1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
2. Menguatkan otot besar dan kecil dan meningkatkan perkembangan motorik kasar dan halus.
3. Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, ketegangan otot, keseimbangan dan kemahiran jari.
4. Melatih kedua belah otak di mana pergerakan menyilang ketika merangkak dapat merangsang kedua belah otak atau kawasan yang berbeza pada otak. Ia sekaligus membantu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak
5. Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang ketika merangkak membolehkan kedua belah otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat penting dengan lebih cepat. Aktiviti merangkak meningkatkan pengeluaranmyelin, bahan yang melapisi sel saraf yang membantu otak menghantar dan menerima mesej lebih cepat dan jelas. Merangkak akan merangsang pula bahagian otak 'menerima' dan 'ekspresif'.
6. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan.
7. Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa kerana bayi dirangsang menggunakan kedua telinga secara serentak dan mengembangkan pendengaran kedua telinga.
8. Merangsang kepekaan sentuhan, visual dan jarak jauh-dekat.
Maka janganlah anda risau sekiranya bayi anda suka merangkak lebih lama, biar dia persiapkan diri dan kuat kan otot-otot badannya sebelum beralih ke fasa berjalan ye 😉😉
No comments:
Post a Comment