adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Tuesday, 17 November 2015

9 Tips Meneran Sewaktu Bersalin yang Dapat Mengurangkan Koyakan

Proses untuk melahirkan bayi adalah perkara yang digeruni oleh kebanyakan ibu-ibu kan, lebih-lebih lagi bila si ibu pernah mempunyai pengalaman yang lalu di mana kawasan perineum terkoyak dengan banyak.

Sebelum proses untuk bersalin, ramai ibu- ibu yang belajar teknik-teknik untuk meneran dengan betul kan, tapi bila sampai masa untuk bersalin, mesti ibu-ibu jadi panik dan lupa untuk praktikkan ape yang di pelajari.

Sebenarnye ini pun berlaku pada saya..walaupun sewaktu bersalin ank ke-2, saya sudah membaca tips-tips untuk meneran banyak kali, namun sewaktu proses bersalin, saya jugak tidak terlepas dari membuat kesilapan..namun ada beberapa tips lain yang mampu saya ikut yang menjadikan bayi mudah keluar berbanding sewaktu bersalin anak pertama dulu.

Sekiranya anda ikuti dan praktikkan 9 tips dan teknik untuk meneran degan betul ni,,Insha-Allah ada mungkin tidak/kurang untuk mengalami sebarang koyakan dan mudah untuk bayi keluar



9 Tips untuk meneran dengan betul ketika bersalin

1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.

2. Mata pandang ke perut.

3. Tangan pegang pergelangan kaki.

4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.

5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.

6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.

7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi.

8. Dengar arahan jururawat dan doktor.

9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai.

Tips no5 adalah sesuatu yg sukar untuk dikawal dan ianya berlaku di luar kesedaran saya ..hehe..akibatnya sewaktu bersalin anak ke-2, saya mengalamai sedikit koyakan dan terpaksa dijahit tanpa bius. 

Semoga rakan-rakan yang bakal bersalin tak lama lagi mampu mengikut tips-tips ini dengan baik..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...