Sebenarnye, kalau kita dapat amalkan makanan yg sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan kita tak perlukan pun supplement dan vitamin tambahan melainkan asid folik atau vitamin B, tapi sekiranya kita rasa macam zat yg kita dapat daripada pemakanan tu macam tak lengkap jek maka boleh la kita tambah dengan vitamin dan supplement lain..
Ini antara vitamin- vitamin yg penting untuk ibu hamil
Asid Folik (folic acid)
- Asik folik membantu mencegah kecacatan kelahiran otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh melindungi ibu hamil terhadap kanser dan strok.
- Ibu hamil perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 600 mikrogram setiap hari dari makanan dan vitamintambahan.
Besi (Iron)
- Besi membantu perkembangan otot-otot kepada ibu hamil dan bayi.
- Ia juga membantu mencegah anemia (sel-sel darah merah terlalu kecil dan terlalu sedikit).
- Besi juga boleh mengurangkan risiko kelahiranpramatang dan berat kelahiran yang rendah.
Kalsium (calcium)
- Kalsium membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi.
- Ia juga membantu sistem saraf, otot dan mengekalkan sistem peredaran darah yang sihat.
- Jika ibu hamil tidak mendapat kalsium yang mencukupi dari makanan, badan akan mengambil kalsium daripada tulang dia dan memberikannya kepada perkembangan bayi.
- Dari semasa ke semasa, kekurangan kalsium dalam tulang boleh menyebabkan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, tulang nipis dan meningkatkan risiko tulang pecah.
- DHA juga dikenali sebagai asid omega-3 lemak. Ia membantu menyokong dan perkembangan saraf otak dan mata bayi.
- Ibu hamil perlu mendapatkannya sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari.
- Sebelum anda mengambil vitamin dan suplemen untuk ibu hamil, anda harus meminta nasihat daripada doktor anda sama ada anda perlu ataupun berapa banyak yang anda perlu mengambil.
- Sesetengah vitamin adalah berbahaya untuk diambil semasa hamil. Dos yang terlalu banyak kadang-kadang berisiko kepada bayi anda. Sebagai contoh, pengambilan vitamin A yang terlalu banyak semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
Banyak lagi vitamin penting yg diperlukan oleh ibu hamil seperti protein, zinc, karbohidrat.. tetapi kalau kita amalkan pemakanan yg seimbang InshaAllah kita bole dapat lain- lain vitamin dan zat dari makanan yg kita ambil.
No comments:
Post a Comment