Tapi bila kita melalui proses berpantang dengan betul..lama kelamaan perut akan kembali kempis seperti sediakala..kalau sediakala tak brp nak kempis tu..terima jek la kejadiannya..hehe..tapiiii kan..seandainya masa pantang tu bagi sepenuh perhatian kat perut kn memang tak mustahil pun perut akn lebih kempis dari perut yg asal..hehe
Jom saya nk share tips2 untuk anda dapatkan kembali perut yg langsing bak che' ta selepas bersalin ( opsss.. ) haha
1. Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perahkan jus limau dan gaul bersama kapur tadi. Sapukan pada perut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan bole amalkan selama 40 hari semasa berpantang sebelum memakai bengkung , kalau dah tak buat masa pantang..pada bila-bila masa pun bole
2. Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk sehingga menjadi halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Malah,wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
3. Satukan satu camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan satu camca besar air limau nipis. Sapukan pada perut selepas bersalin. Lakukan selama beberapa minggu. InsyaAllah, perut kembali kendur dan kedutan juga hilang.
4. Tumbuk kapur sirih, daun jambu batu dan halia hingga lumat. Sapukan pada bahagian perut dengan menggunakan bengkung. Lakukan pada setiap malam.
5. Ambilkan beberapa biji buah delima,kemudian kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering,rebuskan buah delima tersebut dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
6. Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus dan campurkan dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka yang telah dicampurkan air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati,sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung dengan ketat.
7. Ambil 2 sentimeter kunyit hidup dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu, ambil air patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis. Minum diiringi selawat pada waktu pagi dan malam.
8. Bancuh secawan teh pekat. Campurkan dengan sedikit gula dan perahan sebiji limau nipis. Minum sementara air masih suam. Petua ini boleh diamalkan selesai proses berpantang.
9. Angkat kaki sambil berbaring dan tangan diletakkan di bawah kepala. Lakukan senaman ringan ini setiap hari selama 20minit.
10. Bancuh segelas air dengan sedikit kapur. Perapkan air kapur sehingga mendap kapurnya ke bawah gelas. Ambil air yang jernih di sebelah atas dan perahkan sebiji limau nipis. Minum air tersebut dua kali pada setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
11. Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak tidak akan diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.
12. Rebus 10 helai daun salam dalam air sebanyak dua gelas. Rebuskan hingga mendidih. Sejukkan dan minum dua kali pada setiap hari.
13. Bancuh sedikit asam jawa bersama segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Pada keesokkan paginya,minumlah air tersebut sebelum membasuh muka.
14. Amalkan makan 1 biji tomato yang tidak begitu ranum dan saiz yang sederhana besar setiap hari.
15. Petua ini sangat mudah untuk dilakukan dan kesannya adalah menakjubkan kepada perut anda. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudiannya. Anda juga diingatkan supaya jangan mengamalkan minum air berair sekiranya ingin kempiskan perut selepas bersalin.
Wah- wah..kemain banyak lagi kan petua..tinggal tunggu kerajinan je nk buat ke tak..bukan maksudnya semua sekali kene buat..anda bole la pilih mana2 yg bersesuain atau mengikut keselesaan masing2 ye
Semoga berjaya dapatkan kembali perut yang kempis kempus langsing mangsing tu ye
Good luck !! 😘😘
No comments:
Post a Comment