adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday, 1 November 2015

Apa yang Ibu Perlu Tahu Bila Bayi Songsang

Ramai di kalangan ibu- ibu yang hamil akan risau kan bila doktor bagitau bayi anda songsong..kebiasaannya..sebelum usia kandungan masuk 37 minggu bayi anda masih ada potensi untuk berpusing balik pada kedudukan normal , kepala di bawah. 

Kalau saya pun mesti akan risau bila doktor bagitau bayi songsang, tapi sebenarnye, ibu-ibu tak perlu risau sangat sebab dalam 100 kehamilan, cuma 3-4% sahaja bayi yang tidak berpusing balik pada usia matang , 37 minggu..selebihkan akan berpusing balik

Songsang ni pun ada macam2 jenis tau bukan ade satu jek..kita perlu tahu sekiranya bayi kita songsong, ia berada dlm kategori yang mana.



Antara jenis-jenis songsang

Extended breech/Frank breech: Kedua-dua kaki lurus dengan buku lali kaki berada di sebelah kepala bayi. Jika doktor membuat pemeriksaan jalan kelahiran dari bawah (vaginal examination) mereka akan dapat merasakan punggung bayi. Keadaan ini paling biasa berlaku (70%). Kadangkala ibu dibenarkan bersalin secara biasa bagi kedudukan ini (vaginal breech delivery).

Flexed breech/Complete breech: Kedua-dua kaki terlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah kita dapat merasakan kedua-dua buku lali kaki dan punggung bayi. Kekerapan jenis ini cuma dalam 15% sahaja.

Footling breech: Apabila satu kaki terlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Melalui pemeriksaan dari bawah (vaginal examination) terdapatnya pergelangan kaki di pintu rahim/serviks. Jenis ini juga cuma 15% sahaja. Selalunya kedudukan bayi seperti ini memerlukan kaedah kelahiran secara pembedahan Caesarean kerana dikhuatiri tali pusat akan turun kebawah bersama air ketuban. Ini dipanggil ‘cord prolapse’ dan keadaan ini sangat merbahaya boleh mengancam nyawa bayi.



Apakah penyebab kehamilan songsang?

  • Bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Faktor ini yang biasanya ditemui. Bayi anda akan berpusing kepada kedudukan normal apabila sampai waktunya.
  • Sejarah kandungan terdahulu yang songsang.
  • Ketidaknormalan pada rahim seperti masalah fibroid ataupun terdapat pembahagian dinding rahim yang menghalang bayi daripada berpusing.
  • Uri bawah ataupun Placenta Praevia Major yang menutupi pintu rahim, lalu menghalang kepala bayi daripada masuk ke ruang pelvis (engagement) dan menyebabkan bayi berpusing pada kedudukan songsang.
  • Ketidaknormalan bada bayi, masalah pada pembentukan kepala bayi –anencephaly,
  • Kehamilan kembar atau lebih daripada dua.
  • Keadaan air ketuban yang terlalu banyak (polyhydramnnios) – bayi mempunyai banyak ruang untuk bergerak dan berpusing. Air ketuban yang terlalu sikit juga menyumbang kepada keadaan bayi songsang.
  • Sudah mempunyai kehamilan yang banyak (multipara) – otot dinding rahim sudah elastik,memberikan banyak ruang pada bayi untuk bergerak dan berpusing.
Antara senaman yang anda boleh lakukan sendiri di rumah untuk betulkn kedudukan bayi songsang 



yg ni lebih kurang cam sujud, jadi lepas solat tu apa kata anda cuba sujud ama sikit setiap kali lepas solat, 

walaupu senaman ini tidak ada kajian2 yang membuktikan keberkasanannya,,tapi memang ada sesetengah ibu yg berjaya..

Walau apa pun, sekiranya anda merasakan sakit pinggang bila melakukan senaman2 berikut terus behenti tau, bole dapatkan nasihat dari doktor yang memeriksa anda.

Sekiranya bayi masih tidak berpusinh setelah 37minggu doktor akan memusingkan bayi melalui prosedur External Cephalic Version (ECV) ini dibawah pengawasan ultrasound, cardiotocogram (CTG) dan kemudahan dewan bedah untuk melakukan pembedahan Caesarean sekiranya berlaku kecemasan.

ECV dilakukan pada usia kandungan 36 minggu pada kehamilan pertama dan 37 minggu untuk kandungan kedua dan berikutnya. Jika ECV dilakukan lebih awal daripada tempoh itu, bayi mungkin kembali menjadi songsang dan jika melewati 37 minggu pula, ia lebih berisiko untuk dilakukan kerana air ketuban mulai berkurangan. Usia kehamilan 36 hingga 37 minggu juga dipilih untuk ECV kerana jika berlakunya komplikasi akibat daripada ECV, pembedahan Caesaerean boleh terus dilakukan tanpa ragu-ragu kerana bayi sudahpun mencapai tempoh matang.

Kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah tinggi, dalam lingkungan 50%. Tinggi kan.

Tapi kene ingat tau bukan semua bayi yang songsang boleh melalui prosedur ECV ni..

Faktor-faktor TIDAK dibolehkan menjalani prosedur ECV:

  • Keadaan di mana pembedahan Caesarean perlu dilakukan
  • Pendarahan ketika mengandung dalam lingkungan 7 hari sebelum prosedur
  • Degupan jantung anak yang tidak normal
  • Kecacatan rahim
  • Air ketuban sudah pecah
  • Kandungan kembar (kecuali untuk melahirkan kembar kedua)
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk semua ye

sumber mmgazette.com, Dr Muhammad Izzat 

1 comment:

  1. tq for sharing ! dulu pon baby songsang and end up with c-zer :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...