adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday 27 December 2015

10 Punca yang Boleh Menggagalkan Penyusuan Susu Ibu

Pasti ramai ibu-ibu yang berniat mahu menyusukan bayi sepenuhnya tetapi bila sampai waktunya banyak perkara-perkara yang menjadi penghalang untuk anda menjayakan penyusuaan yang ekslusif



Ini adalah beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda gagal menyusukan bayi anda secara ekslusif


1. Susu tiada

Info yang dibaca mengatakan sebaiknya susukan bayi selepas dilahirkan. Tapi susu tak ada pun! Habis tu macam mana ni? Anak asyik menangis nak susu tapi setitik susu pun tak keluar lagi. Yang ada cuma beberapa titik cecair kuning. Nak bagi ke tak? Untuk pengetahuan cecair kuning di awal kelahiran bayi adalah kolostrum yang sangat bagus untuk antibodi bayi.


2. Tiada sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan

Adakalanya ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang datang melawat ibu bersalin akan menyuruh ibu 'top up' bayi dengan susu formula. Kononnya susu ibu makin lama makin kurang, nanti bayi tak kenyang dan asyik meragam. Apatah lagi bila ibu sudah kembali bekerja, susah hendak ditinggalkan di rumah pengasuh kalau tak pandai minum susu formula. 

Zaman serba canggih ni bermacam-macam pam yang terdapat dipasaran untuk ibu yang bekerjaya terus memberi penyusuan susu ibu pada bayi mereka.
Pokok pangkal nya hanya pada diri sendiri


3. Bagi anak air masak

Bagi yang baru bergelar ibu, tentu kurang pengalaman dan pengetahuan. Kadang kala nasihat daripada orang yang lebih tua untuk memberi bayi minum air masak kerana kononnya bayi cepat haus sebab itu asyik menangis sahaja mesti dipatuhi. Padahal susu ibu sendiri sudah mengandungi 80% kandungan air dan bayi berusia bawah enam bulan tak perlu air atau makanan lain selain susu ibu.


4. Salah info

Pernah tak berhadapan dengan situasi ditegur oleh ahli keluarga supaya jangan kerap sangat menyusukan bayi sebab nanti susu habis! (Ni memang kelakar). Bagi ibu yang tiada maklumat sudah tentu akan ikut nasihat tersebut. Hakikatnya susu ibu tak pernah habis bahkan lagi kerap menyusukan anak lagi banyak susu terhasil.

5. Tunggu bengkak baru pam

Siapa selalu buat macam ini? Alasannya bila pam nanti baru banyak susu yang diperoleh. Sebenarnya salah cara tersebut. Jangan tunggu sampai payudara bengkak baru hendak pam kerana anda sebenarnya mencari nahas untuk membuatkan susu makin berkurangan. Ini kerana bila bengkak, ibu akan demam, seterusnya jadi mastitis atau terkena jangkitan kuman. Sebetulnya pam setiap dua hingga tiga jam sekali walaupun payudara anda ketika itu 'lembik' dan rasa kosong tanpa susu.

6. Cuci puting payudara

Puting payudara perlu dicuci setiap kali lepas menyusukan anak. Penat juga kalau kena ikut 'nasihat' tersebut. Buatnya ketika itu ibu menyusukan anak dalam kereta bagaimana hendak cuci puting pula? Jangan silap info ya ibu-ibu. Ia sama sekali tidak benar. Puting payudara ibu tak perlu dicuci kerana ia mempunyai sebum yang mengeluarkan agen antibakteria yang dapat melindungi bayi yang menghisap susu ibu daripada sebarang kekotoran.

7. Kuantiti susu tak sama bila pam

Jangan jadikan ini sebagai punca ibu cepat putus asa. Sebenarnya ia memang perkara normal kalau kadang-kadang pam dapat sikit dan kadang kala dapat banyak. Tak semestinya setiap sesi mengepam susu, ibu akan dapat dalam kuantiti yang sama. Yang penting, lagi kerap kita pam, lagi banyak susu akan dihasilkan.

8. Perbandingan yang negatif

Ini berlaku pada ibu-ibu menyusu yang berkerjaya. Biasanya ibu-ibu menyusu akan bersama mengepam susu ketika di pejabat. Ada buruk baiknya perkara ini. Baiknya mungkin masing-masing akan saling bertukar info dan pengalaman tentang penyusuan. Tetapi yang buruknya bila ada yang suka membandingkan kuantiti dan rupa susu setiap ibu yang mengepam. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu yang mendapat susu perahan yang sedikit atau yang susunya agak cair pada hari tersebut.

