adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Monday 4 December 2017

Berita gembira hari ini

Hari ni umar ada rutin checkup platlet dia kat hsnz..bacaan platlet umar harini adalah 612..last check adalah bulan 7 haritu..platlet dia dlm 690 lebih..lambatnya la nk menurun kan platlet awak ni umar..

Tapi yg berita gembira nya adalah doc cakap umar tak perlu lagi untuk pemeriksaan lanjut sebab doc kata mmg pattern platlet dia jenis lambat nk normal tapi semakin umur dia meningkat , platlet tu akan turun sendiri slow-slow..

Alhamdulillah..tu berita yg gembira untuk aku harini..setelah hampir 2 taun dok ulang2 cek darah umar..berakhir jugak rutin yg selalu buat umar nangis ni 😂😂

Doc cuma cakap pattern darah merah dia kemungkinan nampak macam pembawa talasemia..tp pembawan takde bahaya apa2 hidup mcm org normal cuma bila dia nak kawen doc ckp tak boleh kawen dgn pembawa talasemia jugak sebab akan hasilkn anak yg ade talasemia yg penyakit tu..nnti masa tingkatan 4 doc kata akan ada ujian free kerajaan bg utk diorg buat ujian talasemia tu..

Apa pun mama happy sangat kita dah tak perlu ke hospital lagi untuk cek platlet awak umar..

Terima kasih Allah 😊😊


 Sebelum balik tu sempat lagi kita org singgah kat pantai batu buruk saje amik angin tepi laut jap hehe..


Thursday 9 November 2017

Kisah kandungan ke-4 ku

Akhirnya kene jugak warded ☹☹

Pada 28/9 /2017..aku telah pun mengalami keguguran..ini pengalaman yg pertama aku dengan situasi keguguran ni

Sebenarnya..masa hari kejadian ni..memang start dari pagi dah keluar macam 'spot2' darah cair2..lepas tu..start tengahri bwh perut dah start rasa macam sakit tapi takde la kuat sangat..cam sakit2 manja je gitu..

Dalam pukul3 ptg tu hati risau..gi jugak la scan kat klinik..baby semua ok..doc bg ubat kuat rahim dan dia suh berehat je jangan buat apa2 kerja

Time tengah tgk tv..malam tu dlm kul9..dok la pegang2 perut..skali mcm terdengar bunyik 'pop' dr dlm perut..lepas tu terus rasa keluar cecair dr bawah..basah terus seluar..ingat kan darah dah masa tu.gi tandas cek..rupanya air ketuban dah pecah.

Panic gila masa tu dlm toilet..lepas duduk je berketul2 darah jatuh..ingat baby dah jatuh skali..tapi belum lagi..sempat tahan guna tangan sambut baby jatuh..dan dia masih bernyawa masa tu..sobsss 😢😢..lepas tali pusat dia terputus sndiri..baru la dia tak bergerak lagi..

Terus ke HsNz mlm tu jugak..kene warded sebab darah yg masih ade dlm rahim agak tebal..kene cuci..


Baby keguguran ni masa usia kandungan 12 minggu..memang dah nampak bentuk manusia..cuma blm ckp sempurna.biarlah gabar dia aku je yg simpan untuk kenangan..

Dah takde rezeki..Allah lebih tahu ape yg terbaik untuk kita kan..jadi kita redho je..mungkin Dia nk bg yg lebih baik akan datang..InshaAllah ..


Sunday 14 May 2017

Bila Pilihan Telah di Buat

Sebenarnye sejak dari bulan 1 awal tahun hari tu lagi aku dgn encik suami giat dok men sevey2 kereta baru dan terpakai yang berdekan kiteorang.

Memang ade niat nak tambah satu kereta tambahan untuk keselesaan anak-anak bila berjalan jauh, almaklumlah..setiap 2 minggu sekali kiteorg balik kg suami kat kelantan, jarak perjalanan dlm 2jam tapi sebab banyak pit-stop maka nya kadang2 jejak ke 3 jam 😂😂.. lagi satu..kg aku pun boleh tahan jugak kan nunn jauh di selatan , biasa nya jarak perjalanan kiteorg ke kulai makan dalam 8 jam..

