adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Saturday 20 April 2013

Tips Menjaga Luka Episiotomi





Untuk ibu-ibu yang melahirkan bayi untuk pertama kali, kebiasaannya, doktor /bidan akan menggunting sedikit bahagian perineum ( iaitu kawasan antara faraj dan dubur) untuk memudahkan bayi keluar, dan untuk mengelakkan koyakan yang lebih teruk, kadang2, ade yg koyak sampai ke dubur tau, kalau tak ikut cara2 meneran yg betul tu, jadi untuk yang baru  pertama kali bergelar ibu, dan bersalin secara normal, guntingan episiotomy dilakukan. 




Di kebanyakan negara2 maju sekarang ni diorg dah kurang amalkan episiotomy ni, biasa ia menjadi pilihan yg terakhir utk doctor2 @ bidan kat sana, bukan apa, luka epsiotomy ni bukannya senang nak jaga , ini kerana ia berada di kawasan yang sentiasa lembab dan tidak bersih kan.



Ini ada beberapa tips untuk ibu-ibu yang bersalin secara normal yang melalui pengalaman digunting ni

1.Pad Ais

Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2. Pastikan kawasan perineum bersih

Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersihkan dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

3. Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

4. Pastikan ia kering

Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. 

Kalau ada kesempatan duduk sorang2 dalam bilik, anda boleh biar kan seketika bahagian luka episiotomy di anginkn, biarkan dia kering betul2..bole juga gunakan pengering rambut


5. Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. 

Jangan duduk atau baring lama sangat, dikhuatiri kita menekan bhgian luka tu, kalau rasa sakit bole gunakan bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

6. Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

7. Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

8. Elak dari sembelit.

Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

9. Sitz bath. 

Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

Berendam dalam 10-15 minit paling bagus untuk kaedah ini.Sekiranya anda mempunyai tandas duduk di rumah, bole cari besen yang sama size untuk dimuatkan dalam tandas duduk tersebut,

10. Senaman Pelvic floor. 

Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

11. Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

12. Jangan percaya pada mitos. 

Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. 

Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

Sumber alamhamil.com,

Boleh click di sini untuk lihat set berpantang yang saya gunakan ketika bersalin anak kedua aritu yang sangat2 membantu untuk menyembuhkan luka episiotomy saya dengan cepat

wassap
012-7354137
farah


Monday 15 April 2013

Tips semulajadi untuk banyakkan susu badan

Tips banyakkan susu badan

Air susu ibu yang banyak pastilah menjadi keinginan semua ibu yang punyai bayi. Ibu manalah yang tak risau jika susu badan seakan-akan tak keluar. Macam-macam cara nak banyakkan air susu ibu nie, ada yang traditional, moden, ubat farmasi, supplimen, juga cara yang 100% asli dan semulajadi.
1001 tumbuhan Allah ciptakan untuk banyakkan susu ibu, yang penting ibu sanggup berusaha dan tak mengalah begitu je. Jadi inilah cara banyakkan air susu ibu dan dijamin 100% semulajadi.


  • Daun bunga melur dan daun pucuk manis

Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. dan jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.
  • Kacang tanah

Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.
  • Longan kering

Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.
  • Daun Sirih

Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.
  • Halba dan jintan hitam

Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.
  • Susu

Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.
  • Lobak putih

Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.
  • Nasi panas, halia muda dan air asam

Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.
  • Daun betik muda

Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.
Boleh baca lebih lagi tentang makanan yang menambahkan susu ibu di sini
Tak semua tumbuhan ini rasi dengan badan semua ibu, 'try and error'. Walaubagaimana pun, jika hanya mengambil atau mengamalkan cara traditional untuk banyakkan air susu ibu, tapi konsep 'supply dan demand' tak dipenuhi, maka janganlah berharap air susu memancut-mancut keluar. 
Paling penting susukan bayi sekerap mungkin, 2 jam sekali. Jika sudah mula bekerja pamlah sekerapkan mungkin dan konsisten. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ingat jika 'skip' sesi mengepam akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan. Dan carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan penyusuan ibu.
Dan jika ibu-ibu rasa leceh dengan cara banyakkan susu di atas nie, boleh cuba sesuatu yang semulajadi dan mudah. Hanya hubungi saya untuk tahu apakah cara yang mudah untuk banyakkan air susu ibu dan tetap semulajadi.
Rujukan: Majalah Pa & Ma
Dapatkan supplemen untuk penyusuan andadari Shaklee sekarang!
susu meriah!! 
badan sihat!!
kulit cantik!!

