adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Saturday 23 January 2016

Cerita di Sebalik Kelahiran ke 3

Alhamdulillah..harini ni sudah pun 21 hari aku berpantang..ade lagi separuh masa nk di habiskan untuk berpantang..

Sekarang baru berkesempatan ni nk update pasal baby terbaru hihi.

Start 4hb lagi aku dah mula rasa dah mil contraction dari lepas apip g skolah tu..walaupun mild tapi dia dtg dlm sela masa tetap setiap 10min..tp sbb rs cm tak sakit pun aku masih mampu buat keje rumah, masak, sapu , mop sume. sampai la ke ptg tu aku msj dgn nurse yg slalu checkup aku dia pun suh g cek jln..

mula2 mcm taknk gi..tapi smpi pukul6 dia msj balik suruh jugak dtg klinik desa dia tggu ( padahal rumah dia dlm tu je..hehe).. bila cek jln baru 2cm je..tapi sbb ank ke 3..dia paksa aku ke hosp trs malam tu huhu..

Aku yg degil ni rasa lambat lagi ni baby nk kuar..ajak encik husben sewe hotel yg dekat2 hospital jek sbb rumah agak jauh dr hospital..so aku buat keputusan bila rs sakit yg kuat baru la nk ke spital hehe..
Last2 aku tdo jugak kat hotel skali walaupun tgh mlm tu mmg dah xle tdo asik rs sakit je tp mmg rs macam blm smpi masa kn biar je dulu..

Lepas solat subuh semua baru aku ajk encik husben trs ke hosp rs sakit cm dah bertmbh sikit..bila cek kat hosp bukaan da 4cm..trs masuk labour room kul 8:30pagi ..sian ank2 aku dah la kene bangun kul6 pagi pastu kene heret skali g hosp..encik husben panggil kawan dia (jiran aku) dtg hosp bwk budak2 tu balik rumah..ape jadi pun tak tau la tp yg pasti apip konfirm nangis haha..

Akhirnya kul11.05pagi - 5 januari 2016 keluar lah baby boy seberat 3.0kg..ni la bby aku yg paling besar tau..patut pun aku rs kenapa la payah sgt aku nk push mmg rasa cam nyawa tggal kat hujung2 jek ms dah last2 push tu huhuhu..kalo masa piya dulu..rilex je push 2x bby dah terkua..haiyooo..

sejurus lepas dilahirkan 

baby pun dah ade nama 😁

Ini baby pertama aku yang lahir kat kuala terengganu tau..hospital utk bersalin yg baru ni sangat best..cuma doc tu ikut nasib la kan.aku dapat semua doc perempuan dalam labour room ( walaupun ramai doc pelatih yg kasaq2..huhu) cuma masa sebelum balik je doc laki yg cek jahitan..xde pilihan huhu


katil cuma ade 6 atau 4 je setiap bahagian tu dan ade toilet di setiap bahagian..nampak tak dah mcm wad 1st class masa aku dok HSa dulu..cuma xde aircond je..ni pun dah cukup sejuk huhu..


Dannn sebenanrnye kan..ramai yg tak tau aku pregnan kali ni walaupun ade iucd muahahahhaa..hanya berfungsi untuk setahun..

Aku tak pernh serik pun pakai iucd walaupun pada kali ni ia telah menemui kegagalan hahaha..

mungkin kali ni pun akan pakai lagi cuma perlu berhati2..sebab aku memang tak pernah makan pil..sejak dari lepas pantang apip lagi aku hanya guna iucd..

Anggap la Allah nak bagi sesuatu yang sangat istimewa untuk kami..


spesimen yg telah dikesan gagal hahahaha..nasib la ko keluar bersama2 uri tau..risau mak kalau ko tak keluar..hihihihi

nasihat aku pada yg nk guna iucd tu rajin2 la cek kedudukan dia tau jgn jadi cam aku tak pernh cek langsung haha padan muko eden..

dann seperti biasa kes anak2 aku semua akan ade kuning..ms hari ke 4 aku masuk semula hosp sebab umar kene tahan wad duduk bwh lampu 😓😓

masa guna 2lampun kene dok kat nursery..sedih bila amik baby utk bg susu..bila turun 1lampun baby dah boleh dok sebelah aku..Alhamdulillah

umar ada kat hujung skali huhu..hari pertama yg penuh dgn air mata 😁😁


Sekarang walaupun dah 21 hari dia masih ade kuning yg ringan2..sama kes dengan hakak dia ni prolong jaundis..nasib dah pernh ade pengalaman kan..
macam biasa, amik darah utk test segala fungsi organ dalaman dan urin dia..
so doa jek yg baik2..jaundis ni akan hilang sndiri lepas habis pantang nnt..


abang n adik.. latest umar..21 hari berat dah 3.5kg ..

ok tu jek nk cite untuk kali ni..
moh le kita habiskan sisa2 waktu berpantang lagi 23 hari ni 😩😩 

Sunday 3 January 2016

Tips Untuk Elakkan Loya dan Muntah Ketika Hamil

Sesetengah ibu hamil memang tak dapat dipisahkan dengan loya-loya dan muntah-muntah di awal kehamilan mereka..ada yang lebih teruk lagi sehinggan penghujung kehamilan mereka terpaksa menanggung masalah ini..

