adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Monday, 10 April 2017

Masalah Platlet Umar

Semalam 10/4/2017, Umar kene buat temujanji dengan doktor pakar darah , di HSNZ berkaitan masalah platelet nya yang ter over sangat tu..

Platelet tu ape?

Platelet adalah sel-sel yang beredar di dalam darah dan mengikat bersama-sama apabila mereka mengenalpasti saluran darah yang rosak (luka). Platelet adalah unsur-unsur penting dalam darah yang penting untuk pembekuan darah(pembekuan dan pencegahan pendarahan). 

sekiranya bilangan platelet terlampau tinggi, darah beku mungkin membentuk (thrombosis), yang mungkin menghalang aliran darah dan menyebabkan kejadian seperti angin ahmar, myocardial infarction, pulmonary embolism—atau menyekat saluran darah pada bahagian lain badan, seperti kaki tangan atau kaki.

(hasil ehsan googgle 😄)

di sini la Umar separuh hari semalam 

Sebenarnye , sejak umur Umar 2 minggu lagi platelet dia yang terlajak tinggi tu dah di kesan.. Masa nak ambil ujian darah untuk prolonged jaundis, doktor dah cakap, platelet ank awak ni tinggi ni..sebulan lepas tu, doktor ulang lagi buat ujian darah dan platelet dia tak turun jugak tapi makin naik sampai 1065 masa umur dia 44 hari..terus kene masuk wad  walaupun Umar takde menunjukkan tanda-tanda sakit atau demam..


Tapi doktor takde buat ape pun cuma pantau je, esoknya dah boleh keluar dah..

sebenarnye kalau umar tak buat ujian darah untuk prolonged jaundis aritu, memang kita tak boleh nk tau yang dia ade platelet yg super duper power tu..😂😂
yelah sebab dia membesar sihat dan aktif mcm anak2 aku yg lain takde beze pun.

Dan bermula la selepas itu, setiap bulan Umar kene amik darah utk cek nilai platlet nya..pada awalnya dia perlu di rujuk pada pakar pediatrik HSNZ ..tp lepas umur 7 bulan doktor suruh sambung check-up di KK terdekat je sebab platlet nya  turun pun sangat lambat 

Selepas 8 bulan dia teruskan rutin cek darah setiap 2 bulan pulak sampai la sekarang..tiba2 bulan lepas platlet dia naik balik sampai 1088, jadi tu yang doktor Kk terus suruh ke pakar Darah di HSNz..

Tapi doktor pakar cakap tak perlu risau..dia tergolong dlm golongan yang platlet lambat nak kembali ke paras normal.tapi risiko darah mudah bergumpal dan tersumbat boleh menyumbang kepada masalah stroke 😓😓

Jadinya bermula la episod umar kene makan ubat setiap hari untuk elakkan darah dia bergumpal2, atau dengan kata mudah, ubat cair darah org panggil..
sian awak umar..kecik2 dah kene mkn ubat hari-hari 😂😂 



jadi next appointment adalah 3 bulan akan datang ye ..

Mama harap platlet awak boleh turun dengan segera supay awak tak payah lagi nangis2 masa ambik darah 😂😂

Nasib baik ade papa yang tenangkan umar..siap bukak video bagi umar diam 😂😂👍


mama sayang umar tau..budak baik ni 😘

Oh..tadi pagi call hospital tanya result platlet umar dari hasil ujian darah semalam, syukurr..platelet dah jadi 678 

mama dah start bagi umar OmegaGuard jugak sebenarnye sejak 3 minggu lepas 😆😆

panjang entry kali ni kan..moga anak mama cepat la normal ye platletnya .Amin

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...