adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday 31 May 2015

Petua Nak Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan

Bagi ibu-ibu yamg pertama kali menanti kelahiran cahaya mata , kita pasti mahukan bayi yang sihat dan sempurna, tapi kadang2 tu dekat otak mesti selalu tertanya2 kan baby boy ke girl dalm perut tu..



Walaupun di zaman serba canggih manggih ni kita ada macam2 jenis scan untuk tengok jantina baby dalam perut, tapi ade juga kan yg suka dengan petua org lama2 ni , macamana diorg berteka -teki baby ape yg ade dlm perut tu ..walaupun orang kata xle pakai 100% ..tapi kalau saja2 nak mencuba tak salah pun kan



Jom tengok petua nak tau kalau baby dalam perot baby boy

  1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
  2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
  3. Wajah anda berseri-seri
  4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
  5. Kulit anda kering
  6. Hidung kelihatan lebih kembang
  7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
  8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
  9. Sering diserang sakit kepala
  10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
  11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
  12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
  13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna anda hamil anak lelaki.
  14. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.
Ni petua nak tahu kalau kita mengandung baby girl

  1. Perut anda bulat
  2. Anda mengalami ‘morning sickness’
  3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam
  4. Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
  5. Kulit anda lembut
  6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya
  7. Punggung kelihatan lebih besar
  8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
  9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
  10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
  11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
  12. Jika anda dokong bayi perempuan, bayi itu akan menangis
  13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna anda hamil anak perempuan.
  14. Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.
Sepertimana yg dah dibagitau awal2 tadi ni cuma petua org lama jek tau..bukan la 100% mmg tepat pun..semua adalah kuasa Allah..sedangkan kalau scan pun bole jadi tak tepat kan hehehe..

Baby boy ke girl ke yang paling penting skali baby kita tu lahir sihat walafiat dan sempurna ..terima la dengan penuh rasa syukur walau apa pun jantina baby kita..

so far masa mengandungkan apip dengan adik dia pun aku takde morning sickness, perut pun aku tak tau nak beze kan hehe..tapi ade gak org2 tua yg tegur cakap baby girl dlm perut ms mengandungkan adik dia hehe..

ps: encik husben 5 org adik beradik semua laki2.. hehe

Saturday 30 May 2015

Baru Dapat Kaki

Alkisah...semalam gi mydin cam biasa nk cari barang2 dapo yg dah elekk..selalunya aku letak piya dalam trolley atau kat stroller..tapi masalahnya semalam dia dah start dah..takmo dok dlm trolley..dok dlm stroller pun dah mcm cacing kepanasan huhuhu..

Last- last kiteorg bagi la die turun, almaklumlah dia baru jek dapat kaki kan, kene paham betapa excitednya dia nk berjalan..haha





Aduhhh..fengsan kejap..habis satu mydin dia nk explore nya..adik2..huhu..bila dokong dia jd cm ulat nanti nak melepaskan diri huhuhu..sabo jek la..


Smpt amik gmbr kat booth sustagen lagi tu pun dia berusaha nk lari haha..


sambung main kat playground tingkat bawah lak..

last2 kepenatan masuk kete terus tidoo


Thursday 28 May 2015

Belajar Bahasa Inggeris dengan Mudah


Anda masih tercari-cari ke buku yg sesuai untuk anak anda belajar bahasa inggeris dengan lebih mudah?

Apa kata cuba dapatkan sebuah buku ini kerana ia memang sangat2 membantu untuk anak-anak lebih memahami bahasa inggeris. 



Buku ini mengandungi dwibahasa maka lebih mudah untuk difahami, mukasurat berwarna, dapat menarik minat anak2 untuk belajar dan terdapat latihan dan jawapan yg disediakan di dalam nya.



Buku ni tidak dijual dikedai2 buku tau , khas utk ajen2 sah jek..

