Masa aku mengandung anak sulung aku, aku selalu kene ulang alik dari perth-malaysia disebabkan tak dapat nk buat visa student wife masa tgh preggy tu..so nak tak nak setiap 3bulan kene la balik malaysia. Perjalanan dari Perth ke Malaysia makan masa 5 jam 30 minit.
Kiranya Apip ni sejak dalam perot lagi dah membesar dengan kene ulang alik naik flight..hehe..sampai Apip dah lahir, habis jek pantang, masa umur dia belum pun 2 bulan, aku dah balik perth, masa ni balik ramai2 dgn mil , abg ipar, kawan2, so ade org nak tolong pegangkn baby kalau nak tandas..
Untuk Kanak-kanak dibawah 2 tahun, diorg tak dapat seat sndiri tau dalam kapal terbang ni, kene duduk dengan ibu/ penjaga dia, dah lebih 2 tahun baru bole duduk sendiri
So ni sedikit tips dari aku camne nk kontrol perangai anak kita dalam kapal terbang, tips ni sesuai untuk bayi dan kanak2 ye
1. Bagi susu siap2, utk baby yg masih bf tu, kalo isap fm, bagi siap2 susu bagi kenyang2.
2. Kalau bole tukar pampers siap2 sebelum boarding tu, yg tak pakai pampers ajak gi toilet dulu.
3. Bawak belalan makanan /minumam diorg secukupnya, bwk yg faveret2 dia jek, air kotak ke yg dia suka,
ini gambar masa umur apip dalam 1 tahun 3 bulan dah balik Malaysia for good masa ni
4. Jangan lupa toys faveret, ipad yg dah ade byk kartun yg dia suke( ipad mmg tak bagus tapi untuk behave kn ank dlm kapal terbang sangat berguna hehe)
5. Kalau dapat pilih tempat tu, pilih la yg dekat dengan basinet utk yang ada anak bawah 2 tahun, senang nnt kalau dia nk tido , lebih selesa
See.. betapa nyenyaknya dia tido..
6. Kalau bole pilih la waktu penerbangan yang tidak terlalu awal, atau tak terlalu lewat, bukan ape, takut nanti ganggu mood anak-anak nak tido ke, ngantok lagi ke.
Ok masa ni kami hanya naik kapal terbang bertiga sahaja tanpa papa, pulak tu tiket awal pagi, tapi Alhamdulillah masing2 behave.
Kalau macam baby nampak tak selesa masa nak boarding tu, mungkin telinga dia sakit, bagi jek susu byk2 ye
7. Jangan bawak hand luggage yang terlalu sarat,
eh sebenarnya aku la tu suka sangat bwk byk2 hand luggage tau tak tau la sume rs mcm penting, tp sejak ade byk "handbag" ni kene la kurangkan hand luggage nak2 bila travel sorg2.
sila bwk yg penting2 je tau dlm bag tu, pampers, baju utk change kalau kotor, makanan dan minuman anak, sebenarnye masa cek kastam dia akn suruh buang air yg kita bwk, tapi lepas tu bole beli kat kedai sblm nk boarding tu
8. Kalau ada, gunakan baby carrier@ wrap, sebab lagi mudah bila travel sorang bwk baby n toddler..bag pula biasa guna bagpack tu sng..ini pengalaman aku la..
Apip masa 11 bulan fly ke Gold Coast dari Perth.
9. Bawak la stroller , ia sangat memudahkan masa dlm airport tu sambil2 nk tunggu kapal terbang sampai, tapi tak semua airport bagi kebenaran bawak stroller smpi ke pintu kapal terbang ye, ade yg airport sediakan stroller, kene tanya la airport tu.
10. Pakaikan baju yang bersesuain utk anak anda, kalau sejuk tu pakai la baju yg tebal kalau masa panas pakai baju biasa jek sebab dalam kapal terbang pun dah sejuk, tapi saya pernah fly balik malaysia dari perth, bila masuk jek kawasan malaysia, terus jadi bahang dalam flight tu hahaha
11. Jaga la mood baby dan anak2 anda ye sebelum berlepas dan apabila sampai, sedangkan yg besar ni pun letih kalau perjalanan yg lama, lagikan budak2,
Semoga anda dapat rancang sebaik-baiknya sebelum memulakan perjalanan anda bersama si kecik untuk menaiki kapal terbang supaya anda tak jadi kelam kabut kat atas tu nanti hehe..
Sekian tips dari saya
No comments:
Post a Comment