adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Friday, 10 April 2015

Anak Lambat Bercakap - "Late Talkers"



Apip start bercakap pada umur 2 tahun lebih..sebelum 2 tahun, dia seorang yg sangat susah nk bercakap tapi dia masih faham dengan apa yang kita arahkan atau cakap dengan dia. 

Sampaikan ada yang menyuruh kami berjumpa pakar kanak-kanak sebab risau dengan keadaan dia yang dah masuk 2 tahun masa tu masih belum boleh bercakap.

Agak nya mungkin disebabkan aku kurang bercakap dengan dia atau pun sebab aku jaga dia sendiri kat rumah menjadikan kurang pergaulan dia dengan rakan sebaya dia kan. Aku cuma rasa ank sulung aku ni seorang yang berat mulut jek 

Pada aku asalkan dia faham dengan arahan, tu dah kira ok tapi rupanya kadangkala ada sesetengah budak yang memang ada masalah  untuk bercakap bila dah masuk 2 tahun tu masih tak bercakap lagi
Faham ke ape aku cakap ni? haha

Ini ada sedikit penerangan berkaitan Kanak- kanak yang lambat bercakap - 'Late talkers'

‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.

Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :

  1. mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa,
  2. adalah lelaki,
  3. dilahirkan dengan kurang berat badan, atau
  4. dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)

Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah  ’Late Talkers’.

Bagaimanakah ibu bapa dapat mengenalpasti sama ada kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda:

1.       Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).

2.       Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari  sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.

3.       Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah


eh.. nampak tak..betul rupanya ia kerap berlaku dikalangan budak lelaki..lagi pulak anak sulung kan


Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers, anda adalah disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Ini adalah kerana penerimaan rawatan padausia yang awal akan memberi kesan yang lebih positif.


  • Sila jumpa doktor kanak-kanak/pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal
  • Sila jumpa Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan
  • Sila jumpa Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.

Aku memang tak pernah pun bawak apip untuk jumpa mana2 pakar kanak2 masa tu, sebab aku yakin yg Apip takde masalah yg serius pun..

Alhamdulillah sekarang ( Apip dah 3 tahun setengah) dah bole bercakap dengan banyak..hehehe..ayat jelas cuma kadang2 pelat2 sikit , cuma yg pelik sikit bab intonasi dia bercakap tu..rasanya sape2 dengar mesti nak gelak..cakap mcm berzanzi pun ade..hihi..tak kesah la kan janji dia dah boleh cakap,  kadang- kadang sampai tak larat nk menjawab sebab dia akan tanya macam2 kat kita nanti..dan paksa kita jawab huhu

So kesimpulannya kan, anda tak perlu risau kalau anak anda masih belum boleh bercakap  bila dah masuk 2 tahun terutama bila anak sulung, 
teruskan latihan bercakap dengan anak2 anda setiap hari, cakap macam kita tengah bercakap dengan kawan2 jek..jangan guna perkataan yang pelat2 ye..
guna bahasa yang mudah dia nak ikut dan faham.

Tapi sekiranya rasa tak sedap hati dengan perkembangan anak- anak anda sila berjumpa dengan doctor dengan segera ye 

kredit doktorbudak.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...