adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Tuesday, 1 December 2015

4 Tips untuk Tidurkan Bayi

Bagi sesetengah ibu bapa yang baru sahaja mendapat cahaya mata, mereka mendapati agak sukar untuk menidurkan bayi masing-masing walaupun bayi telah di beri susu yang secukupnya dan perkara-perkara lain juga telah di ambil kira, namun bayi masih sukar untuk tidur


Ini ada beberapa tips /cara yang biasa digunakan untuk memudahkan bayi anda tidur. Apa kata anda cuba salah satu tips ini sekiranya bayi anda menghadapi kesukaran untuk tidur.


1.      Tidur dalam buaian

Ia adalah cara tidur tradisional yang sudah dipraktiskan sejak turun temurun. Bagaimanapun cara tidur ini perlu diselenggarakan dengan betul bagi memastikan aspek keselamatan bayi terjamin.

Kebanyakan pakar kanak-kanak tidak menyokong penggunaan buai untuk menidurkan bayi.


2.      Tidur di paha

Anak boleh tidur di paha papa. Biasanya cara ini lebih praktikal bagi anak yang biasa tidur dibuai. Sambil menepuk pahanya, lutut anda digoyangkan. Keadaan yang sama seperti buaian mudah membuat si manja terlena. Untuk lebih selesa letakkan tilam kecil sebelum meletakkan anak di atas paha.

 

3.      Tidur dalam pelukan

Terdapat dua cara jika menggunakan kaedah ini. Satu, dalam keadaan anda berbaring. Letakkan anak secara meniarap di atas dada dan pusingkan kepala anak sama ada ke kiri atau kanan. Kedua, tidurkan anak dalam pelukan ketika anda sedang berdiri. Letakkan kepala anak di dada anda dan peluknya dengan erat. Berjalanlah sambil mendodoi supaya anak cepat tidur.

 

4.      Tidur sendiri di atas katil

Cara ini paling mudah dan banyak dilakukan oleh ibu bapa. Sediakan tempat tidur anak. Baringkannya dan tepuk pahanya dengan perlahan. Anda boleh mengiringkan anak ke kiri atau kanan untuk seketika.

 

AWAS!

Jangan biarkan anak tidur sendirian. Sindrom SID atau Sudden Infant Death boleh berlau di mana-mana tanpa disedari. Perhatikan bayi yang sedang tidur lena sekurang-kurangnya lima minit sekali.


Sebelum tidurkan bayi anda juga sila pastikan perut bayi tidak kembung, lampin telah ditukar, bayi telah kenyang dan telah di sendawakan. Baru la si bayi akan mendapat tidur yang lena  ðŸ˜Š

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...