adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Thursday 30 April 2015

Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang

Mesti ramai ibu-ibu yang pertama kali nk bawa anak kecik naik kapal terbang risau kan, camne la agaknya diorg nanti kat atas tu, ok ke..k.o ke..hehe.

Masa aku mengandung anak sulung aku, aku selalu kene ulang alik dari perth-malaysia disebabkan tak dapat nk buat visa student wife masa tgh preggy tu..so nak tak nak setiap 3bulan kene la balik malaysia. Perjalanan dari Perth ke Malaysia makan masa 5 jam 30 minit.

Kiranya Apip ni sejak dalam perot lagi dah membesar dengan kene ulang alik naik flight..hehe..sampai Apip dah lahir, habis jek pantang, masa umur dia belum pun 2 bulan, aku dah balik perth, masa ni balik ramai2 dgn mil , abg ipar, kawan2, so ade org nak tolong  pegangkn baby kalau nak tandas..

Untuk Kanak-kanak dibawah 2 tahun, diorg tak dapat seat sndiri tau dalam kapal terbang ni, kene duduk dengan ibu/ penjaga dia, dah lebih 2 tahun baru bole duduk sendiri


So ni sedikit tips dari aku camne nk kontrol perangai anak kita dalam kapal terbang, tips ni sesuai untuk bayi dan kanak2 ye

1. Bagi susu siap2, utk baby yg masih bf tu, kalo isap fm, bagi siap2 susu bagi kenyang2.

2. Kalau bole tukar pampers siap2 sebelum boarding tu, yg tak pakai pampers ajak gi toilet dulu.

3. Bawak belalan makanan /minumam diorg secukupnya, bwk yg faveret2 dia jek, air kotak ke yg dia suka, 


ini gambar masa umur apip dalam 1 tahun 3 bulan dah balik Malaysia for good masa ni

4. Jangan lupa toys faveret, ipad yg dah ade byk kartun yg dia suke( ipad mmg tak bagus tapi untuk behave kn ank dlm kapal terbang sangat berguna hehe)


Kalau dalam Mas dah ade tv camni so takyah bwk ipad takpe dah..hehe, untuk air asia yg kelas ekonomi takde tv2 ni so sediakan la ape yg patut hehe

5. Kalau dapat pilih tempat tu, pilih la yg dekat dengan basinet utk yang ada anak bawah 2 tahun, senang nnt kalau dia nk tido , lebih selesa 


See.. betapa nyenyaknya dia tido..

6. Kalau bole pilih la waktu penerbangan yang tidak terlalu awal, atau tak terlalu lewat, bukan ape, takut nanti ganggu mood anak-anak nak tido ke, ngantok lagi ke. 


Ok masa ni kami hanya naik kapal terbang bertiga sahaja tanpa papa, pulak tu tiket awal pagi, tapi Alhamdulillah masing2 behave.

Kalau macam baby nampak tak selesa masa nak boarding tu, mungkin telinga dia sakit, bagi jek susu byk2 ye

7. Jangan bawak hand luggage yang terlalu sarat, 
eh sebenarnya aku la tu suka sangat bwk byk2 hand luggage tau tak tau la sume rs mcm penting, tp sejak ade byk "handbag" ni kene la kurangkan hand luggage nak2 bila travel sorg2.
sila bwk yg penting2 je tau dlm bag tu, pampers, baju utk change kalau kotor, makanan dan minuman anak, sebenarnye masa cek kastam dia akn suruh buang air yg kita bwk, tapi lepas tu bole beli kat kedai sblm nk boarding tu

8. Kalau ada, gunakan baby carrier@ wrap, sebab lagi mudah bila travel sorang bwk baby n toddler..bag pula biasa guna bagpack tu sng..ini pengalaman aku la..


Apip masa 11 bulan fly ke Gold Coast dari Perth. 

9. Bawak la stroller , ia sangat memudahkan masa dlm airport tu sambil2 nk tunggu kapal terbang sampai, tapi tak semua airport bagi kebenaran bawak stroller smpi ke pintu kapal terbang ye, ade yg airport sediakan stroller, kene tanya la airport tu.