Dapatkan tawaran harga yang sangat berpatutan dan terendah dari kami
sms / wassep 012-7354137

Sunday 7 April 2013

Jom jana pendapatan hanya dari rumah

Bagi ibu2 yang bekerja atau tak bekerja..
Yang ingin mencari side income buat tmbah2 pendapatan atau nk bantu suami..bole cuba utk menjinak2 kan diri dlm bisnes Shaklee!!

Shaklee da dikenali ramai lebih2 lagi bagi ibu2 yang menyusu..dan yg mementingkan kecantikan dan kesihatan dalamn..




Shaklee menyedian pelbagai supplement kesihatan anda dari hujung rambut hingga hujunh kaki..ckp je anda perlukan supllement ape..semuanya ada di Shaklee




Dan yang paling best anda layak utk menerima pendapatan bulanan 3angka, 4angka, 5 angka, 6 angka dgn Shaklee!
Semuanya anda yg tentukan mahu berapa byk bonus bulanan anda!!

saya juga akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada yg benar2 berminat untuk menyertai Shaklee .

Bersama2 kita menuju kejayaan dgn Shaklee,
Dan saya akan kongsikan dgn anda apa yang saya tahu!

Yuran penyertaan hanya rm75 dan anda tidak perlukan modal untuk memulakan bisnes!!

Sekiranya anda berminat bole pm saya di fb
https://www.facebook.com/joyandhoney

Atau nk respon yg lebih cpt trs sms/ wassep ke 012-7354137

Jom2..start buat duit dgn Shaklee hari ini!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Larkin- kulai 3jam 30 minit????

Ok..cuba korang pikir2 jap 3 jam setengah ni agak2 dari larkin korang da bole smpi mane? Paling busuk2 pun da smpi Negeri sembilan aku rase kn? Kan??

Tapi disebabkan musim hujan yg melanda johor bahru sejak akhir2 ni dan yg memburukkn lagi keadaan aku lak kene keje waktu tu..ade la satu hari aku pun merasa jugak ape yg org selalu rasa lau tersekat dlm jem yg cam hape tah tu..yg lebih merumitkan aku dgn apip dlm kete ms jem tu..huaaaa..

Konon2 la sgt nk elakn jem jalan skudai aku dgn yakinnye nk nek hgway kat pandan tu trs ke senai..sekalinya..hambekkkk..dok kat jln kg melayu-pandan pun da 2 jam lebih kat citu gara2 diorg ckp kat pandan banjir..mmg mengucap panjang la mase tu tgk jem yg tak gerak2 mase tu..lau jem yg gerak lg tu ok la jugak aku leg bersabar lagi..ni da tahap jem mcm kat kl pulak..huhuhu









Dah la jem pastu dgn ade pulak kete yg rosak lagi..menambah2 meng jem kan keadaan..




Sila la tgk apip yg dari seat die kat belakang dah ke depan..smpi da meraung2..haha..aku siap bole bf kan die lagi..tuko pampers la..dlm pada jem2 tu..best kn apip..

Aku kua dari opis kul 5 ptg mase ni dan smpi rumah kul 8:30 mlm..kebiasaan nye balik keje hina2 pun la jem sejam da smpi..lau x jem 35-40min je..mmg la menguji kesabaran hari tu..

So pasni harap2 kita da xperlu la nk merempuh jem yang memenatkan camtu lagi..tobat la saya..

Apip jr Engineer!!

Selama lebih kurang 3 minngu start dari 19 march aku dgn apip da start keje..mesti sume org pelik kn ape hal la si farah ni g keje pun nk bawak anak..hahaha..suke ati aku la kn..ank aku..

Sebenarnye aku bukan la keje betol2 pun..ade gak ek org keje olok2?? Huahuahua..aku he buat kot org len mmg xde..selama 3 minggu ni jugak la apip jadi peneman setia mama die gi keje..hihi..

Aku sebenarnye bukan la keje..just tolong2 ex-boss aku je sbb die g umrah selama 2 minggu..n bawak segala pekerja die..tapi ade la engineer dgn assistant kat opis yg tinggal..dgn budak LI sorang..lau aku sorang mau nye takut kang kat opis..haha..

So..tau2 je la kn bila apip da jadi jr engineer cmne kn..huhu..

