adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday 5 July 2015

Peranan Suami Dalam Membantu Isteri Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Saya mempunyai dua org anak-anak syurga yang menyusu badan sepenuhnya sejak lahir..si abg sehingga dua tahun..dan skrg si adik pulak dah berumur setahun empat bulan masih menyusu badan lagi walaupun saya sedang mengandung anak ke-3. InshaAllah saya akan cuba untuk menyusukannya semampu yg boleh

Dalam nak menjayakan penyusuan yg ekslusif ni, mesti ramai ibu-ibu yg mengeluh , katanya , si suami selalu 'tidur mati' pada waktu malam bila anak menangis, al maklumlah, anak hanya perlukan susu ibunya, jadi si suami pun boleh rilex tanpa ambil tahu apa tugasan yg boleh di lakukan untuk membantu isteri.

Ini antara beberapa peranan encik suami yg bole dilakukan untuk menyokong isteri yg menyusukan bayi anda secara ekslusif.



1. Sebelum bersalin dah berbincang bersama-sama suami nak bersalin di mana dan beritahu doktor anda yg anda nk terus menyusukan bayi sejurus bayi dilahirkan

Sekiranya bersalin di Gh, kebanyakannya adalah hospital yg meyokong penyusuan susu ibu, tetapi sekiranya bersalin di hospital swasta, anda perlu untuk berbincang dengan doktor anda. Ini dah terjadi pada saya sewaktu melahirkan anak pertama, sy hanya dpt jmp baby 4 jam lepas bersalin sedangkan sy bersalin secara normal, dan bayi saya dah pun diberikan susu formula..memang terkilan tp disebabkann masa tu byk lagi bende tak tau, saya redho jek la. Anak ke dua bersalin di GH, Alhamdulillah.. terus bf baby sebaik baby keluar dr perut 😊😊

2. Suami boleh tolong amik alih tugasan menguruskn anak2 yg lain untuk meringankan beban isteri, jadi isteri dapat tumpukan lebih perhatian untuk menyusukan si bayi

3. Tukar lampin bayi sekiranya bayi sedar disebabkan lampin basah pada waktu malam, jadi isteri hanya bangun untuk menyusukan bayi, tak timbul la istilah, bayi yg bf , suami  bole tidur lena sepanjang malam.

4. Tolong isteri untuk jalankan kerja-kerja rumah yg lain  sewaktu isteri berpantang dan selepas berpantang. 

5. Suami juga bole tlg kejutkan isteri pd waktu mlm untuk menyusukan bayi , bukan apa, kadang2 isteri keletihan melayan kerenah si bayi yg cuba nk sesuaikan diri dgn keadaan baru sampai tak sedar untuk susukan bayi.

6. Jaga mood isteri, lebih2 lagi sewaktu isteri dlm pantang, org berpantang ni selalu emosi. Sekiranya isteri stress, ia boleh mengganggu pengeluaran susu si ibu dan menjejaskan penyusuan bayi anda

7. Baca info dan maklumat tentang penyusuan susu ibu yg ekslusif dan kongsi bersama isteri anda, isteri pasti gembira sekiranya suami juga turut menyokong penyusuan susu ibu kan

Kesimpulannya nk menjayakan penyusuan yg ekslusif ni bukan la dtg dari satu pihak jek..Suami juga memainkan peranan yg besar tau utk menyokong dan mendorong isteri untuk terus menjayakan penyusuan yg ekslusif ni. 

Lagipun banyak sangat manfaat yg ibu dan bayi perolehi bila bayi dapat menyusu dengan esklusif sehingga 2 tahun. Anak sihat, ibu bapa gembira 😊😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...