10. Pakaikan baju yang bersesuain utk anak anda, kalau sejuk tu pakai la baju yg tebal kalau masa panas pakai baju biasa jek sebab dalam kapal terbang pun dah sejuk, tapi saya pernah fly balik malaysia dari perth, bila masuk jek kawasan malaysia, terus jadi bahang dalam flight tu hahaha

11. Jaga la mood baby dan anak2 anda ye sebelum berlepas dan apabila sampai, sedangkan yg besar ni pun letih kalau perjalanan yg lama, lagikan budak2, 

Semoga anda dapat rancang sebaik-baiknya sebelum memulakan perjalanan anda bersama si kecik untuk menaiki kapal terbang supaya anda tak jadi kelam kabut kat atas tu nanti hehe..

Sekian tips dari saya


Monday 27 April 2015

Berapa Berat Bayi yang Normal ketika Lahir?

Saya melahirkan anak pertama lelaki saya dengan berat 2.75kg secara normal ( vakum) dan anak kedua , perempuan,  2.55 kg juga secara normal..sewaktu saya mengandung anak kedua, doktor selalu bagitahu yang baby saya kecik sangat, jadi perkara tu sangat2 merisaukan sebenarnye sehingga dah hujung2 kehamilan pun doktor masih ckp bende yang sama, "baby awk ni kecik sangat ni".. ibu mana yang tak risau kan.

Tapi Alahmdulillah anak kedua lahir dengan berat 2.55kg dan sekarang dia dah pun 13 bulan membesar dengan sihat..

Mesti ramai ibu bapa yang nak tahu juga kan berapa sebenarnye berat bayi yg baru lahir yang dikira normal



Berapa berat bayi yang normal semasa lahir??

Mengikut statistik, berat bayi normal sebaik sahaja dilahirkan adalah sekitar 3.4 kilogram. Julat yang normal adalah di antara 2.5-4.5 kilogram. Hanya 5% bayi yang dilahirkan berada di luar julat ini dan menunjukkan keabnormalan bayi tersebut dari awal lagi.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi berat bayi anda sewaktu dilahirkan , 

  • Diet pemakanan dan berat anda, sebelum dan selepas kehamilan. Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, kebiasaannya bayi anda akan lebih berat. Jika anda tidak mendapatkan zat-zat yang cukup semasa mengandung, bayi anda mungkin lebih ringan dan kecil.
  • Tahap kesihatan anda, samada anda menghisap rokok atau menghidap diabetes atau mempunyai penyakit lain
  • Berat kelahiran anda sendiri, berat anda dan berat suami anda, kedua-duanya boleh memainkan peranan dalam menentukan berat bayi normal atau pun tidak
  • Jantina bayi anda, samada lelaki atau perempuan. Kebiasaannya bayi lelaki lebih berat berbanding bayi perempuan
  • Samada ini adalah bayi pertama atau tidak. Bayi pertama biasanya lebih ringan daripada bayi anda yang seterusnya
  • Samada anda mengandung anak kembar. Ini adalah kerana jika anda sedang mengandung anak kembar, bayi-bayi tersebut akan lebih ringan daripada anda mengandung seorang

Sesetengah bayi juga akan mengalami penurunan berat badan secara purata 5-10% daripada berat sewaktu dilahirkan, anda tak perlu bimbang, ini adalah perkara biasa kerana bayi kehilangan bendalir dalam badan dan beratnya akan meningkat semula dalam tempoh 10-14 hari kemudian.

Bayi akan bertambah berat badan secara purata 0.5-1kg setiap bulan dan setelah diperkenalkan dengal makanan pejal mungkin purata pertambahan akan berubah. 

Apabila bayi sudah semakin aktif, merangkak, berjalan dan berlari, berat mereka adakalanya hanya akan mengalami sedikit sahaja kenaikkan dan ada diantaranya mengalami berat statik untuk beberapa bulan.

Walaupun anak anda tidak memiliki berat yang normal, pada pendapat saya sebagai seorang ibu, selagi anak anda aktif, menyusu dan makan seperti biasa anak anda masih dikira sihat seperti kanak2 lain dan tidak bermasalah.

Sekiranya anda merasakan anak anda tidak normal seperti kanak2 lain segera lah berjumpa dengan doktor.

Monday 20 April 2015

Petua Tambah Selera Makan Anak dengan Kucai

Semalam aku terbaca satu petua dari Group Homemade baby food yg aku join tu, Petua untuk tambah selera makan anak, selalu dengar asik2 orang bagi supplement kan, haaa arini aku share pasal petua secara tradisional pulak.

