adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Friday, 15 May 2015

6 Perkara yang Membuatkan Kita Cepat Tua

Kebanyakan wanita apabila bercakap soal penjagaan wajah adalah sangat-sangat cerewet, apatah lagi dengan pelbagai produk untuk anti penuaan yang dicuba.. tapi mesti ramai yang terlepas pandang betapa pentingnya juga untuk penjagaan kulit di bahagian leher anda.

Bahagian leher seharusnya diberikan perhatian yg sama dengan bahagian muka, dan sebenarnye kulit di bahagian leher lebih nipis dr bahagian muka tau, tu yang kadang2, bila dah berumur sikit, tgk muka org tu nmpk cam muda lagi (sebab makeup yg berkilo).. tapi leher cam dah berkedut2 kan..opsss

Pakar dermatologi, Howard Sobel berkata, krim antipenuaan dan SPF patut di pakai di leher pada usia awal 20-an, dan jadikannya amalan untuk dapatkan kulit yang lembut dan licin selama-lamanya.Kebanyakan orang guna apa2 krim biasa sapu kat muka jek kn..leher terlupa hihi..


Ini antara 6 perkara yang anda dan saya juga tidak sedar kita lakukan dan tidak lakukan yang membuatkan kita cepat tua!! 

1. Menyembur wangian di bahagian leher


Ramai kan di antara kita ni yg suka sembur perfume kat leher? 

haa kalau ade hentikan la tabiat anda tu kerana alkohol yg ada dlm perfume akan menyebabkan kulit cepat kering dan berkedut. Sesetengah perfume juga ada kandungan kasturi yg jadikan kulit sensitif dengan cahaya matahari. 

Cukup la sekadar sembur pada pergelangan tangan je.

2. Memakai aksesori di leher terlalu  sarat


Ini untuk yang tidak bertudung.. atau yg bertudung pun kdg2 pakai jugak kan aksesori kat leher yg sarat barat ni hehe..

terlalu banyak aksesori yg dipakai kat leher akan jadikan kulit kat bahagian leher tu cepat meregang, cuba sesekali tu ganti aksesori kat leher dengan gelang tau cincin..mesti cantik jugak kan..leher pun sesekali nak jugak berehat.

3. Kulit tidak cukup lembapan

Kulit sangat memerlukan lembapan yang cukup. Cuba gunakan produk yang mempunyai kandungan seperti asid hialuronik, retinol. Vitamin C, dan glycolic acid yang membina kolagen dan menegangkan kulit. Urut ke dalam kulit dengan jari dalam gerakan ke atas. 

Saya amalkan vitamin C dan vitamin E ini setiap hari 




4. Berat badan tak maintain

Jika berat badan anda selalu je naik turun berubah2, ini akan menjadikan kulit di bahagian leher mudah menggeleber..cuba pastikan anda dapat mengekalkan berat anda secara konsisten.. 

jangan lupa amalkan pengambilan air putih yang secukupnya untuk mengelakkan kulit cepat kering

5. Tidak melakukan senaman untuk leher


Duduk atas kerusi dan angkat muka menghadap siling. Buka mulut seluas yang boleh dan cuba cantumkan bibir bahagian bawah ke bibir atas. Tahan tiga saat. Relaks dan ulang 10 kali. Lakukan senaman ini beberapa kali sehari, dan leher anda akan nampak muda remaja seperti gadis berusia 15 tahun.wowww 

6. Tidak memakai krim pelindung Uv

Sekarang ni kan dah macam2 jenis krim untuk pelindung uv yg kita bole dapatkan kat mana2 kedai @ farmasi kan. jangan malas untuk letakkan krim pelindung uv pada wajah dan leher.

Mula-mula bintik gelap, kemudian bintik penuaan lain… jadi jangan skip krim pelindung uv . Beli satu yang mengandungi antioksidan, seperti Vitamin C yang meningkatkan keberkesanan untuk melindungi kulit anda dari sang suria!

saya hanya guna yang ini, mudah! sekali gus melindungi kulit dari sinaran suria dan sebagai foundation tak perlu berlapis2 krim dah hehe, kalau nk bole contact saya . Rm 55 sebotol



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...