Pada kebiasaannya, lendir faraj adalah jernih atau berwarna putih. Jika keputihan tidak berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan menandakan tiada jangkitan berlaku. Keputihan yang berlendir dan tidak berbeku adalah normal, tetapi apabila ia mula berbau hanyir, berbeku, terdapat keradangan atau kegatalan menandakan keputihan yang bermasalah.
Keputihan terjadi disebabkan oleh beberapa faktor bukan hanya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat.
Antara penyebab keputihan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
- Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
- Pengambilan antibiotik atau steroid
- Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku kepada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
- Pil perancang keluarga
- Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
- Diabetes
- Sabun wangi, losyen atau mandian buih
- Penyakit radang pelvik
- Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
- Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
- Jangkitan kulat
Cara-cara untuk mengatasi masalah keputihan
1. Biasanya, setelah sudah dikenalpasti, jenis rawatan akan berbeza bergantung kepada diagnosis doktor mengenai penyebab keputihan itu tadi. Jika ianya adalah jangkitan, kebiasaannya ia akan dirawat dengan mengambil antibiotik. Samada memakan antibiotik atau menggunakan antibiotik di dalam bentuk krim atau gel.
2. Jika doktor mengesyaki anda dijangkiti bakteria, doktor mungkin memberi preskripsi untuk sejenis antibiotik yang dipanggil metronidazole.
3. Manakala jika ia dikenalpasti sebagai penyakit kelamin, biasanya anda diberi suntikan antibiotik sebelum keputusan ujian di makmal boleh mengesahkannya.
4. Ingat, jangan dapatkan rawatan sesuka hati tanpa merujuk pada yang pakar. Sebagai alternatif, untuk bacaan sahaja, dapatkan maklumat di hujung jari di portal Kementerian Kesihatan Malaysia.
5. Jika anda mempunyai jangkitan kulat yang berulang dan anda kenal dengan simptom-simptom jangkitan kulat tersebut, anda boleh gunakan krim anti-kular yang boleh didapati tanpa sebarang preskripsi.
6. Jika masih tidak dapat lihat sebarang perubahan, doktor boleh menukar rawatan berdasarkan pemeriksaan terkini.
Perubahan hormon
Bagi atrofi faraj pula, ia disebabkan perubahan hormon yang kebiasaannya berlaku sewaktu kehamilan, semasa mengambil pil perancang atau selepas menopaus. Jika anda sedang mengambil pil perancang kehamilan, ia dapat diatasi dengan menggunakan dos yang lebih kuat untuk mengatasi keputihan. Manakala jika anda menopaus pula, terapi penggantian hormon adalah rawatan yang sesuai.
Di harap sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda yang sedang dalam dilema dengan masalah keputihan ini
sumber siraplimau.com
No comments:
Post a Comment