9. Stok susu makin berkurangan

Bila ibu menyusu mengalami situasi ini, ia memang boleh buat ibu tak senang duduk. Walaupun sudah pam mengikut waktu, susu yang keluar masih tidak cukup untuk menampung keperluan anak. Jangan putus asa! Bila berhadapan dengan situasi ini, ibu perlu kuat semangat dan terus gigih berusaha. Selain itu jangan lupa berdoa kepada Tuhan agar mencukupkan rezeki anak dengan susu ibu.


10. Bila ibu mengalami stres

Stres memang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Kalau boleh, ibu menyusu perlu elakkan daripada mengalami stres. Kalau stres juga, cuba pura-pura tidak stres dan gembirakan hati dengan pelbagai cara.

Cirit Birit Dikalangan Bayi

Pernah tak ibu-ibu menghadapi situasi di mana bayi anda cirit birit selama beberapa hari sehingga menyebabkan bayi anda lesu dan tidak bermaya? 

pasti ibu-ibu risau dan tak keruan kan sepanjang hari melihat bayi kecil tak henti-henti  membuang air..ada yang sehingga lebih 10 kali dalam sehari..



Tahukah ibu-ibu, pakah punca yang menyebabkan cirit-birit dikalangan bayi ini?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia 5 tahun.

Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. 

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:
  • alergi (alergi dan alahan terhadap susu dan  makanan);
  • penyediaan susu formula yang tidak betul dan bersih;
  • selsema;
  • antibiotik;
  • keracunan makanan;
  • kekurangan enzim tertentu, walaupun ini sangat jarang. 

Bagaimana cara untuk anda merawat bayi yamg cirit birit?


1. Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripada ternyahhidrat.

2. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. 

3. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solutionatau ORS) beberapa kali dalam sejam. 

ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

4. Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

5. Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.

Bayi yang minum susu ibu dapat mengurangkan risiko cirit birit kerana
elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit. 

Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya makanan pejal.

Jika anak anda berusia 6 bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. 


Tapi, jangan bimbang jika bayi anda tidak mahu makan, cuma pastikan bayi anda minum air yang secukupnya untuk mengelakkannya terhidrat

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut segera bawak bayi anda berjumpa doktor

  • kulit atau bibir kering;
  • lemah lesu;
  • menangis tanpa air mata;
  • ubun-ubun yang mengecut;
  • tangan dan kaki pucat;
  • air kencing kuning pekat;
  • kurang kencing berbanding biasa.

Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian: 

  • cirit-birit dan muntah lebih daripada 24 jam;
  • demam lebih daripada 24 jam;
  • enggan minum apa-apa;
  • terdapat darah dalam najisnya;
  • perutnya membuncit.

Tips untuk mengurangkan ketidakselesaan pada bayi cirit birit

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. 

Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin kerana mudah untuk punggung bayi menjadipedih akibat cirit-birit. 

Gunakan krim penghalang untuk mencegah ketidakselesaan jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakinlah bahawa bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa. 

Amalan kebersihan yang baik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah dipindahkan daripada tangan ke mulut. 

Oleh itu, cucilah tangan anda bersih-bersih selepas menggunakan tandas atau selepas menukar lampin bayi.


Sumber babycenter.com.my

Tuesday 22 December 2015

Pertambahan Gadjet Dalam Rumah

Sabtu lepas barang-barang yg aku beli melalui Lazada dah sampi, ni first time tau beli dari Lazada..sblm ni mmg tak pernah pun..nasib barang selamat sampai..tapi masih ade lagi brg yg di order skali blm smpai lagi..so kita tunggu je la dengan sabar kan huhu..


Tadaaaa..ni la gadjet baru utk dapur aku ..wah2..seronok la pasni boleh menggoreng makann dengan cara lebih sihat dan mudah..

Air Fryer ni sebenanrye mula-mula tengok mak aku yang beli, tapi die beli mahal punye brand Philips, dekat seribu kot, beli kat GoShop yg astro tu pulak..tapi cam menarik jek tgk mudah je nk goreng kentang, nuget, bakar ayam, ikan semua dlm ni je tanpa minyak atau guna sesudu dua myk je..kan menjimatkan tu namanya

Tu yang aku dok servey2, brand Trio ni sama dgn brand oven aku so ok la ni rasanya..harga pun sangat2 berpatutan rm298 dan pos dalam rm10 gitu..



