Perkongsian ini datang dari Facebook Page Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung yang menyenaraikan perkara berikut:
1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga, terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
Jika genetik sudah ada, cara mendapatkan anak kembar mungkin lebih mudah, jika diizinkan Allah.
2. Umur
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
Kalau macam tu sape yg berazam nak anak kembar kene beranak banyak-banyak tau hehe
4. Berat badan dan ketinggian
Cara mendapatkan anak kembar juga dikatakan ada kaitan dengan berat badan. Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai cara mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu seiring dengan usaha. Kena jaga diet!
6. Pengambilan ubat kesuburan
Cara mendapatkan anak kembar dengan ubat kesuburan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.
( Teringat pula dengan seorang rakan yg dapat anak kembar, tapi tiada keturunan pun, beliau amalkan makan supplement kesuburan tu smpi 3 biji sehari hehe.. sepatutnya sebiji sudah cukup)
7. Kahwin dengan keturunan kembar
Cara mendapatkan anak kembar yang penting ialah kahwin dengan orang yang ada keturunan kembar. Semasa bercinta, cuba selidiki samada balak pasangan kita ada sejarah kembar atau tidak. Cuba semak latar belakang, entah-entah, bakal pasangan ada kembarnya!
Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.
Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Cara mendapatkan anak kembar tidak boleh lari dari makanan. Makanan adalah sangat penting dalam proses untuk dapat anak kembar.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.
Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
9. Berdoa pada Allah
Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak kembar. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:
Apa perlu buat jika mengandung anak kembar?
Kita sudah ketahui cara mendapatkan anak kembar. Tips dan petua itu mungkin buatkan anda berjaya mendapatkan anak kembar. Namun, itu hanya satu permulaan. Bagaimana sekiranya anda benar-benar hamil anak kembar? Apa yang perlu dilakukan?
Antara perkara yang anda boleh jangkakan lebih dari biasa adalah:
1.Pemeriksaan pra-natal yang lebih kerap
Anda akan lebih kerap bertemu dengan doktor, jika orang lain perlu membuat temujanji sebulan sekali, anda mungkin perlu berjumpa sebulan dua kali. Jumlah ultrasound dan ujian lain juga akan bertambah.
2. Berat badan bertambah lebih banyak
Jika anda mengandung seorang bayi pun, berat akan bertambah beberapa kilogram, kini dengan anak kembar, jangkakan berat anda bertambah sebanyak 17-25 kilogram.
3. Langkah berjaga-jaga tambahan
Doktor anda mungkin akan sarankan supaya anda menghadkan aktiviti anda seperti bekerja, melancong atau aktiviti fizikal semakin sarat anda mengandung.
Hanya perlu kurangkan serba sedikit berbanding biasa, bukan sampai ke tahap tak boleh buat langsung. Takut-takut pulak nanti pertumbuhan bayi terganggu apabila anda terlebih duduk diam.
4. Ambil nutrien tambahan
Memandangkan anak kembar memerlukan zat sekali ganda, anda semestinya memerlukan asid folik, kalsium, zat best, protein dan nutrien-nutrien penting lain bagi menggalakkan pertumbuhan yang sihat bagi anak dalam kandungan tersebut.
5. Mungkin tak cukup bulan
Bagi seseorang ibu yang mengandung, 40 minggu adalah tempoh yang cukup bagi pertumbuhan bayi yang sempurna dan selamat untuk dilahirkan samada secara semulajadi ataupun caesarean.
Tetapi dengan anak kembar, risiko adalah lebih tinggi untuk bersalin normal disebabkan pelbagai komplikasi. Mungkin seawal minggu ke-38 atau ke-39 anda sudah diminta untuk melakukan pembedahan.
No comments:
Post a Comment