Jadi nya..aku biasanya cuma balik kg dengan kelisa comel aku je..mmg ok je xde masalah..tp kereta tu dah tua sikit..agak risau sebenarnye nk jalan jauh2 sangat..kalau yg dekat2 sini ok sangat la hehe..lagi pulak anak- anak semakin lama makin bertambah..dan kakak tak dpt nk guna car seat dia sebab tak muat dah pun kan dalam kelisa, apip -1 car seat, terpaksa letak depan, umar satu car seat sebelah aku..kakak duduk tepi aku je..kadang2 pinjam kereta mil aku bila nk balik kulai tu hehe


Setiap minggu kalau kiteorg ade kat terengganu , kerja kiteorg adalah g testdrive kereta, atau g tengok2 kat pusat2 jualan kereta..lepas tu setiap hari dok bukak carlist dengan mudah.my dok sevey kereta..

Setakat aku sevey tu, kereta yg dah aku naik skali masa encik suami test drive adalah BRv, toyota sienta( betul ke ejaan tu 😆😆 sebenarnye nk test toyota innova tapi takde kereta nya masa tu so suka hati main try je kete lain ), nissan serena, honda stream.. ade yg naik je tak drive..cam hyundai santa-fe..


Last2 punya la banyak kete yg aku dapat tengok n rasa naik..encik suami beli kete yg aku tak dapat pun nk test naik sebab dia g tengok kat KL dan terus berkenan masa tu..




sekali pandang memang macam hitam tapi sebenarnye bukan..warna macam purple yg terlalu dark ..kalau kene cahaya mentari waktu panas akan nampak la ke-purple lan nya tu..nice kaler..aku suka 😊


ini adalah keadaan ruang dalam..
dah boleh muat semua orang punye car seat..seronok kan..semua pun tengah tido masa ni otw balik ke kelantan..

sangat selesa kat dalam dia walaupun tak se-selesa kereta yg bertaraf van2 tu kann..tapi sangat selesa pada aku..dari luar ia mengekalkan ciri2 sporty..sangat elegan design body dia..tapi sebenarnye untuk family car ( cam penjual kereta pulak aku rasa 😆😆)


kalau ade yg tanya kenapa tak beli estima ke velfire ke kan lagi besar..

aku jawab..ini lah rezeki yg encik suami mampu bagi pada kami..dan tersangat lah bersyukur..tq encik suami kerana tak mempuat pilihan yg salah..😘😘


oh..lagi satu..ini kereta recorn..tahun 2012, dari jepun la kan ofkos honda ni..yg tak tahan semua aplikasi dalam kereta ni bahasa jepang maaa..sila buat2 paham..wlpun ko tengah jalan atas jalanraya, gps dah menunjukkan ko masuk ke dlm laut 😂😂 

so berapa bintang nak bagi??


aku bagi semua bintang2 yg ade di langit tu untuk encik suami ..cia..cia..cia

nanti belikan kereta idaman i pulak ye 😜😜

ade yg tertanya2 lagi ke ni kereta ape?? 

Honda ODC nama dia ni 😄

lagi satu sebelum terlupa 
tarikh dapat  kereta ni  ialah 20/4/2017
moga kalau aku lupa nnt boleh rujuk di sini balik 

Friday 5 May 2017

Pokok Baru Untuk Laman

Minggu ni kami ade beli 2 pokok baru untuk di hiaskan di laman rumah..mana-mana kawasan yang bersesuaian dengan pokok-pokok tu..

