adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia
Showing posts with label tips kempiskan perut lepas bersalin. Show all posts
Showing posts with label tips kempiskan perut lepas bersalin. Show all posts

Sunday, 6 December 2015

7 Tips Mendapatkan Perut Kempis Lepas Bersalin

Selepas bersalin ibu-ibu pasti berlumba-lumba untuk mengempiskan perut masing-masing kan. Nak jadi menawan macam masa ank dara balik memang bukan lah sesuatu yang senang kan.


Kalau betul-betul nak dapatkan perut yang kempis bak model-model terkenal kan hanya perlu satu je perkataan yang anda perlu letakkan dalam diri anda..iaitu 'DISIPLIN' 

Jadi cuba mendisiplin diri anda melaksanakan tips-tips di bawah ini untuk mendapat perut kempis yg menawan!



1. Menyusukan bayi sepenuhnya

Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

  1. Berbengkung dalam pantang

Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.

  1. Bertungku dan bertangas

Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.

  1. Jaga makan

Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.

  1. Jangan lupa bersenam

Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

  1. Hati-hati dengan postur badan

Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.

  1. Jom detoks

Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.

Tuesday, 31 March 2015

Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin



Saya percaya mesti semua ibu-ibu yang baru lepas bersalin takut kn tengok perut masing2..yela bila kita baru bersalin..perut memang akan kelihatan buncit lagi..seakan-akan masih ade baby lagi satu yang belum keluar kan 😝😝

Tapi bila kita melalui proses berpantang dengan  betul..lama kelamaan perut akan kembali kempis seperti sediakala..kalau sediakala tak brp nak kempis tu..terima jek la kejadiannya..hehe..tapiiii kan..seandainya masa pantang tu bagi sepenuh perhatian kat perut kn memang tak mustahil pun perut akn lebih kempis dari perut yg asal..hehe



Jom saya nk share tips2 untuk anda dapatkan kembali perut yg langsing bak che' ta selepas bersalin ( opsss.. ) haha

1. Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perahkan jus limau dan gaul bersama kapur tadi. Sapukan pada perut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan bole amalkan selama 40 hari semasa berpantang sebelum memakai bengkung , kalau dah tak buat masa pantang..pada bila-bila masa pun bole

2. Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk sehingga menjadi halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Malah,wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

3. Satukan satu camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan satu camca besar air limau nipis. Sapukan pada perut selepas bersalin. Lakukan selama beberapa minggu. InsyaAllah, perut kembali kendur dan kedutan juga hilang.

4. Tumbuk kapur sirih, daun jambu batu dan halia hingga lumat. Sapukan pada bahagian perut dengan menggunakan bengkung. Lakukan pada setiap malam.

5. Ambilkan beberapa biji buah delima,kemudian kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering,rebuskan buah delima tersebut dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.

6. Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus dan campurkan dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka yang telah dicampurkan air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati,sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung dengan ketat.

7. Ambil 2 sentimeter kunyit hidup dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu, ambil air patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis. Minum diiringi selawat pada waktu pagi dan malam.

8. Bancuh secawan teh pekat. Campurkan dengan sedikit gula dan perahan sebiji limau nipis. Minum sementara air masih suam. Petua ini boleh diamalkan selesai proses berpantang.

9. Angkat kaki sambil berbaring dan tangan diletakkan di bawah kepala. Lakukan senaman ringan ini setiap hari selama 20minit.

10. Bancuh segelas air dengan sedikit kapur. Perapkan air kapur sehingga mendap kapurnya ke bawah gelas. Ambil air yang jernih di sebelah atas dan perahkan sebiji limau nipis. Minum air tersebut dua kali pada setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam.

11. Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak tidak akan diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

12. Rebus 10 helai daun salam dalam air sebanyak dua gelas. Rebuskan hingga mendidih. Sejukkan dan minum dua kali pada setiap hari.

13. Bancuh sedikit asam jawa bersama segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Pada keesokkan paginya,minumlah air tersebut sebelum membasuh muka.

14. Amalkan makan 1 biji tomato yang tidak begitu ranum dan saiz yang sederhana besar setiap hari.

15. Petua ini sangat mudah untuk dilakukan dan kesannya adalah menakjubkan kepada perut anda. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudiannya. Anda juga diingatkan supaya jangan mengamalkan minum air berair sekiranya ingin kempiskan perut selepas bersalin.

Wah- wah..kemain banyak lagi kan petua..tinggal tunggu kerajinan je nk buat ke tak..bukan maksudnya semua sekali kene buat..anda bole la pilih mana2 yg bersesuain atau mengikut keselesaan masing2 ye

Semoga berjaya dapatkan kembali perut yang kempis kempus langsing mangsing tu ye 

Good luck !! 😘😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...