Alhamdulillah Allah bagi rezeki utk puasa penuh tahun ni..Ini adalah kali ke-3 saya dapat berpuasa penuh sepanjang saya dah berkahwin ni lah..hehe..disebabkan ketiga-tiga kehamilan saya akan melalui bulan Ramadhan.. pulak tu kali ke -2 saya berpuasa + hamil + menyusu anak..haaa sape yg ckp ibu hamil tak mampu nak berpuasa..ini bukan setakat hamil..masih menyusu kan anak lagi..
Kali pertama adalah dua tahun lepas sewaktu mengandungkan Ainur Safiyya..saya masih menyusukan abg dia, skrg sy masih menyusukan safiyya di tambah dgn baby dlm perut lagi..
Ini antara tips2 yg saya boleh sharekan macam mana nk bertahan dan bertenaga sepanjang berpuasa utk ibu yg hamil dan menyusukn ank
1. Niat
- Niat ni sangat penting sebelum kita start berpuasa lagi..ade org blm puasa dah pikir mcm yang negativ2 sampai akhirnya betul2 jadi tak boleh nak puasa kan.. berniat la yang kalau bole kita nak berpuasa penuh
2. Jangan tinggal sahur
- ini paling wajib untuk saya,.sblm saya berkahwin, saya memang tak bole ambil nasi waktu sahur, rasa macam nak terkeluar balik bila mkn nasi tu, tapi sejak ade anak dan hamil waktu bulan puasa, dah terpaksa juga bersahur dengan makanan berat..itu saya la..mungkin kalau anda tak dapat makan nasi bole bersahur dengan air yg berprotein tinggi dan kurma..
3. Pastikan Pengambilan Air masak Cukup
- sebenarnya memang sangat susah utk saya habiskan walaupun 2L air masak di bulan puasa ni tapi saya cuba jugak sedaya yg termampu kerana jika air terlalu kurang ia akan menjejaskan pengeluaran susu utk anak saya. jadi nak tak nak kene minum sikit-sikit lepas waktu berbuka tu smpai la ke sahur
4. Supplement
- ini pun sangat penting untuk saya. disebabkan hamil dan menyusu, saya memang wajin ambil setiap vitamin dan supplement saya ikut waktu yg sesuai, yg mana kene mkn waktu sahur, yg mana kene makan lepas berbuka..untuk mengekalkan zat dan nutrien seharian saya sepanjang hari walaupun berpuasa..
pilihan saya dah pasti la Vitamin semulajadi dari Shaklee.
Saya amalkan Vitalea, ESP, Vitamin C dan Ostematrik
5. Makan makanan yang seimbang
- saya pastikan sepanjang waktu berpuasa saya akan mengambil makanan yang seimbang dan sihat. Saya banyakkan makan buah-buahan, sayur2, makanan berprotein, karbohidrat ni amik biasa2 je.
Lepas tu makan la secara perlahan2 dan berhenti sblm kenyang.. biasa la waktu berbuka tu kadang2 nafsu mengatasi segalanya sampai perut jadi senak hehe
6. Doa & Tawakal
- akhir sekali tak lupa setiap hari untuk berdoa supaya Allah permudahkan setiap perjalana saya untuk berpuasa walaupun dalam keadaan hamil dan masih lagi menyusukan anak. Amin
Saya yakin anda pun pasti boleh juga untuk berpuasa penuh walaupun masih menyusukan anak atau pun sedang hamil..tapi sekiranya ada alahan yg teruk elok lag jumpa doktor dan minta nasihat dari doktor ye
Salam Akhir Ramadhan 😊
No comments:
Post a Comment