Dari pengalaman ibu-ibu yang dah cuba, kebanyakan nya berkesan untuk  anak mereka, selepas 3 hari mereka cuba kedah ini, anak diorg bertambah selera makan.. 



Wahh..bagus ni, aku memang dah lama nk tambah selera makan Apip ni..susah betul nak makan kalau tak kene mood ni..

ok ni cara2 nya

- Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
- Patah2kan smpi panjang agak2 jari kita
- Rendam d air suam2, separuh baldi yg kecil jak.
- Bila ank mandi ptg, lbh kurg senja2 la gitu mcm jam 6-7pm gitu kan, lps sabun n mandi bersih, mandikan ank dengan air yg drendam dgn daun kucai td.
- Tuangkan sehingga 3-4 sedok air bersama-sama daun tersebut.
- Urut-urutkan dada n blkg dada ank.
- Bersihkan la daun2 d bdn ank.
- Tidak perlu lg dibilas dengan air biasa.

Mesti ada jugak kan yg cam tertanya2.. kenapa daun kucai kan? 


Khasiat daun kucai

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteriadalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.


info wikipedia

ni lagi sikit yg aku jumpa pasal kebaikan daun kucai ni

  • Menurunkan berat badan

Kucai bermanfaat untuk menurunkan berat badan, makanan ini banyak digunakan bagi mereka yang diet. Kucai sarat dengan antioksidan, serat, vitamin, kalsium dan mineral. Yang baik untuk kesihatan tubuh.

  • Menurunkan tekanan darah dan kolestrol

Kucai mengandungi allicin, sama seperti bawang putih dan daun bawang. Allicin dapat mengurangkan tekanan darah dan menurunkan kolestrol dalam tubuh. Selain itu, ia juga bermanfaat untuk membersihkan usus dari kekotoran

  • Mencegah sembelit

Kucai kaya akan serat makanan yang dapat membantu melancarkan pencernaan. Fiber yang terdapat dalam kucai mampu menghilangkan sembelit.

  • Mencegah kanser

Flavonoid dan sulfur yang terdapat dalam kucai dapat mencegah beberapa jenis kanser. Seperti kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser  perut. Kucai dapat melawan radikan bebas dan mencegah perkembangan kanser

  • Mengatasi masalah kulit

Kucai memiliki sifat anti bakteria dan anti fungus yang sangat baik untuk mengatasi infeksi kulit. Gunakan kucai sewaktu memakai lotion, scrab dan luka. Kucai juga dapat membunuh bakteria dan fungus saat kulit Anda mengalami masalah

  • Membantu mencegah jerawat

Beta karoten yang terdapat dalam daun bawang bermanfaat untuk membersihkan kulit, sehingga kulit bebas jerawat.Kucai dapat mencerahkan kulit.

  •  Mencegah rambut rusak

Daun kucai dapat memperkuat folikel rambut dan meningkatkan aliran darah dari kulit kepala ke akar. Kucai digunakan dalam beberapa produk perawatan rambut, kerana terkenal untuk menghentikan rambut gugur


Wahh2.. teruja tol dengan khasiat daun kucai ni kan, lepas ni aku pun taknak lepaskan peluang try petua ni kat anak aku..semoga dia jadi lebih berselera makan pasni..

terima kasih kepada yang sudi share petua

Friday 17 April 2015

Langsingkan Badan dengan Cinch

Bulan ni adalah bulan sejarah tau sebab sejak saya join Shaklee dari 2012 hingga 2015 ni, baru bulan ni saya jumpa dengan Promo untuk Cinch ni.


Sesiapa yang masih belum tahu, Cinch ni  kepakaran dia memang untuk menguruskn anda, kurangkan inch loss pinggang, tangan, peha, dan memelihara otot2 anda semasa anda menguruskan badan, jadi takkan ada kulit2 yg menggeleber nanti.



Cinch Shake Shaklee adalah protein terbaik di pasaran kerana :-


Cinch membantu membina otot, menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. 

Cinch kaya dengan protein dan ia membantu rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar antara masa makan. 

Cinch diperkaya dengan lueucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan.Jadi kulit akan firm dan tidak menggeleber sewaktu berat sudah turun.

