Bapa mertua aku sejak dari bulan 9 tahun lepas telah di serang stroke yg menyebabkan nya terlantar je sekarang..aku pun tak reti sangat bab2 sakit dia tu..stroke separuh ke penuh ke tapi tangan belah kanan macam masih boleh di angkat slow2 jugak..belah kiri tak boleh gerak dah..
jadi..hari tu , bila ternampak post dari fb seorang doktor pasal penyakit stroke ni..aku pun terasa la la nak share kat sini jugak untuk pengetahuan umum ye..kot ade jugak yg masih mencari info2 pasal stroke ni kn..dan aku dah mintak pun izin dengan tuan punye post ni..
Start dari bawah ni adalah di copy dari fb doktor tersebut ye :
Penyakit stroke atau dikenali sebagai angin ahmar merupakan salah satu penyakit yang berhubungkait dengan sistem saraf seseorang pesakit. Otak manusia boleh diandaikan sebagai control center untuk segala sistem aktiviti badan manusia seperti berfikir, pergerakkan, rasa, pendengaran, penglihatan dan lain-lain.
Kadangkala kita pelik mengapakah ada pesakit stroke yang dibedah otaknya, dan mengapa pula ada penyakit stroke yang hanya diberi ubat-ubatan? Untuk pengetahuan anda, otak, iaitu salah satu organ yang paling penting dalam badan manusia dipenuhi oleh banyak saluran-saluran darah yang membawa oksigen dan glucose bagi ia menjalankan fungsi normalnya.
Jenis stroke yang pertama dan yang paling kerap berlaku ialah Ischaemic stroke, di mana terdapat salur darah di bahagian otak yang tersumbat oleh darah beku atau plak kolesterol. Ischaemic bermaksud kawasan dalam otak itu kekurangan bekalan darah, menyebabkan ia mati. Stroke jenis ini dirawat dengan menggunakan ubat pencair darah serta intervensi lain bagi mengurangkan risiko stroke berlaku sekali lagi seperti ubat untuk mengawal gula, darah tinggi dan juga kolesterol di dalam badan.
Kawasan yang tidak mendapat bekalan darah, akan menyebabkan hilang fungsi kawalannya. Seperti contoh, jika stroke itu berlaku di otak kanan, yang mengawal pergerakkan badan di sebelah kiri, pesakit akan lumpuh separuh badannya yang belah kiri dan begitulah sebaliknya. Stroke jenis ini tidak memerlukan pembedahan.
Jenis stroke yang kedua adalah dan sangat merbahaya ialah haemorrhagic stroke, atau pendarahan. Salur darah di otak ibarat getah paip air. Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan menyebabkan peningkatan salur darah mengalami kebocoran. Dan kebocoran salur darah di dalam kepala sangat merbahaya. Ini kerana otak terletak di dalam tempurung kepala yang tidak boleh mengembang. Kebocoran di dalam kepala menyebabkan peningkatan tekanan di dalam tempurung kepala, dan bahagian otak yang akan tertolak kebawah.
Brain herniation akan berlaku apabila tekanan terlalu tinggi di dalam kepala dan risiko untuk kematian pada tahap ini amatlah tinggi. Justeru, pesakit akan memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan darah yang telah beku di dalam kepala. Kadangkal pakar bedah saraf akan membuat satu lubang, atau mengeluarkan separuh daripada tempurung kepala bagi otak membengkak. Pembedahan ini mengambil masa yang sangat lama biasanya. Setelah beberapa bulan apabila otak yang membengkak telah pun susut, pakar bedah akan meletakkan semula tempurung kepala yang dikeluarkan
Apakah pula peratusan untuk pesakit sembuh daripada lumpuh? Sepanjang perkhidmatan saya di wad perubatan dan pembedahan, saya biasanya mendapati 1/3 daripada pesakit akan lumpuh separuh badan selama-lamanya, 1/3 akan menjadi lebih teruk dan ada peratusan kecil daripada pesakit yang alhamdulilah boleh bergerak semula. Sama seperti buah pinggang, otak merupakan jenis sel yang tidak mempunyai keupayaan untuk tumbuh semula atau regenerate. Itulah sebab kebanyakkan pesakit yang lumpuh akan kekal lumpuh
Rawatan stroke objektif utamanya adalah untuk mengelakkan serangan stroke yang berikutnya. Kawalan tekanan darah, kolesterol, gula dan juga ubat pencair darah adalah penting di samping fisioterapi. Sekiranya anda menjaga seorang pesakit stroke, pastikan pesakit tidak berada di satu posisi sahaja dalam masa yang lama. Di wad hospital, jururawat akan memastikan 2 jam sekali pesakit harus diletakkan di posisi yang berbeza.
Hal ini adalah untuk mengelakkan komplikasi daripada prolong immobilization, atau tidak bergerak pada wktu yang lama seperti jangkitan kuman di punggung, jangkitan paru-paru, pembentukkan darah beku di kaki dan lain-lain. Oleh yang sedemikian, jika anda atau mengenali sesiapa di dalam keluarga anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain, pastikan mereka makan ubat seperti yang ditetapkan dan rajin-rajinlah memantau kesihatan mereka.
Terdapat jenis stroke yang lain, namun peratusannya amat kecil jadi saya tidak tulis di sini.
ONNAZLIPUADE
#cakarayamseorangdoktor
Kredit gambar - Heart and Stroke Foundation Canada
Penulisan di share dari Fb Onn Azli Puade sepenuhnya..terima kasih di atas info yg sangat bermanfaat ini 😊
terima kasih sis....teringat masa jaga arwah mak tahun lalu, ibu saya stroke sebelah badan kanan.....tapi masih mampu untuk gerak sikit2...memang perlu kesabaran jaga org tua yg ada stroke....semoga mertua sis cepat sembuh
ReplyDelete