Bila terlalu kerap muntah, badan akan cepat lesu dan lemah disebabkan kekurangan cecair dalam badan, ini akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi



Apa kata anda cuba beberapa tips ini untuk mengelakkan anda muntah-muntah dengan kerap


# 1.Makan sedikit dan kerap

Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

# 2. Makan apa dan bila anda kehendaki

tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

# 3. Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda.

Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

# 4. Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik.

Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

# 5. Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula.

Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

# 6. Dapatkan rehat yang secukupnya 

Ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

# 7. Hidu buah lemon. 

Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.

# 8. Minum teh halia.

Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

# 9. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut.

Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.

# 10  Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan.
 
Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

# 11. Cuba terapi semula jadi. 

Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

# 12. Beritahu seseorang.

Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan kami.

Jenis-jenis Ubat yang Bahaya Untuk Ibu Hamil

Ramai ibu-ibu yang sedang hamil akan fobia atau takut untuk mengambil sebarang ubat-ubatan ketika hamil, walaupun kadangkala ada sesetengah ubat yang boleh di ambil, tapi disebabkan fobia dan takut tanpa sebarang ilmu, maka ibu hamil tersebut menanggung sakit nya tanpa makan sebarang ubat-ubatan.



Sebelum mengambil sebarang ubat, cuba ibu-ibu kenal pasti ubat-ubat tersebut kerana masih ada beberapa jenis ubat yang selamat untuk digunakan. Anda boleh mengetahui sama ada ubat itu selamat ataupun sebaliknya dengan mengenal pasti kategori ubat. 

Kebanyakan ubat akan ditulis kategorinya sama ada A, B, C, D atau E(X)

A – Ubat yang datang daripada kategori ini didapati selamat untuk digunakan sewaktu hamil. Memandangkan tidak banyak ubat yang dikategorikan selamat, antara jenis ubat yang tersenarai dalam kategori ini ialah vitamin biasa dan multivitamin.

B – Senarai ubat dalam kategori ini pula telah diuji ke atas haiwan dan disahkan selamat. Ubat jenis B didapati tidak mendatangkan masalah pada wanita hamil. Namun, ubat jenis ini masih perlu diambil dengan hati-hati. Contoh ubat jenis B ialah antibiotik dan paracetamol.

C – Hasil ujian klinikal mendapati terdapat kesan ke atas haiwan tetapi belum ada ujian yang pernah dijalankan ke atas wanita hamil. Walau bagaimanapun, ubat ini masih boleh digunakan oleh wanita hamil dengan syarat beliau telah diberitahu risiko penggunaannya. Ubat-ubat dalam kategori ini termasuklah anti-depress dan sesetengah jenis antibiotik.

D – Ubat yang tersenarai dalam kategori ini didapati boleh membawa mudarat kepada janin. Contohnya ubat yang digunakan dalam rawatan kanser dan kimoterapi.

E (X) – Selain daripada dicatat sebagai ubat kategori E, kadang-kala ada ubat yang sama dicatatkan sebagai ubat kategori X. Ubat jenis ini disahkan berisiko tinggi menjejaskan janin. Sebagai contoh, thalidomide. Antara lain, ubat jerawat (accutane) sepatutnya tidak diambil sepanjang tempoh kehamilan kerana risiko kelahiran bayi cacat anggota badan

Ubat yang Di Larang Sama Sekali Ketika Hamil


1. Kulit
A. Accutane/ Isotretinoin
Sekiranya pernah mengambil ubat untuk merawat jerawat, anda pasti dinasihatkan doktor untuk tidak hamil dalam tempoh tertentu. Ini kerana risiko kelahiran cacat adalah tinggi iaitu 1:4 kandungan.

B. Tegison/ Etretinate
Bagi pesakit poriasis (sejenis penyakit kulit yang menyebabkannya keras dan gatal), ubat yang diberi adalah lebih bahaya. Kesan ubat ini akan berada dalam badan untuk tempoh yang panjang walaupun pesakit telah menghentikan penggunaannya. Dalam pada itu, ubat ini biasanya tidak akan diberi kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

2. Thalidomide
Ubat yang digunakan untuk mengatasimorning sickness ini turut dikenali sebagai world medical disaster. Ini kerana selepas diperkenalkan pada tahun 1958, ubat ini didapati menyebabkan keguguran ataupun bayi lahir tanpa anggota badan.

3. Aspirin
Ubat jenis ini tidak digalakkan untuk diambil kerana risiko berlaku pendarahan.

4. Ponstan
Selain ponstan, ubat ini turut dikenali sebagai asid mefenemiuc. Ia tidak boleh diambil kerana dipercayai boleh memberi kesan kepada jantung janin.


Ubat yang selamat di ambil ketika hamil


1. Paracetamol
Kebanyakan wanita yang demam ketika hamil takut untuk mengambil ubat. Perlu diketahui! Paracetamol selamat untuk dimakan. Wanita hamil yang demam perlu mengambil paracetamol bagi meredakannya. Jika tidak, dikhuatiri masalah lain pula yang akan timbul apabila suhu badan semakin meningkat.

2. Batuk
Sirap batuk daripada jenis benedril dijamin selamat.

3. Antibiotik
Terdapat tiga jenis kumpulan antibiotik yang dipercayai selamat. Antaranya ialah kumpulan penisilin, cephalosporin dan erythromycin.

4. Asma
Apa-apa sahaja jenis ubat untuk merawat asma adalah selamat dan dijamin tidak meninggalkan kesan buruk kepada kehamilan. Penggunaan inhaler adalah paling selamat.

Apa pun jenis ubat yang anda mahu gunakan sewaktu hamil sila dapatkan konsultasi dari doktor anda untuk mengelakkan anda tersilap mengambil ubat-ubatan ketika hamil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...