Bagi yang gemarkan manisan atau makanan manis, cinch memberikan anda kepuasan kerana setiap perasa cinch adalah sangat lazat. Cinch tersedia dlm 3 perisa, Chocolate, Caffe latte, dan Vanilla

Cinch bukan sahaja mampu membantu menurunkan berat badan malah mampu mengurangkan lebihan inci badan yang tidak diperlukan. Anda juga kekal betenaga sepanjang program untuk menurunkan berat badan



Antara resepi Cinch yg lazat berkrim 😋

Antara testimoni pengguna Cinch/Set slimming shaklee






Tuesday 14 April 2015

Merapatkan, Menegangkan & Menganjalkan

Setiap wanita akan mementingkan kecantikan dalaman dan luaran mereka lebih- lebih lagi bila umur dah semakin meningkat kan.

Kita mesti nak berikan yang terbaik untuk mengikat hati suami kita supaya sentiasa rasa sayang jek kat kita hehe

Ini dia nak kenalkan Lagi satu produk keluaran G2 Network yang tinggi permintaannya..IDAMAN..



Idaman ni dirumus bukan sahaja sebgai collagen utk mencantikkan kulit kita tapi sekaligus menjadi agen merapatkan keintiman, menganjalkn payudara dan menegangkan kulit..woww..semua dah complete dalam satu botol yg comel jek..kecil2 cili padi..cuba dulu baru tahu.


IDAMAN di-rumus dalam bentuk Minuman Konsentrasi Botanik herbal Istimewa untuk wanita yang inginkan ‘Kehebatan Dalaman Maksima & Kejelitaan Luaran Sempurna’ dari G2 Network. Kombinasi ekstrak herba Pueraria Lobata & Pueraria Mirifica menjadi ramuan utama juga merupakan antara herba terbaik untuk wanita. Rumusan herba di dalamnya adalah 100% semulajadi tanpa campuran tepung, bahan kimia, pewarna mahupun pengawet. Pengambilannya di-yakini selamat, Halal serta di-iktiraf oleh KKM dengan kepakaran pengilang bertaraf GMP. Bagi wanita yang ingin tampil seperti ‘Wanita Baru’, pengambilannya mampu memberi kepuasan serta hasil yang mengagumkan dari hujung rambut ke hujung kaki.



Paling best Idaman ni takyah dah nk bancuh2 bagai..terus cocok straw yg disediakn minum jek ..lebih kurang macam serum jek botol die..

Tengok jek la Duta Produk G2 Network ni..Meletopss gituwww 


Harga promosi istimewa berlangsung sehingga 6/6/2015,

Sekotak rm180 ( 14 botol)
2 kotak rm300
Beli 2 kotak lebih berbaloi2

Nak dapatkan harga promosi utk produk2 G2 Network bole terus wassap saya
farah


Monday 13 April 2015

9 Cara untuk Dapatkan Anak Kembar

Bila kita tengok ada kawan-kawan atau orang di sekeliling kita yang mengandung kan anak kembar atau melahirkan anak kembar, mesti akan terdetik dalam hati kita kan " bestnya dapat anak kembar".. 

Sebenarnya ada jugak beberapa cara atau kaedah yang kita bole ikhtiarkan untuk memperoleh anak kembar ni.
Apa pun ikhtiar yang kita buat..jangan di lupa, Allah sebaik-baik perancang , kita cuma bole berikhtiar jek, selebihnya tawakal dan berserah la kepada Nya,, 

Tak kisah la kita mengandung anak kembar atau seorang itu dah tertulis rezeki masing-masing, jaga amanah Allah itu sebaik mungkin supaya mereka dapat menjadi Khalifah yang terbaik di bumi Allah ini



Bagaimana cara mendapatkan anak kembar?

Perkongsian ini datang dari Facebook Page Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung yang menyenaraikan perkara berikut:

1. Genetik

Jika dalam salasilah keluarga, terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

Jika genetik sudah ada, cara mendapatkan anak kembar mungkin lebih mudah, jika diizinkan Allah.

2. Umur

Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak

Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

Kalau macam tu sape yg berazam nak anak kembar kene beranak banyak-banyak tau hehe

4. Berat badan dan ketinggian

Cara mendapatkan anak kembar juga dikatakan ada kaitan dengan berat badan. Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai cara mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu seiring dengan usaha. Kena jaga diet!

