adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday, 3 January 2016

Tips Untuk Elakkan Loya dan Muntah Ketika Hamil

Sesetengah ibu hamil memang tak dapat dipisahkan dengan loya-loya dan muntah-muntah di awal kehamilan mereka..ada yang lebih teruk lagi sehinggan penghujung kehamilan mereka terpaksa menanggung masalah ini..

Bila terlalu kerap muntah, badan akan cepat lesu dan lemah disebabkan kekurangan cecair dalam badan, ini akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi



Apa kata anda cuba beberapa tips ini untuk mengelakkan anda muntah-muntah dengan kerap


# 1.Makan sedikit dan kerap

Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

# 2. Makan apa dan bila anda kehendaki

tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

# 3. Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda.

Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

# 4. Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik.

Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

# 5. Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula.

Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

# 6. Dapatkan rehat yang secukupnya 

Ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

# 7. Hidu buah lemon. 

Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.

# 8. Minum teh halia.

Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

# 9. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut.

Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.

# 10  Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan.
 
Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

# 11. Cuba terapi semula jadi. 

Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

# 12. Beritahu seseorang.

Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...