Pokok yang menjadi pilihan adalah pokok 'tadah doa' ade jugak yg panggil pokok payung la mcm2 nama la pernah dengar hehe

Harga dia boleh thn jugak tu..kecik je baru satu je dahan dah rm35..tawar punya tawar dapat la rm32..boleh la kan..tak tau la kat tmpt lain harga berapa..tapi dah pernah sevey kat banyak nursery di terengganu dan kelantan harga lebih kurang tu ade yg lagi mahal pulak rm40..jadi terus beli malas nak pikir banyak-banyak lagi


baru tanam pagi tadi..daun semua dah luruh habis sbb panas sangat kot..ini yang daun nya wana putih..ade yang cakap daun putih lambat nak besar..harap-harap pokok ni tak mengecewakan la..


ini masa baru beli..byk lagi daunnya 😂😂

pokok kedua yang di beli ialah kemboja 😄



dan telah di tanam di penjuru laman rumah ..

diharap semua pokok-pokok memesar dengan sihat dan dapat menyerikan laman rumah kami ni 😉

Tuesday 2 May 2017

Resdung Bertambah Baik Dengan Set Resdung Shaklee

Baru baru ini, masalah resdung encik suami telah mengganggu dirinya..encik suami memang kerap bersin-bersin bila bangun pagi..kadang-kadang pagi2 jadi selsema..hari ni beliau sampai jumpa doktor sebab rasa tak selesa dalam mata ..doktor cakap mungkin sebab masalah alergik atau resdung tu..

Jadi aku ingat nak start kan  bagi encik suami makan Set Resdung Shaklee la..mudah-mudahan resdung dia semakin baik dan nyah dari hidup dia kalau boleh kan



Set Resdung Shaklee terdiri daripada

Sustain Release Vita- C

•bertindak sebagai anti histamin tanpa perlu kita mengambil side effect dari pengambilan drugs anti histamin
•menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
•membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
•meningkatkan fungsi Sistem pertahanan badan dan sel darah putih
•meningkatkan pertumbuhan tisu

B complex

• vitamin B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
•membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
•membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
•memlihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

Alfalfa complex

•mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
• ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema , resdung, alergik dan gegata
• pesakit SLE perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil Alfalfa

Kalau anda pun selalu rimas dengan masalah resdung anda apa kata cuba jugak set resdung ni..

Ia nya sangat selamat tanpa bahan kimia berbahaya, semulajadi dan berkesan.


Sebelum masalah resdung anda jadi lebih teruk cepat amalkan set resdung ni sekarang..

nak order?

boleh terus wassap saya 
farah
id 891272

Wednesday 19 April 2017

Penyakit Rheumatoid Arthritis

Kelmarin, sepupu yang paling rapat dengan aku wassap bertanyakan pasal supplement untuk beliau..katanya dia selalu sangat sakit lutut..lagi pulak selalu kene naik turun tangga sebab kerja di bangunan bertingkat..

Ku ingatkan mula-mula sakit lutut biasa2 aje..mungkin agaknya dia kurang kalsium.. 

tapi bila dia sebut dia ade penyakit Rheumatoid Arthritis ni terus la ku gigih menggugel nak tau ape ke bende la penyakit dia nama pun dah jarang2 aje dengar kan..

jadi..ini lah yang aku dapat dari gugel.



Rheumatoid arthritis ( RA ) adalah penyakit autoimun yakni penyakit dimana sistem imun tubuh menyerang dirinya sendiri, menyebabkan peradangan sendi kronik. Selain terutama menyerang sendi, ia juga dapat menyebabkan peradangan di berbagai organ lain seiring perjalanan penyakit. 



Orang dengan RA dapat mengalami peningkatan gejala -yang disebut flares (jilatan api) - yang dapat berlaku selama beberapa hari hingga minggu. Mereka juga dapat mengalami periode remisi di mana mereka memiliki sedikit atau tanpa gejala sama sekali. 

Tidak ada ubat yang spesifik untuk rheumatoid arthritis, tetapi beberapa jenis ubat dapat memperlambat perkembangan penyakit dan meringankan gejala .

Sumber:


    carta dari website dietvsdisease.org

Mengikut carta bergambar tu, •perempuan 3x lebih mudah dapat penyakit RA ni
•80% penghidap RA berumur antara 35-80 tahun
•70% penghidap RA bermasalah pada pergelangan tangan dan tangan
•90% mempunyai masalah di kaki


Tanda-Tanda dan Gejala-Gejala

•Sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan.
•Kekakuan sendi yang lebih ketara di sebelah pagi atau selepas lama berehat.
•Berasa letih dan lesu.
•Kekeringan mata dan mulut.