6. Pengambilan ubat kesuburan

Cara mendapatkan anak kembar dengan ubat kesuburan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

( Teringat pula dengan seorang rakan yg dapat anak kembar, tapi tiada keturunan pun, beliau amalkan makan supplement kesuburan tu smpi 3 biji sehari hehe.. sepatutnya sebiji sudah cukup)

7. Kahwin dengan keturunan kembar

Cara mendapatkan anak kembar yang penting ialah kahwin dengan orang yang ada keturunan kembar. Semasa bercinta, cuba selidiki samada balak pasangan kita ada sejarah kembar atau tidak. Cuba semak latar belakang, entah-entah, bakal pasangan ada kembarnya!

Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.

Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.

Cara mendapatkan anak kembar tidak boleh lari dari makanan. Makanan adalah sangat penting dalam proses untuk dapat anak kembar.

Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.

Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

9. Berdoa pada Allah

Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak kembar. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-

i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:

Apa perlu buat jika mengandung anak kembar?

Kita sudah ketahui cara mendapatkan anak kembar. Tips dan petua itu mungkin buatkan anda berjaya mendapatkan anak kembar. Namun, itu hanya satu permulaan. Bagaimana sekiranya anda benar-benar hamil anak kembar? Apa yang perlu dilakukan?

Antara perkara yang anda boleh jangkakan lebih dari biasa adalah:

1.Pemeriksaan pra-natal yang lebih kerap

Anda akan lebih kerap bertemu dengan doktor, jika orang lain perlu membuat temujanji sebulan sekali, anda mungkin perlu berjumpa sebulan dua kali. Jumlah ultrasound dan ujian lain juga akan bertambah.

2. Berat badan bertambah lebih banyak

Jika anda mengandung seorang bayi pun, berat akan bertambah beberapa kilogram, kini dengan anak kembar, jangkakan berat anda bertambah sebanyak 17-25 kilogram.

3. Langkah berjaga-jaga tambahan

Doktor anda mungkin akan sarankan supaya anda menghadkan aktiviti anda seperti bekerja, melancong atau aktiviti fizikal semakin sarat anda mengandung.

Hanya perlu kurangkan serba sedikit berbanding biasa, bukan sampai ke tahap tak boleh buat langsung. Takut-takut pulak nanti pertumbuhan bayi terganggu apabila anda terlebih duduk diam.

4. Ambil nutrien tambahan

Memandangkan anak kembar memerlukan zat sekali ganda, anda semestinya memerlukan asid folik, kalsium, zat best, protein dan nutrien-nutrien penting lain bagi menggalakkan pertumbuhan yang sihat bagi anak dalam kandungan tersebut.

5. Mungkin tak cukup bulan

Bagi seseorang ibu yang mengandung, 40 minggu adalah tempoh yang cukup bagi pertumbuhan bayi yang sempurna dan selamat untuk dilahirkan samada secara semulajadi ataupun caesarean.

Tetapi dengan anak kembar, risiko adalah lebih tinggi untuk bersalin normal disebabkan pelbagai komplikasi. Mungkin seawal minggu ke-38 atau ke-39 anda sudah diminta untuk melakukan pembedahan.


Mesti seronok kalau kita dapat tahu kita hamil, tapi lebih seronok kan tiba-tiba doktor bagitau anda hamil kembar..wowww..hehe..bersalin sekali keluar 2 org jimat masa.. hehe..

Apa pun usaha yg dilakukan, mcm saya ckp awal2 tadi..semua ketentuan dan rezeki dari Allah..walau macamana pun bila dah tahu anda hamil, amalkan la amalan utk ibu-ibu yg hamil,mudah-mudahan anda mendapat anak yg soleh dan solehah. Amin

Sunday 12 April 2015

Kesian Ipad


Akhirnya..setelah 3 tahun berkhidmat setia  utk Apip..huhuhu..ayoyo..Apip bangun tido tgk Ipad dia camni dia ckp nanti beli yg lain..nangis mak dengar nak .. sob sob.. banyaknye la duit nk beli yg lain lagi ..tunggu awak kerja nnt la awk beli yg lain..haha..

Takpe2..ni belum nazak lagi..masih bole digunakan dengan baik..cuma kene berhati2..sebelum dia berderai

Sape2 tau berapa kos nk repair skrin yg retak seribu ni habak mai sikit brp juta kos hahahah..

