adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Friday, 18 September 2015

Petua Menegang & Mencantikkan Payudara Selepas Bersalin

Masalah ni memang menjadi trauma kan hampir pada semua ibu baru lepas bersalin, lebih2 lagi yg menyusu badan..
Bentuk payudara sudah tak secantik dan setegang seperti zaman anak dara..

Saya pun baru terjumpa petua ini dan mungkin bole dicuba selepas bersalin nanti 😁😁..

Cara cuma perlu gunakan bahan2 mentah di dapur ..kalau bahan tu takde sila beli di kedai2 runcit berdekatan ye
😆😆


1.      Ambil beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada payu dara. Biarkan kering dan lakukan berulang kali.

 

2.      Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan dua kali seminggu.

 

3.       Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan tiga kali seminggu.

 

4.       Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. In Shaa Allah mujarab.

Sumber : Majalah PaMa 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...