Rawatan yang digunakan:

1. Ubat-ubatan:

-Ubat NSAIDs (‘Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’) dapat mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi.

-Ubat DMARDs (‘Disease Modifying Anti-Rheumatic Drugs’) bertujuan merencatkan kerosakan dan kecacatan sendi.

-Ubat Biologic – merupakan ubat baru bertujuan merencatkan kerosakan dan kecacatan sendi.

-Ubat Steroid kadangkala diperlukan untuk jangkamasa yang pendek sementara menunggu ubat DMARDs menunjukkan kesannya.

Disebabkan penggunaan ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan, maka anda perlu mendapatkan nasihat doktor yang merawat anda.

2. Pemulihan anggota dan cara kerja:

-Rawatan ‘hot pack’ untuk mengurangkan kesakitan dan ketegangan sendi (fisioterapi).

-Senaman untuk menguatkan otot dan mempertingkatkan pergerakan sendi.
Senaman yang tidak memberi bebanan ke atas sendi seperti berenang amat digalakkan.
Jenis senaman bergantung atas keupayaan anda.
Amalan senaman ini perlulah diseimbangkan dengan masa rehat.


penyakit arthritis juga boleh dirawat dengan mengubah diet kita.

Perbanyakkan memakan sayur-sayuran dan kurangkan memakan daging, telur, bahan-bahan tenusu seperti keju dan mentega, makanan manis seperti kek dan kuih.
 
Tujuannya ialah untuk menurunkan paras lemak tepu dan meningkatkan paras ‘polyunsaturated fat’ di dalam badan. Hasil kajian mendapati lemak tepu boleh menjadi pemangkin kepada proses radang di dalam badan. 

Selain itu, para pesakit juga digalakkan mengambil pemakanan yang mempunyai banyak minyak Omega-3 seperti ikan kerana minyak Omega-3 telah terbukti dapat meredakan aktiviti radang pada sendi.

Disebabkan ia adalah penyakit kronik, RA akan kerap menimbulkan masalah dan tidak akan hilang begitu sahaja. Aktiviti penyakit juga akan kerap berlaku. RA ialah penyakit yang sistemik, di mana ia boleh menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Adalah penting untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal untuk RA jika anda ingin teruskan kehidupan yang produktif. Kajian menunjukkan rawatan awal RA yang agresif dapat mengawal kerosakan sendi, lantas mengurangkan masalah kehilangan pergerakan, meningkatkan keupayaan untuk bekerja, mengurangkan kos perubatan dan menurunkan keperluan pembedahan.

Terdapat juga beberapa supplement yang boleh diambil oleh pesakit ( atas nasihat doktor) yang dapat membantu mengurangkan kesakitan dan ketegangan sendi.

Tapi kita akan cerita pada next entry ye untuk supplement Arthritis ni.
cukup la setakat ini entry pasal rheumatoid arthritis ni.. 😊

sumber 
drsendiurat.com
diarypesakitrheumatoidarthritis.blogspot

farah 
Shaklee consultant kuala terengganu

Monday 17 April 2017

Kenapa Collagen Shaklee Powder Istimewa?

Kalau kita dah kata Collagen Shaklee Powder ni sangat eksklusif, maka bahan-bahan yang digunakan di dalamnya pun adalah sangat eksklusif tau..tak sama macam collagen-collagen lain..

Kita jangan cepat sangat terpedaya dengan janji manis produk-produk belum boleh dipercayai ketulenan dan keselamatannya..haa sekarang ni memang tengah hot kan produk-produk kecantikam yg mengandungi bahan-bahan beracun dan merbahaya pada kulit..jadi sila buat pilihan yang bijak ye ..jangan nk pikir murah je nanti kulit u olls yang tegadai kita tak tau 😆

Ini lah semua bahan-bahan yang digunakan dalam Collagen Powder shaklee ni 








Shaklee dah lebih 50 tahun tau dalam pasaran luar negara dan malaysia.. kalau shaklee keluarkan produk yg bahaya dah lama gulung tikar tau..