Harganya hanya rm39 sahaja sebuah..
dan postage rm7.. 
sesuai untuk umur 7 tahun ke atas dan mereka2 yg nak belajar bahasa inggeris

Bagi yg nak dapatkan buku ni bole terus wassap saya ye
farah

Tuesday 26 May 2015

Kenduri Kesyukuran

Sabtu lepas, baru jek selesai kenduri kesyukuran untuk encik husben yang baru jek meluluskan diri dalam phd nya..majlis kenduri ni ditaja oleh my MIL hehe..



ni wajib tunjuk..sila tadah air liur masing2..tu pun ade lagi lauk yg tak dpt nk masuk dlm gmbr 


Setelah 6 tahun beliau bergelumbang dengan perit jerih payah nk menghabiskn phd dia, akhirnya, Alhamdulillah..syukur ya Allah..dapat jugak pengesahan lulus phd tu hujung bulan april aritu

Aku sebagai wife sebenarnye mmg sgt2 terasa perit jerih nya tu , nak2 bila dah dah balik Malaysia, sambung lagi siapkn phd kat Malaysia, macam2 dugaan yg datang bertimpa2..kalau teringat balik mmg kesat air mata..sob sob..susah senang menangis ketawa semua la ada..tapi di hujungnya Allah berikan kemanisan setelah melalui jalan yg berliku2 tu..cewahhh ayat sungguh puitis di mlm2 hari ni kan..kalau encik husben tak ingt jugak pengorbanan isteri dia ni yg sentiasa berada kat tepi dia ms susah senang dia..xtau la nk kata ape lagi..( ungkit ke ape ni?) hahaha.. ni bukan ungkit la..cam bagi ingatan tulus ikhlas jek hahaha..



Ni bukan nk promote encik husben ye..promote untuk research interest jek hokehhh..jangan lebih2 naaa..



semoga encik suami ku terus sukses dalam kerjaya beliau sebagai seorang pensyarah..Dan dapat jadi papa yg terbaik untuk anak2 aku


Friday 15 May 2015

6 Perkara yang Membuatkan Kita Cepat Tua

Kebanyakan wanita apabila bercakap soal penjagaan wajah adalah sangat-sangat cerewet, apatah lagi dengan pelbagai produk untuk anti penuaan yang dicuba.. tapi mesti ramai yang terlepas pandang betapa pentingnya juga untuk penjagaan kulit di bahagian leher anda.

Bahagian leher seharusnya diberikan perhatian yg sama dengan bahagian muka, dan sebenarnye kulit di bahagian leher lebih nipis dr bahagian muka tau, tu yang kadang2, bila dah berumur sikit, tgk muka org tu nmpk cam muda lagi (sebab makeup yg berkilo).. tapi leher cam dah berkedut2 kan..opsss

Pakar dermatologi, Howard Sobel berkata, krim antipenuaan dan SPF patut di pakai di leher pada usia awal 20-an, dan jadikannya amalan untuk dapatkan kulit yang lembut dan licin selama-lamanya.Kebanyakan orang guna apa2 krim biasa sapu kat muka jek kn..leher terlupa hihi..


Ini antara 6 perkara yang anda dan saya juga tidak sedar kita lakukan dan tidak lakukan yang membuatkan kita cepat tua!! 

1. Menyembur wangian di bahagian leher


Ramai kan di antara kita ni yg suka sembur perfume kat leher? 

haa kalau ade hentikan la tabiat anda tu kerana alkohol yg ada dlm perfume akan menyebabkan kulit cepat kering dan berkedut. Sesetengah perfume juga ada kandungan kasturi yg jadikan kulit sensitif dengan cahaya matahari. 

Cukup la sekadar sembur pada pergelangan tangan je.

2. Memakai aksesori di leher terlalu  sarat


Ini untuk yang tidak bertudung.. atau yg bertudung pun kdg2 pakai jugak kan aksesori kat leher yg sarat barat ni hehe..

terlalu banyak aksesori yg dipakai kat leher akan jadikan kulit kat bahagian leher tu cepat meregang, cuba sesekali tu ganti aksesori kat leher dengan gelang tau cincin..mesti cantik jugak kan..leher pun sesekali nak jugak berehat.

