Jika ini adalah anak pertama anda, anda mungkin rasa ringan di bahagian bawah tulang rusuk dan memudahkan anda bernafas. Tetapi pada masa yang sama, rasa berat di bahagian pinggul mula terasa.
3. Kontraksi yang lebih kerap dan konsisten
Sepanjang kehamilan anda merasakan perut anda mengeras. Ada yang sejam sekali, ada yang 30 minit sekali. Tetapi ia tidak berapa konsisten. Apa yang anda perlu perhatikan adalah kontraksi yang konsisten iaitu setiap 10 atau 20 minit dan sangat sakit. Durasi kontraksi pula antara 30 saat ke 90 saat.
Tetapi jika durasi kontraksi tersebut tidak semakin panjang, lebih kuat atau lebih kerap dan ada jurang yang lama di antara kontraksi berikutnya; anda mungkin belum betul-betul hendak bersalin.
Jika anda pengguna telefon pintar, anda boleh gunakan aplikasi Contraction Timer untuk Android dan rekodkan kontraksi anda. Anda juga mungkin akan rasa seperti perut memulas dan cirit-birit.
4. Keluar cecair mukus
Cecair mukus berkumpul di bahagian serviks sewaktu kehamilan. Secara mudahnya, ini adalah tanda bersalin keluar lendir. Kebiasaanya, keluar lendir putih.
Apabila serviks mula membuka ruang yang lebih besar, cecair mukus akan keluar dan ada yang berwarna cerah, merah jambu atau sedikit berdarah.
5. Bukaan serviks
6. Air ketuban pecah
Antara tanda-tanda bersalin yang paling nyata adalah pecahnya air ketuban. Ini disebabkan cecair amnion yang melindungi bayi dalam kandungan anda telah pecah. Ada yang keluar dengan banyaknya seperti air pancut, ada yang keluar sedikit demi sedikit. Tetapi apa-apa pun, segeralah ke hospital kerana dah tak lama dah anda akan bersalin.
No comments:
Post a Comment