kalau berminat nk order collagen best ni tapi tak tau camne..jom wassap je saya ye 😉
farah
ajen shaklee kuala terengganu, gong badak

Angin ahmar (Stroke) dan Jenis-jenisnya

Bapa mertua aku sejak dari bulan 9 tahun lepas telah di serang stroke yg menyebabkan nya terlantar je sekarang..aku pun tak reti sangat bab2 sakit dia tu..stroke separuh ke penuh ke tapi tangan belah kanan macam masih boleh di angkat slow2 jugak..belah kiri tak boleh gerak dah..

jadi..hari tu , bila ternampak post dari fb seorang doktor pasal penyakit stroke ni..aku pun terasa la la nak share kat sini jugak untuk pengetahuan umum ye..kot ade jugak yg masih mencari info2 pasal stroke ni kn..dan aku dah mintak pun izin dengan tuan punye post ni..

Start dari bawah ni adalah di copy dari fb doktor tersebut ye : 

Penyakit stroke atau dikenali sebagai angin ahmar merupakan salah satu penyakit yang berhubungkait dengan sistem saraf seseorang pesakit. Otak manusia boleh diandaikan sebagai control center untuk segala sistem aktiviti badan manusia seperti berfikir, pergerakkan, rasa, pendengaran, penglihatan dan lain-lain. 



Kadangkala kita pelik mengapakah ada pesakit stroke yang dibedah otaknya, dan mengapa pula ada penyakit stroke yang hanya diberi ubat-ubatan? Untuk pengetahuan anda, otak, iaitu salah satu organ yang paling penting dalam badan manusia dipenuhi oleh banyak saluran-saluran darah yang membawa oksigen dan glucose bagi ia menjalankan fungsi normalnya.

Jenis stroke yang pertama dan yang paling kerap berlaku ialah Ischaemic stroke, di mana terdapat salur darah di bahagian otak yang tersumbat oleh darah beku atau plak kolesterol. Ischaemic bermaksud kawasan dalam otak itu kekurangan bekalan darah, menyebabkan ia mati. Stroke jenis ini dirawat dengan menggunakan ubat pencair darah serta intervensi lain bagi mengurangkan risiko stroke berlaku sekali lagi seperti ubat untuk mengawal gula, darah tinggi dan juga kolesterol di dalam badan.

Kawasan yang tidak mendapat bekalan darah, akan menyebabkan hilang fungsi kawalannya. Seperti contoh, jika stroke itu berlaku di otak kanan, yang mengawal pergerakkan badan di sebelah kiri, pesakit akan lumpuh separuh badannya yang belah kiri dan begitulah sebaliknya. Stroke jenis ini tidak memerlukan pembedahan.

Jenis stroke yang kedua adalah dan sangat merbahaya ialah haemorrhagic stroke, atau pendarahan. Salur darah di otak ibarat getah paip air. Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan menyebabkan peningkatan salur darah mengalami kebocoran. Dan kebocoran salur darah di dalam kepala sangat merbahaya. Ini kerana otak terletak di dalam tempurung kepala yang tidak boleh mengembang. Kebocoran di dalam kepala menyebabkan peningkatan tekanan di dalam tempurung kepala, dan bahagian otak yang akan tertolak kebawah.

Brain herniation akan berlaku apabila tekanan terlalu tinggi di dalam kepala dan risiko untuk kematian pada tahap ini amatlah tinggi. Justeru, pesakit akan memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan darah yang telah beku di dalam kepala. Kadangkal pakar bedah saraf akan membuat satu lubang, atau mengeluarkan separuh daripada tempurung kepala bagi otak membengkak. Pembedahan ini mengambil masa yang sangat lama biasanya. Setelah beberapa bulan apabila otak yang membengkak telah pun susut, pakar bedah akan meletakkan semula tempurung kepala yang dikeluarkan

Apakah pula peratusan untuk pesakit sembuh daripada lumpuh? Sepanjang perkhidmatan saya di wad perubatan dan pembedahan, saya biasanya mendapati 1/3 daripada pesakit akan lumpuh separuh badan selama-lamanya, 1/3 akan menjadi lebih teruk dan ada peratusan kecil daripada pesakit yang alhamdulilah boleh bergerak semula. Sama seperti buah pinggang, otak merupakan jenis sel yang tidak mempunyai keupayaan untuk tumbuh semula atau regenerate. Itulah sebab kebanyakkan pesakit yang lumpuh akan kekal lumpuh