Kesian Ipad ni

Amalan Supaya Sentiasa Berduit

Saya nak sharekan satu amalan dari penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki, Ustz Fathuri Salehuddin

Ini adalah amalan supaya kita sentiasa berduit..atau bole juga untuk amalan murah rezeki

Saya ambil dari fan page Fb Mudahnya menjemput rezeki..Beliau membuka talian selama 15 minit kalau tak silap untuk orang yang berminat talifon dan Puan ni berbesar hati untuk sharekn apa yg Ustz ajarkan..terima kasih ye puan..semoga puan jugak dimurahkan rezeki



Jom sama2 kita amalkan supaya sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya 
Amin

Friday 10 April 2015

Anak Lambat Bercakap - "Late Talkers"



Apip start bercakap pada umur 2 tahun lebih..sebelum 2 tahun, dia seorang yg sangat susah nk bercakap tapi dia masih faham dengan apa yang kita arahkan atau cakap dengan dia. 

Sampaikan ada yang menyuruh kami berjumpa pakar kanak-kanak sebab risau dengan keadaan dia yang dah masuk 2 tahun masa tu masih belum boleh bercakap.

Agak nya mungkin disebabkan aku kurang bercakap dengan dia atau pun sebab aku jaga dia sendiri kat rumah menjadikan kurang pergaulan dia dengan rakan sebaya dia kan. Aku cuma rasa ank sulung aku ni seorang yang berat mulut jek 

Pada aku asalkan dia faham dengan arahan, tu dah kira ok tapi rupanya kadangkala ada sesetengah budak yang memang ada masalah  untuk bercakap bila dah masuk 2 tahun tu masih tak bercakap lagi
Faham ke ape aku cakap ni? haha

Ini ada sedikit penerangan berkaitan Kanak- kanak yang lambat bercakap - 'Late talkers'

‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.

Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :

  1. mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa,
  2. adalah lelaki,
  3. dilahirkan dengan kurang berat badan, atau
  4. dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)

Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah  ’Late Talkers’.

Bagaimanakah ibu bapa dapat mengenalpasti sama ada kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda:

1.       Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).

2.       Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari  sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.

3.       Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah


eh.. nampak tak..betul rupanya ia kerap berlaku dikalangan budak lelaki..lagi pulak anak sulung kan


Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers, anda adalah disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Ini adalah kerana penerimaan rawatan padausia yang awal akan memberi kesan yang lebih positif.


  • Sila jumpa doktor kanak-kanak/pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal
  • Sila jumpa Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan
  • Sila jumpa Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.

Aku memang tak pernah pun bawak apip untuk jumpa mana2 pakar kanak2 masa tu, sebab aku yakin yg Apip takde masalah yg serius pun..

Alhamdulillah sekarang ( Apip dah 3 tahun setengah) dah bole bercakap dengan banyak..hehehe..ayat jelas cuma kadang2 pelat2 sikit , cuma yg pelik sikit bab intonasi dia bercakap tu..rasanya sape2 dengar mesti nak gelak..cakap mcm berzanzi pun ade..hihi..tak kesah la kan janji dia dah boleh cakap,  kadang- kadang sampai tak larat nk menjawab sebab dia akan tanya macam2 kat kita nanti..dan paksa kita jawab huhu

So kesimpulannya kan, anda tak perlu risau kalau anak anda masih belum boleh bercakap  bila dah masuk 2 tahun terutama bila anak sulung, 
teruskan latihan bercakap dengan anak2 anda setiap hari, cakap macam kita tengah bercakap dengan kawan2 jek..jangan guna perkataan yang pelat2 ye..
guna bahasa yang mudah dia nak ikut dan faham.

Tapi sekiranya rasa tak sedap hati dengan perkembangan anak- anak anda sila berjumpa dengan doctor dengan segera ye 

kredit doktorbudak.com


Kuruskan badan dengan Idola

Ini ada produk terbaru keluaran G2 network untuk merampingkan badan anda..




Duta utk produk ni Che ta.. haaa ..hot mama gituwww..nampak tak perubahan badan che ta selepas bersalin dan sekarang ni..






ni antara testimoni- testimoni pengguna idola




Sekarang ni Idola tengah promosi tau , harga untuk sekotak hanya rm180, kalau beli 2 kotak lagi jimat tau rm300 je.. jom cepat2 kalau nk order sebab promosi sehingga 6/6/2015 jek 

pm/ wassap 
farah

Thursday 9 April 2015

Cervical Cerclage

Apa itu cervical cerclage ye? bagi yang baru pertama kali dengar mesti macam blur-blur kan ape kebende la tu..sama mcm aku..kalau bukan sebab ada seorang kawanku yang membuat cervical cerclage ni setiap kali preggy..aku pun blur jugak amende la cervical cerclage ni kan

Nama yg mudah untuk cervical cerclage ni kalau org kita panggil ikat rahim, tapi ni bukan ikat yang terus tak bole bukak tu.. ni prosedur untuk ikat rahim sewaktu mengandung  untuk mengelakkan bayi lahir lebih awal dari tarikh yang sepatutnya



Apa itu cervical cerclage ni??