Dan ini lah hasilnyee




Yg ni ok la lagi aku bole padam gune pemadam je ..

Dan lagiii yg ni pulak






Huaaaa..ngis pikir care2 nk ilangkan ink cop kat katpet ni..dah siap guna vanish lg..xhilang..abis la mama apip kene keje sebulan tanpa gaji cmni..huaaaaa!!!

Anak aku mmg seorang yang paling rajin kn
















Ni la keje ank aku selama berada kat opis kn..haha

Akhirnya tamat jugak waktu aku berkhidmat utk 3 minggu dan aku pun xtau ape sgt keje yg aku buat..bosan2 je buat cam ni je




Kikiki..ampun bos..sy takde keje ni..haha

Skrg bermula la keje-keje aku kat rumah kene buat hntaran untuk adik aku yg bakal mengakhirkan zaman bujang die sbtu ni..weeeee..smbung lain entry plak k..

Keperluan Zat utk Ibu Hamil



Kebanyakan vitamin dan mineral diperlukan dalam kuantiti yang lebih tinggi semasa mengandung. Ini bagaimanapun tidak termasuk vitamin A, yang boleh dibuat sendiri oleh badan kita daripada simpanan beta carotena di dalam badan.


1 - Folate

Folate adalah sejenis vitamin B yang penting untuk:

bullet

pembentukan sel-sel darah merah.

bullet

pembentukan neural tube bayi.

Ibu mengandung perlu mengambil lebih kurang 600mcg folate setiap hari. Jumlah yang diperlukan oleh wanita yang tidak mengandung ialah lebih kurang 400mcg sahaja. Ini bermakna keperluan untuk folate meningkat 50% semasa mengandung. Kekurangan folate semasa mengandung akan menyebabkan kandungan darah merah yang rendah. Keadaan ini dipanggil anaemia.

Pembentukan darah tambahan dan sel-sel tisu giat berlaku pada bayi. Ini memerlukan jumlah folate yang bertambah. Keperluan folate meningkat lebih tinggi sekiranya anak kembar yang dikandung. Begitu juga, wanita yang hamil dalam jarak masa yang singkat perlu memastikan kandungan folate yang cukup kerana mereka mempunyai simpanan folate yang rendah di dalam badan mereka.

Kajian juga telah mengaitkan kekurangan folate dengan masalah yang dikenali sebagai neural tube defects, iaitu sejenis keadaan di mana berlaku kecacatan pada saluran saraf bayi, yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida). Masalah ini boleh berlaku semasa awal kehamilan, oleh itu wanita yang merancang untuk mengandung dinasihatkan mengambil folate seawal yang mugkin.

Sumber-sumber utama folate ialah:


* sayur-sayuran hijau


* buah-buahan dan kekacang.

 Folate mudah dirosakkan sekiranya sayur-sayuran diproses atau dimasak lama. Oleh itu, pengambilan sayur-sayuran yang segar atau separa-masak bolehlah diamalkan.

Selain itu, anda juga boleh mengambil folate yang kini tersedia di dalam bentuk pil (dikenali sebagai asid folik) atau yang telah dicampurkan di dalam makanan-makanan lain seperti roti dan juga susu. Pil asid folik bolehlah didapati dari farmasi-farmasi atau klinik-klinik dengan harga sebiji 5sen sehingga 10sen (bergantung kepada jenama). Kandungan pil asid folik selalunya ialah 5mg sebiji (5mg bersamaan dengan 5,000mcg).






2 - Kalsium




Keperluan kalsium untuk seorang wanita adalah seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah ini:















Umur (tahun)



Keperluan kalsium dalam mg



19 - 54



800



melebihi 54



1000



mengandung



1100








Kalsium diperlukan sebagai sumber utama untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk siibu. Sekiranya pengambilan kalsium semasa mengandung tidak mencukupi, kalsium daripada tulang anda akan diambil (dilarutkan) dan diberikan kepada bayi anda. Ini boleh mengakibatkan jisim tulang anda semakin rendah, satu keadaan dipanggil osteoporosis. Bukan itu sahaja, kekurangan zat kalsium boleh menyebabkan kaki anda sering kejang semasa tidur.





Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.


Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.





Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :









bullet

3 gelas susu,

bullet

4.6kg daging,

bullet

15 biji telur,

bullet

70g cheese,

bullet

400g ais krim, atau

bullet

2 cawan yoghurt.