Rawatan stroke objektif utamanya adalah untuk mengelakkan serangan stroke yang berikutnya. Kawalan tekanan darah, kolesterol, gula dan juga ubat pencair darah adalah penting di samping fisioterapi. Sekiranya anda menjaga seorang pesakit stroke, pastikan pesakit tidak berada di satu posisi sahaja dalam masa yang lama. Di wad hospital, jururawat akan memastikan 2 jam sekali pesakit harus diletakkan di posisi yang berbeza.

Hal ini adalah untuk mengelakkan komplikasi daripada prolong immobilization, atau tidak bergerak pada wktu yang lama seperti jangkitan kuman di punggung, jangkitan paru-paru, pembentukkan darah beku di kaki dan lain-lain. Oleh yang sedemikian, jika anda atau mengenali sesiapa di dalam keluarga anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain, pastikan mereka makan ubat seperti yang ditetapkan dan rajin-rajinlah memantau kesihatan mereka.

Terdapat jenis stroke yang lain, namun peratusannya amat kecil jadi saya tidak tulis di sini. 

ONNAZLIPUADE
#cakarayamseorangdoktor
Kredit gambar - Heart and Stroke Foundation Canada

Penulisan di share dari Fb Onn Azli Puade sepenuhnya..terima kasih di atas info yg sangat bermanfaat ini 😊

Tuesday 11 April 2017

Collagen Power

Selamat pagi semua.. semalam kita dapat berita yang Collagen Powder Shaklee dah kembali la u ollss..sebab dah lama peminat2 collagen power ni dok menunggu kan..bila la Collagen best ni nk ade stok..heyyy ..jangan risau..nak cantik hari raya nanti masih sempat lagi ni tau..😉😉

Semua orang dah tau yang collagen powder shaklee ni sangat tip top dan berkualiti tinggi ye..bukan kualiti pasar malam..dan bukan jugak setanding dengan collagen2 yang tumbuh macam cendawan goreng sekarang ni..😜😜

takpe..arini kita cuma nk belanja testimoni Collagen power yg ohsem ni je dulu.. jom check it out !! 








perlu di ingatkan ye peminat-peminat collagen semua..kesan pada setiap orang adalah berbeza tau..ade yg lambat dan cepat makanya sila la cuba dulu baru tahu 😃

nak order? harga special? 
wassap je la terus ye

farah
Shaklee kuala terengganu

Monday 10 April 2017

Masalah Platlet Umar

Semalam 10/4/2017, Umar kene buat temujanji dengan doktor pakar darah , di HSNZ berkaitan masalah platelet nya yang ter over sangat tu..

Platelet tu ape?

Platelet adalah sel-sel yang beredar di dalam darah dan mengikat bersama-sama apabila mereka mengenalpasti saluran darah yang rosak (luka). Platelet adalah unsur-unsur penting dalam darah yang penting untuk pembekuan darah(pembekuan dan pencegahan pendarahan). 

sekiranya bilangan platelet terlampau tinggi, darah beku mungkin membentuk (thrombosis), yang mungkin menghalang aliran darah dan menyebabkan kejadian seperti angin ahmar, myocardial infarction, pulmonary embolism—atau menyekat saluran darah pada bahagian lain badan, seperti kaki tangan atau kaki.

(hasil ehsan googgle 😄)

di sini la Umar separuh hari semalam 

Sebenarnye , sejak umur Umar 2 minggu lagi platelet dia yang terlajak tinggi tu dah di kesan.. Masa nak ambil ujian darah untuk prolonged jaundis, doktor dah cakap, platelet ank awak ni tinggi ni..sebulan lepas tu, doktor ulang lagi buat ujian darah dan platelet dia tak turun jugak tapi makin naik sampai 1065 masa umur dia 44 hari..terus kene masuk wad  walaupun Umar takde menunjukkan tanda-tanda sakit atau demam..


