adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Thursday, 9 April 2015

Cervical Cerclage

Apa itu cervical cerclage ye? bagi yang baru pertama kali dengar mesti macam blur-blur kan ape kebende la tu..sama mcm aku..kalau bukan sebab ada seorang kawanku yang membuat cervical cerclage ni setiap kali preggy..aku pun blur jugak amende la cervical cerclage ni kan

Nama yg mudah untuk cervical cerclage ni kalau org kita panggil ikat rahim, tapi ni bukan ikat yang terus tak bole bukak tu.. ni prosedur untuk ikat rahim sewaktu mengandung  untuk mengelakkan bayi lahir lebih awal dari tarikh yang sepatutnya



Apa itu cervical cerclage ni??

Cervical cerclage adalah prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas wanita mengandung untuk menjahit sekeliling serviks supaya serviks tidak akan terbuka sehingga bayi benar-benar bersedia untuk dihahirkan. Ia dilakukan untuk menghalang serviks terbuka sebelum kandungan berusia 37 minggu dan untuk menghalang kelahirang pra matang. Peratus kejayaan adalah 90%.

Masa terbaik untuk melakukan cerclage adalah sewaktu kandungan berusia 12 hingga 14 minggu. Walaubagaimanapun, sesetengan wanita mungkin memerlukannya secara kecemasan dimana cerclage dimasukkan sebelum kandungan mencecah 24 minggu. Prosedur ini jarang dilakukan selepas kandungan berusia 24 minggu.



Siapa yang memerlukan Cervical cerclage ni?

Cerclage dilakukan untuk menghalang keguguran atau kelahiran pramatang terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah serviks tidak kompeten dimana serviks tidak mempunyai kekuatan atau sokongan dalaman untuk memastikan serviks sentiasa tertutup. Masalah ini akan bayi terkeluar sendiri sebelum proses bersalin bermula. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk melakukan cerclage.

1. Serviks memendek atau terbuka terlalu awal yang akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

2. Bentuk uterus yang tidak sempurna atau rosak akibat trauma atau kecederaan terdahulu.

3. Keguguran pada penggal ketiga kandungan.


Apa yang berlaku semasa prosedur?

1. Sebelum prosedur, doktor akan melakukan beberapa siri imbasan transvagina untuk mengukur bukaan serviks anda.

2. Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, menyembur air atau memakai sebarang krim vagina 24 jam sebelum prosedur.

3. Berpuasa 6 jam sebelum prosedur dijalankan.

4. Sebelum prosedur bermula, anda akan diberi sama ada bius setempat atau bius keseluruhan.

5. Doktor akan menggunakan spekulum untuk membuka bukaan vagina.

6. Jahitan dilakukan di sekeliling serviks untuk membolehkan bukaan serviks tertutup rapat


Camni la lebih kurang gambaran bagaimana serviks tu dijahit..

Semoga info ini dapat memberikan manfaat untuk semua ibu2 di luar sana 😘😘




2 comments:

  1. Nanti lepas dah pasang cerclage doc akan monitor for few hours.. If xde masalah pape then boleh terus balik rumah..Ibu-ibu yang kena cerclage jangan takut,insyaAllah ini ikhtiar utk selamatkan kandungan kita :)

    ReplyDelete
  2. Apakah selepas cervical cerclage ada flek2, cairan coklat muda? Dan smp berapa lama akan macam tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...