3. Kulit tidak cukup lembapan

Kulit sangat memerlukan lembapan yang cukup. Cuba gunakan produk yang mempunyai kandungan seperti asid hialuronik, retinol. Vitamin C, dan glycolic acid yang membina kolagen dan menegangkan kulit. Urut ke dalam kulit dengan jari dalam gerakan ke atas. 

Saya amalkan vitamin C dan vitamin E ini setiap hari 




4. Berat badan tak maintain

Jika berat badan anda selalu je naik turun berubah2, ini akan menjadikan kulit di bahagian leher mudah menggeleber..cuba pastikan anda dapat mengekalkan berat anda secara konsisten.. 

jangan lupa amalkan pengambilan air putih yang secukupnya untuk mengelakkan kulit cepat kering

5. Tidak melakukan senaman untuk leher


Duduk atas kerusi dan angkat muka menghadap siling. Buka mulut seluas yang boleh dan cuba cantumkan bibir bahagian bawah ke bibir atas. Tahan tiga saat. Relaks dan ulang 10 kali. Lakukan senaman ini beberapa kali sehari, dan leher anda akan nampak muda remaja seperti gadis berusia 15 tahun.wowww 

6. Tidak memakai krim pelindung Uv

Sekarang ni kan dah macam2 jenis krim untuk pelindung uv yg kita bole dapatkan kat mana2 kedai @ farmasi kan. jangan malas untuk letakkan krim pelindung uv pada wajah dan leher.

Mula-mula bintik gelap, kemudian bintik penuaan lain… jadi jangan skip krim pelindung uv . Beli satu yang mengandungi antioksidan, seperti Vitamin C yang meningkatkan keberkesanan untuk melindungi kulit anda dari sang suria!

saya hanya guna yang ini, mudah! sekali gus melindungi kulit dari sinaran suria dan sebagai foundation tak perlu berlapis2 krim dah hehe, kalau nk bole contact saya . Rm 55 sebotol



Sunday 10 May 2015

Tips Berpantang Sendiri

Bagi anda yang masih ada mak sendiri mesti bila tiba waktu berpantang tu nak balik rumah mak kan berpantang dengan mak, lebih2 lagi untuk anak sulung sebab banyak yang kita kene belajar, ada jugak kita2 ni yang masih ada MIL tapi tak rasa selesa nk berpantang dengan MIL disebabkan lebih kepada segan sebenarnye..yelah..dengan mak sendiri kita mudah nk mintak tolong itu dan ini, kalau dengan MIL agak segan la sikit walaupun diorg ok jek kan.

Oleh sebab itu, sekiranya anda tidak mempunyai pilihan sama ada mahu berpantang di rumah mak sendiri atau MIL, apa kata berpantang sendiri sahaja.

Berkemungkinan besar untuk anak yang seterusnya , aku pun akan berpantang sendiri memandangkan Abg Apip pun taun depan dah start sekolah..takkan la nak tinggal dia dengan papa die sendiri kan, sape pulak yg nak jaga die bila dia balik sekolah nanti.



Maka ini ada sedikit tips untuk anda yang merancang untung berpantang sendiri di rumah.

1. Untuk seminggu pertama, sekiranya suami bole bercuti, mintak tolong suami untuk jaga anak yang lain jika ada, atau untuk melakukan kerja- kerja rumah, ingat, minggu pertama ni adalah minggu yang kritikal disebabkn sakit bersalin masih blm sembuh, maka ibu dinasihatkan jangan membuat kerja-kerja yang berat yang akan membuatkan luka bersalin lambat sembuh

2. Bagi yg pertama kali berpantang, anda jangan stress, kene enjoy detik2 berpantang selama 44 hari ni, tak lama kejap jek dah 44 hari, stress sewaktu berpantang bole menyebabkan meroyan nanti

3. Siapkan Baju untuk baby dan barang2 yang diperlukan sebelum mandikan baby anda, jadi tak la kelam kabut nanti sekiranya dah tinggal berdua dengan baby kan

4. Kalau anda mempunyai anak- anak yang lain, adalah lebih baik anda bangun awal sebelum mereka bangun untuk mandi, dan sediakan apa yang patut. Kalau kita bangun lewat nanti mesti keadaan akan huru hara lebih lagi bila anak2 yg lain pun masih kecil dan perlukan perhatian kita.