Malam tu jugak terus testing bakar wedges hehe.selamat menjadi tau..rasa sama macam yang digoreng dan lebih sihat sbb kurang la minyak dari yang goreng punye..untuk kentang kene letak dalam 1-2 sudu minyak dan gaul2 kan je nnt minyak dia akan jatuh kat penapis bawah jugak..

Sekarang pagi-pagi kalau ank2 mintak kentang mudah jek boleh masuk dalam air fryer ni dan tinggal set timer nnt dia siap..terus keluarkan dan makan..biasa utk kentang dalam 12-15 minit je gitu..tak de la kene jaga je manjang macam kita goreng dalam minyak kan  hehe..


yang lagi satu pulak mop spray yang baru aku beli pun murah punye je rm42 skali pos..aku punye mop spray yg lama dah jahanam..nampak tak yg aku ni rajin mop rumah? hahaha..so beli baru la sebab guna mop spray ni sangat mudah dan mempercepatkan keje2 tau


Eheemm..ehemmm..yang ni bukan gadjet...haha tapi sofa yang baru..sebab sebelum ni rumah aku mmg takde sofa pun..dok atas lantai je..ade rezeki lebih sikit ni terus ajak en suami cari sofa..maka..ini lah wajah baru untuk ruang tamu kami..Alhamdulillah..

Rasa nya masa gi mencari sofa ni lebih dari 10 kedai tau masuk, kaki mcm nak tercabut dengan perut yg dah semakin membesar dengan jayanya lagi haha..
Seb baik rezeki kami dapat jugak beli sofa ni huhu..
( Alasan beli sofa sbb nk duduk atas sofa masa dalam pantang, susah duduk bawah nk bangun2 nanti..haha..logik tak alasan aku?? ) 

ok tu je update untuk pertambahan brg2 dalam rumah aku..kalau ade lagi bakal diupdate kemudian hari..terima kasih la sbb sudi membaca 😁😁

Friday 18 December 2015

Bentan Ketika Berpantang

Bentan ni sangat ditakuti oleh ibu-ibu baru lepas bersalin kan, apa tidaknya bila dah bentan pulak tu dalam keadaan masih berpantang mesti lah ianya sangat sukar untuk ibu-ibu menguruskn bayi dengan sempurna.

Saya masih belum pernah lagi merasa bagaimana pengalaman bentan tu , syukur Alhamdulillah , tapi ade kawan-kawan yang dah pernah terkena memang kesian bila dengar..ada yang demam sampai menggigil-gigil , ada yang sakit urat seluruh badan.. jadi kalau boleh cuba la sehabis upaya kita untuk berpantang dengan sempurna supaya dapat elakkan masalah-masalah lain terutamanya bentan ni



Jom kita kenali serba sedikit pasal bentan ni

Jenis-jenis bentan

Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

 

Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

 

Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

 
Ibu-ibu harus ambil langkah berjaga-jaga walaupun dihujung-hujung tempoh berpantang, masih ade ibu yang terkena masalah bentan ni. 

Maka kalau bole sepanjang berpantang tu cuba amalkan tips di bawah ni utk mengelakkan anda bentan 

Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek selain dari mengangkat bayi anda.Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

Kita juga kalau boleh elakkan byk berjalan dikhuatiri ibu jari kaki terlanggar sesuatu yg keras yg bole juga mengakibatkan masalah bentan dan tumpah darah.

Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman. 

Pastikan tuala wanita ditukar setiap beberapa jam sekiranya anda rasa ia telah penuh atau setipa kali anda membuang air dan lap sehingga kering bahagian luka anda

Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terusng, nangka muda.

Thursday 17 December 2015

Jaundis Pada Bayi Baru Lahir

Jaundis atau nama glamer nya di kalangan ibu-ibu 'demam kuning' kerap terjadi pada bayi baru lahir. Anak-anak saya juga tidak terkecuali terkena jaundis ketika baru dilahirkan. Mungkin juga disebabkan saya berdarah O .