Pil-pil kalsium juga kini boleh didapati dengan mudah dari farmasi atau klinik dengan harga yang berpatutan. Jenis yang terbaik ialah kalsium citrate kerana ia diserap dalam kadar yang tinggi berbanding kalsium carbonate, kalsium lactate, dsb. Kalsium juga memerlukan vitamin D dan magnesium untuk penyerapan yang maksimum.





3 - Zat besi (Iron)


Zat besi diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah merah. Sebagaimana yang telah diterangkan tadi bahawa fungsi ini juga dilakukan oleh folate. Kekurangan darah merah (anaemia) akan menyebabkan anda rasa cepat letih, kulit menjadi pucat, sukar bernafas dan juga pitam. Keperluan zat besi meningkat 100% dari 15mg sebelum mengandung ke 30mg semasa mengandung.




Keperluan zat besi ini lebih genting untuk wanita yang hamil dalam jarak yang rapat, mengandungkan kembar atau yang mengalami haid yang teruk sebelum hamil.




Sumber-sumber utama zat besi ialah:






bullet

daging merah seperti daging lembu dan kambing. Zat besi sumber haiwan ini mudah diserap oleh badan.

bullet

sayur-sayuran hijau seperti brokoli, dsb.

bullet

cereal dsb yang diperkaya dengan zat besi.








Pengambilan pil zat besi yang boleh dibeli dari farmasi atau klinik adalah cara termudah untuk memastikan anda mendapat bekalan zat besi yang secukupnya. Ini penting sekiranya anda tidak dapat memperolehi zat besi dari makanan dalam kuantiti yang cukup. Zat besi yang berlebihan pula tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan sembelit. Dos yang tinggi juga boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Untuk itu dapatkan penjelasan lanjut dari doktor atau ahli farmasi sekiranya anda ingin mengambil pil zat besi ini.




Penyerapan dan penggunaan zat besi adalah lebih baik dengan kehadiran vitamin C. Oleh itu, cubalah ambil makanan-makanan atau pil zat besi dengan segelas air buah. Penyerapan zat besi pula dibantutkan oleh kehadiran kalsium (lihat di atas) dan juga minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi. Ini bermakna anda tidak digalakkan mengambil pil zat besi dengan segelas susu atau air kopi.






Bagi ibu2 yang ingin mendapatkan supplement  lengkap ketika hamil dari Shaklee, boleh dapatkan nya di 
 http://www.facebook.com/joyandhoney dengan tawaran harga yang istimewa


Tuesday 2 April 2013

Cari side Income dengan Shaklee

Jom kawan2..pada yang bekerja mahupun dok rumah je..tapi nak cari side income utk kurangkan bebanan perbelanjaan harian anda..anda bole mendapatkan side income dgn Shaklee!!

Pendaftaran hanya serendah RM 75 dan anda bole memulakan bisnes anda hanya dari rumah, segala maklumat anda bole dapatkan di group berbisness kami!..tak perlu modal sebab segala stok di pegang oleh Stokis2 shaklee..anda tak perlu ke pej pos untuk menhantar segala tempahan ..hanya perlu email ke Shaklee dan mereka yg akan uruskan segala penghantaran anda!


  
Mudah kan?? anda yang akan tentukan berapa nilai bonus yg anda mahukan setiap bulan..3 angka? 4 angka?? 5 angka?? 6 angka?? semuanya mmg tak mustahil dan isnya telah pun berlaku..



So  ape tunggu lagi..anda perlu mulakan sekarang sebelum terlambat!

Pm sy di page http://www.facebook.com/joyandhoney utk mklumat lanjut

atau

sms / whataps di no 012-7354137


Nutriferon Immune Booster



Adakah anda selalu demam? Selsema? Mudah untuk di serang penyakit??
Maka anda amat memerlukan Nutriferon!!

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif hanya di Shaklee!!

Bagi ibu2 yg menyusu anda tidak perlu lagi menelan pil2 yg berbahaya untuk anda dan bayi!!
Hanya memerlukan satu sachet Nutriferon utk seminggu..!
Sangat menjimatkan dan berbaloi2!!





6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.



So apa tunggu lagi ! Sepanjang April ini anda bole dptkan Nutriferon dgn hrga istimewa hanya dari kami!!

Jom pm saya dihttp://www.facebook.com/joyandhoney

atau /sms/ wasep skrg utk mengetahui dgn lebih lanjut!!
012-7354137


credit celikvitamin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...