la kiranya kita kurangkan kadar kemalangan dikalangam bayi& kanak2 ni ye..
Edit sikit gambo..ni baru la penggunaan car seat yg betul..semua dok kat belakang hehe..
No comments:
Post a Comment