adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday 31 May 2015

Petua Nak Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan

Bagi ibu-ibu yamg pertama kali menanti kelahiran cahaya mata , kita pasti mahukan bayi yang sihat dan sempurna, tapi kadang2 tu dekat otak mesti selalu tertanya2 kan baby boy ke girl dalm perut tu..



Walaupun di zaman serba canggih manggih ni kita ada macam2 jenis scan untuk tengok jantina baby dalam perut, tapi ade juga kan yg suka dengan petua org lama2 ni , macamana diorg berteka -teki baby ape yg ade dlm perut tu ..walaupun orang kata xle pakai 100% ..tapi kalau saja2 nak mencuba tak salah pun kan



Jom tengok petua nak tau kalau baby dalam perot baby boy

  1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
  2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
  3. Wajah anda berseri-seri
  4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
  5. Kulit anda kering
  6. Hidung kelihatan lebih kembang
  7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
  8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
  9. Sering diserang sakit kepala
  10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
  11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
  12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
  13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna anda hamil anak lelaki.
  14. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.
Ni petua nak tahu kalau kita mengandung baby girl

  1. Perut anda bulat
  2. Anda mengalami ‘morning sickness’
  3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam
  4. Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
  5. Kulit anda lembut
  6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya
  7. Punggung kelihatan lebih besar
  8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
  9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
  10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
  11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
  12. Jika anda dokong bayi perempuan, bayi itu akan menangis
  13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna anda hamil anak perempuan.
  14. Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.
Sepertimana yg dah dibagitau awal2 tadi ni cuma petua org lama jek tau..bukan la 100% mmg tepat pun..semua adalah kuasa Allah..sedangkan kalau scan pun bole jadi tak tepat kan hehehe..

Baby boy ke girl ke yang paling penting skali baby kita tu lahir sihat walafiat dan sempurna ..terima la dengan penuh rasa syukur walau apa pun jantina baby kita..

so far masa mengandungkan apip dengan adik dia pun aku takde morning sickness, perut pun aku tak tau nak beze kan hehe..tapi ade gak org2 tua yg tegur cakap baby girl dlm perut ms mengandungkan adik dia hehe..

ps: encik husben 5 org adik beradik semua laki2.. hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...