adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday, 10 May 2015

Tips Berpantang Sendiri

Bagi anda yang masih ada mak sendiri mesti bila tiba waktu berpantang tu nak balik rumah mak kan berpantang dengan mak, lebih2 lagi untuk anak sulung sebab banyak yang kita kene belajar, ada jugak kita2 ni yang masih ada MIL tapi tak rasa selesa nk berpantang dengan MIL disebabkan lebih kepada segan sebenarnye..yelah..dengan mak sendiri kita mudah nk mintak tolong itu dan ini, kalau dengan MIL agak segan la sikit walaupun diorg ok jek kan.

Oleh sebab itu, sekiranya anda tidak mempunyai pilihan sama ada mahu berpantang di rumah mak sendiri atau MIL, apa kata berpantang sendiri sahaja.

Berkemungkinan besar untuk anak yang seterusnya , aku pun akan berpantang sendiri memandangkan Abg Apip pun taun depan dah start sekolah..takkan la nak tinggal dia dengan papa die sendiri kan, sape pulak yg nak jaga die bila dia balik sekolah nanti.



Maka ini ada sedikit tips untuk anda yang merancang untung berpantang sendiri di rumah.

1. Untuk seminggu pertama, sekiranya suami bole bercuti, mintak tolong suami untuk jaga anak yang lain jika ada, atau untuk melakukan kerja- kerja rumah, ingat, minggu pertama ni adalah minggu yang kritikal disebabkn sakit bersalin masih blm sembuh, maka ibu dinasihatkan jangan membuat kerja-kerja yang berat yang akan membuatkan luka bersalin lambat sembuh

2. Bagi yg pertama kali berpantang, anda jangan stress, kene enjoy detik2 berpantang selama 44 hari ni, tak lama kejap jek dah 44 hari, stress sewaktu berpantang bole menyebabkan meroyan nanti

3. Siapkan Baju untuk baby dan barang2 yang diperlukan sebelum mandikan baby anda, jadi tak la kelam kabut nanti sekiranya dah tinggal berdua dengan baby kan

4. Kalau anda mempunyai anak- anak yang lain, adalah lebih baik anda bangun awal sebelum mereka bangun untuk mandi, dan sediakan apa yang patut. Kalau kita bangun lewat nanti mesti keadaan akan huru hara lebih lagi bila anak2 yg lain pun masih kecil dan perlukan perhatian kita.

5. Untuk masak sewaktu berpantang, bole masak lauk yg simple2 jek, bakar, rebus, sup, en suami harus la faham ye,makan la makanan org berpantang sekali kalau tak selera nak makan lauk berpantang bole beli lauk di luar sahaja, kalau rajin bole masak sendiri juga..hehe

6. Kalau suami dah masuk kerja, bole mintk tlg suami siapkn ank2 yg lain sebelum dia keluar bekerja, dan mtk tlg suami siapkan sarapan yang simple2.

7. Basuh baju kalau tak sempat bole hantar ke dobi yg terus ada dryer, jadi tggal untuk melipat sahaja baju nya nanti, tak bole semua kerja nak buat sebenarnye dalam pantang ni, sebenarnye org tua2 risau kalau dlm pantang ni byk buat keje byk berjalan risau kalau bentan atau ibu jari kaki terlanggar sesuatu bole menyebabkan tumpah darah,

8. Sekiranya anda berkemampuan bole upah seorang freelance maid untuk dtg setiap hari selama beberapa jam untuk kemas, masak, basuh baju , lipat baju dan buat kerja2 lain, dah selesai tugas bole balik, anda cuma perlukan maid ni bila suami bekerja jek hari cuti tak perlu rasanya..lagi bagus kalau maid yg kita cari bole buat tugasan bidan, cth bertungku, mengurut , pakaikan bengkung..ini adalah bonus sebab tak payah upah ramai orang hehe

9. Untuk berpantang sendiri ni sebenarnya anda kene dapat sokongan dan bantuan yg kuat dari pihak suami, suami kene faham isteri masih sakit selepas melahirkan zuriat anda tak kira lah ank ke berapa pun, sakit tu mesti ada, jadi anda tak bole nk harapkan semua kerja isteri yg buat sewaktu beliau sedang berpantang, kene ada tolak ansur san toleransi sewaktu menjaga isteri yang berpantang sendiri si rumah.Nak pakai isteri lama kan? jadi kene la bertolak ansur hehe

10. Jangan lupa makan supplement atau set pantang yg anda ada supaya anda sentiasa bertenaga sepanjang masa tau, yelah lagi2 berpantang sendiri kan, perlukan tenaga yg banyak untuk lakukan kerja sendirian

Boleh click di sini untuk lihat set berpantang yang saya gunakan ketika bersalin anak kedua aritu yang sangat2 membantu untuk menyembuhkan luka bersalin saya dengan cepat dan memberi tenaga sepanjang hari.

10. Yakinlah dengan kempuan anda, selalu ckp dlm hati , "aku mesti bole"..jangan cepat mengalah jangan cepat putus asa..wlpu anda berpantang untuk anak yang pertama sendiri pun, yakin boleh!! anda kene ingat, anda adalah superwoman yang Allah pilih..maka anda pasti bole lakukan untuk berpantang sndiri kan? 

selamat mencuba ye dan semoga berjaya 😉😘

1 comment:

  1. alhamdulillah banyak ilmu manfaat yang dikongsi, terima kasih banyak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...