Anak kedua pula terus jadi prolonged jaundis, jaundis smpi sebulan lebih baru betul- betul hilang. Risau betol masa tu tapi Alhamdulillah ank saya sihat lepas tu sekarang dah pun setahun 10bulan.

Walaupun peratusan untuk kebanyakan bayi mendapat jaundis adalah tinggi, tetapi adakah ibu-ibu semua tahu apa itu jaundis sebenarnya? bagaimana ia boleh berlaku dan apa punca nya?


Apa itu Jaundis?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. 

• 50% bayi baru lahir yang cukup bulan akan menghidap jaundis pada hari ke-2 atau ke -3 kelahiran dan hilang setelah seminggu

• 80% bayi yang lahir tidak cukup bulan akan menghidap jaundis antara 5 ke 7 hari selepas kelahiran dan biasanya hilang 2 bulan selepas kelahiran


Bagaimana Jaundis di rawat?

1. Susukan bayi anda dengan kerap, kalau boleh kejut bayi setiap jam untuk menyusu, penyusuan yg kerap dapat pulihkan jaundis bayi anda  kerana jaundis akan keluar melalui air kencing dan najis bayi.


Tetapi ada juga jaudis yang diakibatkan oleh susu ibu. Anda perlu mendapat keterangan lanjut kepada doktor berhubung dengan jaundis bayi anda sekiranya berasa ragu-ragu.

2. Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari. 

3. Sesetengah bayi mungkin perlu dirawat di bawah lampu fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. 

Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital. 


4. Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat. 

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah. 

Kebiasaannya, jururawat dari klinik akan datang melawat ke rumah ibu-ibu yang baru lepas bersalin, sekiranya jururawat mendapati bayi anda menghidpai jaundis, anda perlu la segeran untuk ke klinik berhampiran untuk membuat pemeriksaan tahap jaundis bayi anda.

Jangan ambil ringan ye masalah jaudis bada bayi ni kerana sekiranya jaundis bayi melebihi had yang ditetapkan, bayi perlu menukar darah dan sekiranya ibu bapa gagal untuk mengesan masalah ini, ia boleh memberi kesan pada sistem organ dan otak bayi.

Semoga sedikit info ini dapat memberi manfaat untuk semua 😊

Sunday 13 December 2015

Penyebab Keputihan dan Cara Mengatasinya

Masalah keputihan adalah sinonim di kalangan wanita, walaupun bukan semua wanita mengalami masalah tersebut, tetapi bagi wanita yang mengalami masalah keputihan pasti akan berasa tidak selesa dan mengganggu mood seharian mereka.



Pada kebiasaannya, lendir faraj adalah jernih atau berwarna putih. Jika keputihan tidak berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan menandakan tiada jangkitan berlaku. Keputihan yang berlendir dan tidak berbeku adalah normal, tetapi apabila ia mula berbau hanyir, berbeku, terdapat keradangan atau kegatalan menandakan keputihan yang bermasalah.

Keputihan terjadi disebabkan oleh beberapa faktor bukan hanya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat.

Antara penyebab keputihan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

  • Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
  • Pengambilan antibiotik atau steroid
  • Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku kepada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
  • Pil perancang keluarga
  • Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
  • Diabetes
  • Sabun wangi, losyen atau mandian buih
  • Penyakit radang pelvik
  • Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
  • Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
  • Jangkitan kulat

Cara-cara untuk mengatasi masalah keputihan


1. Biasanya, setelah sudah dikenalpasti, jenis rawatan akan berbeza bergantung kepada diagnosis doktor mengenai penyebab keputihan itu tadi. Jika ianya adalah jangkitan, kebiasaannya ia akan dirawat dengan mengambil antibiotik. Samada memakan antibiotik atau menggunakan antibiotik di dalam bentuk krim atau gel.

2. Jika doktor mengesyaki anda dijangkiti bakteria, doktor mungkin memberi preskripsi untuk sejenis antibiotik yang dipanggil metronidazole. 

3. Manakala jika ia dikenalpasti sebagai penyakit kelamin, biasanya anda diberi suntikan antibiotik sebelum keputusan ujian di makmal boleh mengesahkannya. 

4. Ingat, jangan dapatkan rawatan sesuka hati tanpa merujuk pada yang pakar. Sebagai alternatif, untuk bacaan sahaja, dapatkan maklumat di hujung jari di portal Kementerian Kesihatan Malaysia.


