Pengalaman saya anak pertama terpaksa kene vakum disebabkan tak pandai meneran masa tu, jadi koyakan yang berlaku lebih banyak..untuk anak kedua, hanya sedikit sahaja koyakan yang berlaku, tapi walaupun sikit, sakit yang ditanggung tu sama sahaja..😅😅..
Jom kita tengok cara-cara tradisional bagaimana untuk memulihkan luka selepas bersalin dengan cepat. Yang penting tanpa bahan kimia, selamat dan berkesan..hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi 😃
- Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
- Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
- Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
- Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
- Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Selamat mencuba petua-petua di atas ye dan melalui proses berpantang dengan mudah 😊
No comments:
Post a Comment