Cervical cerclage adalah prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas wanita mengandung untuk menjahit sekeliling serviks supaya serviks tidak akan terbuka sehingga bayi benar-benar bersedia untuk dihahirkan. Ia dilakukan untuk menghalang serviks terbuka sebelum kandungan berusia 37 minggu dan untuk menghalang kelahirang pra matang. Peratus kejayaan adalah 90%.

Masa terbaik untuk melakukan cerclage adalah sewaktu kandungan berusia 12 hingga 14 minggu. Walaubagaimanapun, sesetengan wanita mungkin memerlukannya secara kecemasan dimana cerclage dimasukkan sebelum kandungan mencecah 24 minggu. Prosedur ini jarang dilakukan selepas kandungan berusia 24 minggu.



Siapa yang memerlukan Cervical cerclage ni?

Cerclage dilakukan untuk menghalang keguguran atau kelahiran pramatang terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah serviks tidak kompeten dimana serviks tidak mempunyai kekuatan atau sokongan dalaman untuk memastikan serviks sentiasa tertutup. Masalah ini akan bayi terkeluar sendiri sebelum proses bersalin bermula. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk melakukan cerclage.

1. Serviks memendek atau terbuka terlalu awal yang akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

2. Bentuk uterus yang tidak sempurna atau rosak akibat trauma atau kecederaan terdahulu.

3. Keguguran pada penggal ketiga kandungan.


Apa yang berlaku semasa prosedur?

1. Sebelum prosedur, doktor akan melakukan beberapa siri imbasan transvagina untuk mengukur bukaan serviks anda.

2. Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, menyembur air atau memakai sebarang krim vagina 24 jam sebelum prosedur.

3. Berpuasa 6 jam sebelum prosedur dijalankan.

4. Sebelum prosedur bermula, anda akan diberi sama ada bius setempat atau bius keseluruhan.

5. Doktor akan menggunakan spekulum untuk membuka bukaan vagina.

6. Jahitan dilakukan di sekeliling serviks untuk membolehkan bukaan serviks tertutup rapat


Camni la lebih kurang gambaran bagaimana serviks tu dijahit..

Semoga info ini dapat memberikan manfaat untuk semua ibu2 di luar sana 😘😘




Thursday 2 April 2015

Bersalin di GH atau Hospital Swasta?



Bersalin di GH atau Swasta? ermm mana satu ye jadi pilihan ibu-ibu? 

Saya lahirkan anak pertama di Klinik bersalin swasta dan anak ke dua di GH..

Pada awalanya memang sangat takut dan risau bila dengar dan baca pengalaman ibu-ibu yang bersalin kat GH kan, tapi..apa yg saya alami tak la seteruk ape yang saya dengar tu..

Saya bagi sedikit kebaikan dan keburukan untuk yang bersalin di GH dan di Swasta ye

ini berdasarkan pengalaman saya sendiri tau tanpa ada pengaruh dari mana2 pihak ..hehe

Bersalin di Klinik/Hospital Swasta


( Apip bersalin di Klinik Pakar Perdana, taman University)

- Yang pertama paling penting kalau nk bersalin di hosp swasta anda mesti la tau  berapa budget yg anda siapkan untuk melahirkan bayi anda..
cth mcm saya..saya cuma mampu sediakan rm2000 ke bawah untuk bersalin waktu tu..jadi saya cari klninik /hospital yg berikan khidmat mereka dengan harga tersebut..jangan la bila budget 2000 terus ke KPJ pulak kan..alamatnya ada yg berhutang smpai ank dah sekolah nanti

kos saya bersalin anak pertama waktu 2011 di klinik tersebut ialah rm1600++ secara normal + vakum

- Bilik selesa, ada tandas, katil seorang, tapi suami tak bole teman tidur kat situ.
tapi ade nurse yg jaga kalau nak apa2, saya hanya tidur satu malam sahaja, keesokkan nya dah bole balik