5. Untuk masak sewaktu berpantang, bole masak lauk yg simple2 jek, bakar, rebus, sup, en suami harus la faham ye,makan la makanan org berpantang sekali kalau tak selera nak makan lauk berpantang bole beli lauk di luar sahaja, kalau rajin bole masak sendiri juga..hehe

6. Kalau suami dah masuk kerja, bole mintk tlg suami siapkn ank2 yg lain sebelum dia keluar bekerja, dan mtk tlg suami siapkan sarapan yang simple2.

7. Basuh baju kalau tak sempat bole hantar ke dobi yg terus ada dryer, jadi tggal untuk melipat sahaja baju nya nanti, tak bole semua kerja nak buat sebenarnye dalam pantang ni, sebenarnye org tua2 risau kalau dlm pantang ni byk buat keje byk berjalan risau kalau bentan atau ibu jari kaki terlanggar sesuatu bole menyebabkan tumpah darah,

8. Sekiranya anda berkemampuan bole upah seorang freelance maid untuk dtg setiap hari selama beberapa jam untuk kemas, masak, basuh baju , lipat baju dan buat kerja2 lain, dah selesai tugas bole balik, anda cuma perlukan maid ni bila suami bekerja jek hari cuti tak perlu rasanya..lagi bagus kalau maid yg kita cari bole buat tugasan bidan, cth bertungku, mengurut , pakaikan bengkung..ini adalah bonus sebab tak payah upah ramai orang hehe

9. Untuk berpantang sendiri ni sebenarnya anda kene dapat sokongan dan bantuan yg kuat dari pihak suami, suami kene faham isteri masih sakit selepas melahirkan zuriat anda tak kira lah ank ke berapa pun, sakit tu mesti ada, jadi anda tak bole nk harapkan semua kerja isteri yg buat sewaktu beliau sedang berpantang, kene ada tolak ansur san toleransi sewaktu menjaga isteri yang berpantang sendiri si rumah.Nak pakai isteri lama kan? jadi kene la bertolak ansur hehe

10. Jangan lupa makan supplement atau set pantang yg anda ada supaya anda sentiasa bertenaga sepanjang masa tau, yelah lagi2 berpantang sendiri kan, perlukan tenaga yg banyak untuk lakukan kerja sendirian

Boleh click di sini untuk lihat set berpantang yang saya gunakan ketika bersalin anak kedua aritu yang sangat2 membantu untuk menyembuhkan luka bersalin saya dengan cepat dan memberi tenaga sepanjang hari.

10. Yakinlah dengan kempuan anda, selalu ckp dlm hati , "aku mesti bole"..jangan cepat mengalah jangan cepat putus asa..wlpu anda berpantang untuk anak yang pertama sendiri pun, yakin boleh!! anda kene ingat, anda adalah superwoman yang Allah pilih..maka anda pasti bole lakukan untuk berpantang sndiri kan? 

selamat mencuba ye dan semoga berjaya 😉😘

Thursday 7 May 2015

Big Bad Wolf Terengganu

Wowww..ini sudah bagus kan..first time tau buat dekat sini rasanya ..pulak tu memang dekat dengan rumah, buat dalam unisza jek..


Aku pun ofkos la tak nak lepaskan peluang yg jarang2 ada ni kan.. hehe


Orang memang macam bersumbat2..haha


buku budak2


novel







Dan...ini lah hasil tangkapan aku

.
.
.
.
.
.
.


Semua ni untuk rm90..memang sangat berbaloi..buku yg en husben beli tebal2 tu sume rm3, novel rm8 ( harga kat buku 20lebih tau), buku budak2 ni rm5-8 jek, biasa buku budak2 yg jenis keras2 ni mahal2..

Apa pun aku mmg sgt puas hati wakaupun duitku terbang melayang di big bad wolf


Kemain kan semangat sume bila dpt buku baru hehe..

Sape2 yang nak gi bole ke Unisza, kat bangunan Gymnasium dia..6-10 Mei , 10 pagi -10malam 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...