adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Tuesday, 29 September 2015

Bahaya Penggunaan Ubat Jerawat Ketika Hamil

Fuhhh sebenarnya kan baru tau yang ketika kita hamil kita perlu semak label ubat jerawat sekiranya kita nak menggunakan ubat tersebut.

Tak pernah terfikir bahan2 dalam ubat jerawat ni bole memudaratkan baby dalam kandungan. Almaklumlah kan, waktu tengah hamil, badan kita akan mengalamai perubahan hormon, period pun tak dtg utk 9 bulan, mmg tak mustahil org yg tak pernh ade jerawat pun tiba2 muka @ badan naik jerawat.

Itu lah juga yg biasa jadi pada saya..setiap kali hamil, akan dpt jerawat free..biasanya kat muka la..huhu..waktu kebiasaan nya jerawat hanya dtg ketika "bendera merah" je, tu pun bukan setiap bulan..kadang2 je..hehe



Kenapa Ubat Jerawat Bahaya untuk ibu hamil??

Beberapa kandungan yang ada dalam ubat jerawat sangat tidak digalakkan kepada bakal ibu. 
Antaranya bahan yg terkandung dlm ubat jerawat

- accutane yang dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan.

-retinol yang ada dalam ubat jerawat juga tidak boleh digunakan oleh ibu hamil kerana kandungan vitamin A yang terlalu banyak dalam retinol tidak baik untuk tumbesaran janin.

-Selain itu, dua jenis kandungan ubat jerawat biasa seperti beta-hydroxy acid (BHA) dan salicylic acid, yang boleh menyerap ke dalam kulit juga belum terbukti selamat digunakan oleh wanita hamil.

-Demikian juga dengan ubat jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide

Kalau anda risau dengan masalah jerawat yg anda alami sewaktu hamil, jangan terburu-buru untuk menggunkn ubat jerawat tanpa bertanya dengan doktor anda dahulu..cuba amalkan penjagaan wajah/kulit dengn sebaik mungkin sewaktu hamil, banykkan minum air masak, dan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Jerawat sewaktu hamil biasanya terjadi disebabkan masalah hormon, maka ianya akan hilang dengan sendirinya selepas anda melahirkan, tapi ingat!! jangan cuba2 nak picit jerawat anda tu nanti akan tinggalkan parut atau kesan yg susah utk dihilangkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...