5. Jika anda mempunyai jangkitan kulat yang berulang dan anda kenal dengan simptom-simptom jangkitan kulat tersebut, anda boleh gunakan krim anti-kular yang boleh didapati tanpa sebarang preskripsi. 

6. Jika masih tidak dapat lihat sebarang perubahan, doktor boleh menukar rawatan berdasarkan pemeriksaan terkini.

Perubahan hormon

Bagi atrofi faraj pula, ia disebabkan perubahan hormon yang kebiasaannya berlaku sewaktu kehamilan, semasa mengambil pil perancang atau selepas menopaus. Jika anda sedang mengambil pil perancang kehamilan, ia dapat diatasi dengan menggunakan dos yang lebih kuat untuk mengatasi keputihan. Manakala jika anda menopaus pula, terapi penggantian hormon adalah rawatan yang sesuai.

Di harap sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda yang sedang dalam dilema dengan masalah keputihan ini

sumber siraplimau.com

14 Kelebihan Perempuan yang Tidak Suka Bersolek

Wanita dan alat solek memang sangat-sangat tak dapat nak dipisahkan ye tak..tapi ade sesetengah wanita jarang sekali menggunakan alat solek di atas sebab-sebab tertentu

Saya juga adalah tergolong dalam wanita yang tidak suka bersolek, bila nak keluar ke mana-mana cuma sapu krim pelembab dan bedak sahaja dah cukup memang sangat cepat boleh bersiap hehe..kalo terakhir saya bersolek adalah sewaktu hari perkahwinan saya 5 taun lepas ..hehe..lama betul kan

Sebenarnya kan banyak tau kelebihan lain bagi wanita yang tidak suka bersolek ni..nak tahu apa kelebihan lain tak? jom baca jom


1. Jimat duit 

Sudah tentulah anda boleh berjimat. Bukan murah nak beli alat makeup, lagi pula kalau nak cari yang sesuai dengan kulit wajah. Harus pakai duit lebih. Anggaran untuk sebulan bahagian bibir saja pun dah beratus. Jadi mana yang tak bersolek, confirm boleh menabung lebih!
 

2. Kulit lebih sihat

Kulit boleh elak daripada masalah jerawat atau jeragat. Alat makeup pun ada yang mempunyai bahan kimia, jadi jika kulit tidak ditutup dengan bahan solekan, kulit boleh bernafas bebas, bukan? 
 
 
3. Lebih yakin dengan natural beauty

Wanita selalu guna makeup sebab nak naikkan seri dan mungkin atau tutup noda dan pori-pori, Kalau dah terbiasa tidak menggunakan makeup, anda rasa alat solek bukan keperluan.
 
 
4. Tak kotorkan baju

Sakit hati juga kalau tetiba makeup terkena baju. Nak kena cuci pun ada caranya. Tapi kalau tak guna makeup, tak payah nak fikir masalah ini. 


5. Boleh terus tidur

Tidur anda akan lebih nyenyak saat tak menggunakan makeup. Yelah, anda tak perlu fikir tentang masalah jerawat atau noda hitam yang akan timbul.


6. Solat tanpa perlu cuci muka

Nak solat pun senang, tak perlu nak cuci wajah dulu. Wajah tanpa makeup akan lebih mudah dibersihkan daripada menggunakan makeup. Ambil air wudhuk pun lebih sempurna tanpa was-was. Dan untung juga waktu anda tidak akan banyak terbuang hanya untuk membersihkan wajah.
 
 
7. Peluh bukan satu masalah

Cuaca panas dan anda pula berpeluh? Masa ni tak perlu nak risau makeup tu cair. Bebas makeup, bebas masalah! 


8. Gosok mata sesuka hati

Wanita selalu lupa menggosok mata mereka kerana mengantuk atau gatal, tahu-tahu eyeliner dah comot. Tapi kalau anda tak menggunakan makeup anda boleh menggosok mata tanpa sebarang masalah.
 
 
9. Terus masuk bilik tidur

Kadang dah balik lewat dan penat, anda tak perlu bimbang jika tertidur dengan makeup di wajah.
 

10. Mata tak sakit

Tidak ada lagi kes tercucuk biji mata saat menggunakan maskara atau eyeliner. Eh, pernah terjadi tau!
 