- Saya memang dah plan nk bagi ank saya fully bf , tapi saya tak ckp dengan doc yg sambut baby saya masa tu sebab ingtkan klinik tu bf friendly kn, jadinya 4-5 jam lepas saya lahirkan apip baru saya dapat tengok dia tau , tu pun nurse dah bgi susu fm, frust sangat masa tu 😢😢

tapi bukan semua hosp swasta mcm tu..mungkin kalau kita beritahu awal2 kita nk fully bf diorg akn bantu rasanya,

tapi sebelum discharge tu memang ade seorang bidan yg akn ajar cara2 nak bf dgn betul,

- waktu saya kene jahit tu, saya memang takde rasa sakit sgt pun walaupun guntingan tu panjang disebabkan vakum, mungkin doc bagi ubat bius dulu sebelum dia jahit

- kalau bole pilih la hosp/ klinik yg ada doc perempuan utk sambut kelahiran bayi kita, sebab kita dah bayar mahal2, mesti nk jaga aurat kan..

So kesimpulannnya bersalin di hosp/klinik swasta ni

- kene bayar mahal 
- servis bagus
- kene beritahu awal kalau nk fully bf
- bole pilih doc sapa yg kita nak utk sambut baby kita

Bersalin di GH

Sewaktu bersalin anak ke dua saya, Ainur Safiyya, saya bersalin di HSA JB

Ok..utk pengetahuan ibu2, sebelum bersalin kat situ, banyak sangat saya dah baca pasal betapa teruknya layann kat GH ni.. saya pun jd takut sebenarnya..tapi takda pilihan lain sebab budget dah berkurang ., so terus ke HSA jek..

tapi saya gunakan GL husben utk mintak wad kelas pertama..memang penuh la kalo nak terus masuk ke sana kn, melainkan nasib anda baik.. huhu

kene tunggu kat bilik saringan lama sebab nurse buat CTG semua kat perut tu..setelah beberapa jam baru la dpt masuk ke wad..

mula2 saya di masukkan ke wad kelas 3, 
hmmm katil sangat banyak tau ade 30 lebih kalo tak silap memang segan sikit nk tidur ke, baring sebab 24jam doc pelatih lalu beramai2..huhu..tudung memang on jek 24 jam wlaupun tidur , memang tk berapa selesa la, 

bisanya doc akn panggil setiap brp jam nk cek jln tu dah bukk brp cm, doc byk india lelaki kat wad kelas 3 ni..tapi nasib ku baik dari masuk wad smpi nk beranak takde kene cek jln huhu bersyukurrr..

bila dah pindah wad kelas 1, wahh rasa heaven nya ..haha..memang setaraf dok di klinik swasta rasanya..mula2 saya duduk wad yg 4 katil, lepastu pindah ke wad 2 katil..bole tidur tanpa segan silu, takde doc pelatig ramai2 yg lalu lalang sebab kita duduk dalam bilik masing2, nurse masuk hanya nk cek baby dan ibu jek..dalam bilik ade toilet n tv semua..bayaran pun tak semahal swasta walaupun masuk kelas 1 ni.tak silap rm800 utk pendahuluan tapi saya guna Gl tak kene bayar la..

tapi yg tak tahan, masa nak jahit tu mak aiii..sakitnya..memang nurse tak bagi bius, saya ade mintak, dia cakap tak bole sebab hanya kotak sikit jek..tahan la ko kt situ 15 minit jahit hidup2..huhuhu..

lepas tu kita mungkin bole la nk request doc perempuan tapi bergantung la waktu kita bersalin tu ade ke idok doc perempuan yg free kn..Alhamdulillah waktu saya bersalin, semua yg duduk dlm bilik bersalin perempuan..( saya tak request pun takut haha).. Doa jek byk2 supaya aurat terpelihara..

Suami pun bole masuk tau kat sini..cuma suami tiba hosp saya dah bersalin tak smpat dah nk tunggu hehe..

kesimpulan bersalin di GH ni
- bayaran murah jek, mampu la semua org, sangat jimat
- tak berapa nk bole sangat la demand pilih2 doc
- redho la kalo kene cek jln byk2 kali dgn doc pelatih..huhu
- biasanya GH sangat Bf friendly..so mmg wajib bf lepas baby keluar..

itu sahaja la pengalaman saya
nak tnya lebih2, dipersilakn comment jek ye


Dua org budak ini sudah pun besar..hehe bole berfikir2 untuk tambah lagi yg lain 😅😅
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...