adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Tuesday, 28 July 2015

5 Tips Atasi Masalah Perut Buncit

Anda pasti mengeluh dan hilang keyakinan apabila melihat perut yang semakin ke depan dan sudah pasti ini menggangu penampilan. 

Buncit juga menandakan risiko kesihatan yang biasanya dikaitkan dengan kesan obesiti.  Perut buncit ini mengandungi lemak visceral yang amat berbahaya bagi tubuh. 


 
1. Ambil serat larut secara teratur

Pastikan antara 30 – 35 peratus daripada makanan yang dimakan merupakan serat larut.  Orang yang lebih banyak mengambil serat larut mengalami pengurangan lemak perut daripada masa ke semasa. Sumber  yang baik bagi serat larut adalah seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, telur, kayang soya dan daging tanpa lemak.
 
2. Rajin bersenam

Latihan intensiti sederhana hingga latihan intensiti tinggi dapat membantu mencegah pengumpulan lemak visceral di dalam perut.  Jika anda menambahkan waktu untuk bersenam serta melakukannya secara rutin, lemak perut akan berkurangan. Beberapa latihan kardio seperti joging, tenis dan lompat tali contohnya, berguna untuk membakar lemak. Jangan pula buat senaman apabila kita rajin sahaja, tetapi anda perlu melakukannya secara teratur pada waktu pagi atau petang.
 
3. Banyak minum air putih

Mengambil air putih sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari amat penting untuk menjaga kesihatan tubuh.  Air putih mampu mengeluarkan racun di dalam badan di samping menyeimbangkan kadar metabolisme tubuh.  Air putih juga kekalkan tubuh dalam keadaan hidrasi. 
 
Minum air putih sebelum makan juga membantu mengelakkan anda makan terlalu banyak.  Mereka yang minum dua gelas air sebelum makan, akan mengambil kalori yang sedikit berbanding orang yang tidak minum air terlebih dahulu.  Jadi bagi mencegah perut buncit, bawalah air putih ke mana saja anda pergi.
 
4. Makan banyak buah-buahan

Golongan yang mengambil beri biru setiap hari memiliki lemak perut yang sedikit berbanding yang tidak mengambilnya, malah risiko yang rendah mendapat penyakit jantung dan diabetes.
 
Buah limau bali juga merupakan pilihan yang baik untuk mencegah perut buncit.  Dua manfaat utama daripada buah ini adalah indeks glikemik yang rendah dan juga dapat membakar lemak jauh lebih baik daripada sumber makanan lain.  Buah-buahan lain yang membantu mengurangkan kenaikan lemak perut adalah seperti tembikai, oren, lemon dan kiwi. 
 
Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya sejenis buah setiap kali selepas makan atau ketika anda berasa ingin mengunyah sesuatu.  Jus daripada buah-buahan juga boleh menjadi pilihan, tetapi pastikan  tidak ditambah pemanis.
 
5. Makanan sihat dan makan dengan kerap

Amalan mengambil makanan sihat dapat membantu penurunan berat badan.  Ketika menstruasi, wanita cenderung makan dengan kerap.  Dalam tempoh itu, metabolisme akan bekerja perlahan-lahan.
 
Disarankan juga agar anda memasukkan beberapa variasi makanan lain sebagai tambahan seperti badam, anggur, epal, yogurt rendah lemak dan biskut gandum di dalam menu makanan sihat anda.
 
 Selamat mencuba!

Sumber : Mingguan Wanita 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...