Tapi doktor takde buat ape pun cuma pantau je, esoknya dah boleh keluar dah..

sebenarnye kalau umar tak buat ujian darah untuk prolonged jaundis aritu, memang kita tak boleh nk tau yang dia ade platelet yg super duper power tu..😂😂
yelah sebab dia membesar sihat dan aktif mcm anak2 aku yg lain takde beze pun.

Dan bermula la selepas itu, setiap bulan Umar kene amik darah utk cek nilai platlet nya..pada awalnya dia perlu di rujuk pada pakar pediatrik HSNZ ..tp lepas umur 7 bulan doktor suruh sambung check-up di KK terdekat je sebab platlet nya  turun pun sangat lambat 

Selepas 8 bulan dia teruskan rutin cek darah setiap 2 bulan pulak sampai la sekarang..tiba2 bulan lepas platlet dia naik balik sampai 1088, jadi tu yang doktor Kk terus suruh ke pakar Darah di HSNz..

Tapi doktor pakar cakap tak perlu risau..dia tergolong dlm golongan yang platlet lambat nak kembali ke paras normal.tapi risiko darah mudah bergumpal dan tersumbat boleh menyumbang kepada masalah stroke 😓😓

Jadinya bermula la episod umar kene makan ubat setiap hari untuk elakkan darah dia bergumpal2, atau dengan kata mudah, ubat cair darah org panggil..
sian awak umar..kecik2 dah kene mkn ubat hari-hari 😂😂 



jadi next appointment adalah 3 bulan akan datang ye ..

Mama harap platlet awak boleh turun dengan segera supay awak tak payah lagi nangis2 masa ambik darah 😂😂

Nasib baik ade papa yang tenangkan umar..siap bukak video bagi umar diam 😂😂👍


mama sayang umar tau..budak baik ni 😘

Oh..tadi pagi call hospital tanya result platlet umar dari hasil ujian darah semalam, syukurr..platelet dah jadi 678 

mama dah start bagi umar OmegaGuard jugak sebenarnye sejak 3 minggu lepas 😆😆

panjang entry kali ni kan..moga anak mama cepat la normal ye platletnya .Amin

Kegilaan Terhadap Adenium

Adenium atau lebih dikenali dengan nama kemboja cina sebenarnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan peminat yang tersendiri.

Tak hairan lah kan kenapa ramai yang boleh jadi gila terhadap adenium ni..

Aku pun tak terkecuali termasuk dalam golongan yg gila dengan Adenium ni.. 😂😂 

Aku baru je berjinak-jinak dengan dunia tanam-tanaman dan bunga-bungaan awal tahun lepas..kalau ade duit  lebih mesti aku akan ke nursery mencari Adenium baru..kalau tak pun..beli secara online je la , lagi senang 😆

Jom intai2 koleksi adenium aku setakat hari ini baru ade 20 pokok je 😂😂


Ini sahaja lah tempat utk aku meletakkan kesemua Adenium yg aku ade..sbb sini kene byk matahari..lagi bagus tmpt open tapi aku yang takut kalau hujan pokok tak tahan 😂😂

dan ini pokok-pokok yang dah pernah berbunga 

id : banburi

id : bunga kampung



id :pozidon ( faveret sangat ni 😍)

id : jinda violet


id : tak ingat dah..ini pokok pertama yg aku beli sekali dengan banburi


id : russemechok

id : siwanon

pokok paling latest beli minggu lepas
dari kiri id : sangrassame, som chit , kawen 3( id kat bawah ni) 


Ade lagi beberapa pokok yg blm lagi pernah tgk bunga dia 
- Black love, angle of night, chocolate, butterfly , ade 2 pokok arabicum, muanghom.. 

fuhh jenuh kalo nk ingat id masing2 kn..kene buat ic sorang satu cmni gaya haha..

tapi bila masukn dlm entry ni mudah la sikit kn bila tak ingat je nama mereka semua boleh tengok balik kat entry ni 

bila ade pertambahan pokok bakal ku update kan lagi nanti ye 😉😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...