 
11. Tak payah tahan kalau nak menangis

Bila-bila masa saja anda boleh menangis, tak perlu nak risau wajah anda bertukar jadi macam badut jika solekan anda bukan kalis air. 
 
 
12. Gigi bersih tanpa gincu

Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir adakah gincu tersapu di gigi. Kita mana tahu, kadang dah sedar bila tengok cermin. 


13. Tona kulit serata

Warna kulit wajah anda akan selalu sesuai dengan kulit tubuh, kerana anda tak pakai bedak asas yang salah.
 
 
14. Rasa yakin dan tidak malu

Anda akan lebih yakin dengan anugerah yang Allah berikan. Rasa selesa dan senang untuk ke mana. Bersiap pun tidak makan masa, tidaklah pasangan mengeluh! Dan paling untung lelaki akan nampak kecantikan sebenar anda.

Sunday 6 December 2015

7 Tips Mendapatkan Perut Kempis Lepas Bersalin

Selepas bersalin ibu-ibu pasti berlumba-lumba untuk mengempiskan perut masing-masing kan. Nak jadi menawan macam masa ank dara balik memang bukan lah sesuatu yang senang kan.


Kalau betul-betul nak dapatkan perut yang kempis bak model-model terkenal kan hanya perlu satu je perkataan yang anda perlu letakkan dalam diri anda..iaitu 'DISIPLIN' 

Jadi cuba mendisiplin diri anda melaksanakan tips-tips di bawah ini untuk mendapat perut kempis yg menawan!



1. Menyusukan bayi sepenuhnya

Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

  1. Berbengkung dalam pantang

Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.

  1. Bertungku dan bertangas

Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.

  1. Jaga makan

Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.

  1. Jangan lupa bersenam

Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

  1. Hati-hati dengan postur badan

Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.

  1. Jom detoks

Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.

Tuesday 1 December 2015

4 Tips untuk Tidurkan Bayi

Bagi sesetengah ibu bapa yang baru sahaja mendapat cahaya mata, mereka mendapati agak sukar untuk menidurkan bayi masing-masing walaupun bayi telah di beri susu yang secukupnya dan perkara-perkara lain juga telah di ambil kira, namun bayi masih sukar untuk tidur


Ini ada beberapa tips /cara yang biasa digunakan untuk memudahkan bayi anda tidur. Apa kata anda cuba salah satu tips ini sekiranya bayi anda menghadapi kesukaran untuk tidur.


1.      Tidur dalam buaian

Ia adalah cara tidur tradisional yang sudah dipraktiskan sejak turun temurun. Bagaimanapun cara tidur ini perlu diselenggarakan dengan betul bagi memastikan aspek keselamatan bayi terjamin.

Kebanyakan pakar kanak-kanak tidak menyokong penggunaan buai untuk menidurkan bayi.


2.      Tidur di paha

Anak boleh tidur di paha papa. Biasanya cara ini lebih praktikal bagi anak yang biasa tidur dibuai. Sambil menepuk pahanya, lutut anda digoyangkan. Keadaan yang sama seperti buaian mudah membuat si manja terlena. Untuk lebih selesa letakkan tilam kecil sebelum meletakkan anak di atas paha.

 

3.      Tidur dalam pelukan

Terdapat dua cara jika menggunakan kaedah ini. Satu, dalam keadaan anda berbaring. Letakkan anak secara meniarap di atas dada dan pusingkan kepala anak sama ada ke kiri atau kanan. Kedua, tidurkan anak dalam pelukan ketika anda sedang berdiri. Letakkan kepala anak di dada anda dan peluknya dengan erat. Berjalanlah sambil mendodoi supaya anak cepat tidur.

 

4.      Tidur sendiri di atas katil

Cara ini paling mudah dan banyak dilakukan oleh ibu bapa. Sediakan tempat tidur anak. Baringkannya dan tepuk pahanya dengan perlahan. Anda boleh mengiringkan anak ke kiri atau kanan untuk seketika.

 

AWAS!

Jangan biarkan anak tidur sendirian. Sindrom SID atau Sudden Infant Death boleh berlau di mana-mana tanpa disedari. Perhatikan bayi yang sedang tidur lena sekurang-kurangnya lima minit sekali.


Sebelum tidurkan bayi anda juga sila pastikan perut bayi tidak kembung, lampin telah ditukar, bayi telah kenyang dan telah di sendawakan. Baru la si bayi akan mendapat tidur yang lena  😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...