adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday, 31 March 2013

Promosi harga runtuh NUTRIFERON SHAKLEE!!

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.
Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.

2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.

3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.

5. Mereka yang sering stress.

6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.

8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.


credit celikvitamin

Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee






Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:



Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


credit vitaminsemulajadi
  
untuk sebarang tempahan atau pertanyaan anda bole terus sms/ whataps ke 012-7354137
atau pm terus ke page kami  http://www.facebook.com/joyandhoney dan dapatkan hadiah percuma dan harga yg istimewa dari kami.

Sunday, 24 March 2013

Mengelakkan stretch mark ketika hamil

Tips untuk mengurangkan/mengelakkan stretch mark ketika hamil


Ni dari pengalaman sendiri..mmg terbukti berkesan pada aku..sehingga akhir kehamilan hanya 10% stretch mark yg jadi..tu pun disebabkan bila dah last2 pregnancy dah malas nk sapu losyen..hehe
namun kesan pada setiap org tak kan sama tapi tak salah kalau kita mencuba supaya stretch mark dapat dikurangkan.

Pada awal kehamilan sehingga masuk trimester ke2 aku hanya menggunakan minyak bio oil ni, sapu je di sekeliling kawasan perut setiap hari selepas mandi

Bio Oil

-Mencegah Kesan Regangan Kulit akibat kehamilan
-Dianggarkan bahawa 75-90% wanita berkemungkinan mendapat kesan regangan kulit ketika mengandung terutamanya pada trimester kedua dan ketiga.
-Kebarangkalian berlakunya kesan regangan kulit berbeza mengikut jenis kulit, bangsa, umur, diet dan kelembapan kulit.

Cara Penggunaan:

Bio-Oil perlu disapukan pada perut, payudara, pinggang, punggung dan peha dua kali sehari sejak trimester pertama, untuk membantu menghalang kemunculan kesan regangan kulit dengan melembap dan mengekalkan keanjalan kulit.

Bio-Oil perlu disapu pada kulit yang kering sebaik sahaja selepas mandi dan biarkan diresap sepenuhnya sebelum memakai pakaian.

Selamat digunakan ketika hamil

#Vitamin A
Sejak kebelakangan, ada yang mengatakan bahawa Vitamin A mungkin menjejas kesihatan fetus jika ditelan oleh ibu mengandung dalam kuantiti yang besar. Konsentrasi Vitamin A yang sangat tinggi sukar menembusi badan menerusi kulit, maka sapuan vitamin A (dan seumpamanya) tidaklah begitu membimbangkan. Maka, kadar Vitamin A (dilabel sebagai Retinyl Palmitate) di dalam Bio-Oil adalah sangat rendah dan tidak mungkin membahayakan jika disapu atas kulit.

#Rosemary
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat umum banyak membincangkan mengenai kesan penggunaan minyak Rosemary secara berlebihan ketika hamil. Bagaimanapun, kandungan minyak Rosemary di dalam Bio-Oil (dilabel sebagai Rosemarinus Officinalis) tidak membimbangkan kerana konsentrasi rosemary yang tinggi tidak boleh menembusi badan apabila disapukan pada kulit. Maka, tahap Rosemary di dalam Bio-Oil adalah sangat rendah dan tidak ada kesan sampingan yang negatif.

#Lavender, Calendula dan Chamomile
Lavender, Calendula dan Chamomile juga selamat digunakan untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Parut Episiotomi
Episiotomi adalah prosedur minor untuk memudahkan kelahiran normal yang melibatkan pembedahan kecil di perineum untuk membesarkan pembukaan vagina. Meskipun Bio-Oil selamat digunakan di permukaan kulit, kami tidak menyarankan penggunaan produk ini ke atas selaput mukosa. Bio-Oil mempunyai kandungan pewangi yang sangat rendah dan tidak dianggap sebagai 100% steril. Atas alasan ini, kami tidak menyarankan penggunaan Bio-Oil untuk parut episiotomi.

Urutan Perineal
Urutan perineal adalah regangan dan urutan lembut ke atas perineum (kulit di antara anus dan vagina) untuk mengurangkan kecederaan episiotomi dan perineal ketika kelahiran. Atas alasan yang sama, kami tidak menyarankan penggunaan Bio-Oil untuk urutan perineal.

Penggunaan semasa penyusuan badan
Bio-Oil sangat selamat untuk digunakan pada badan semasa menyusukan bayi, namun tidak digalakkan untuk disapu pada puting payudara – meskipun Bio-Oil tidak toksik, bayi sangat sensitif dan tidak sepatutnya menelan Bio-Oil meskipun dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Penggunaan ke atas bayi
Meskipun Bio-Oil tidak dihasilkan untuk kegunaan bayi, penggunaan produk ini ke atas kulit normal bayi di atas umur 2 tahun adalah tidak merbahaya. Bagaimanapun, produk mesti disapu dengan hati-hati dan tidak digunakan di kawasan berhampiran mata atau mulut.


Palmer's Cocoa Butter Formula
-massage lotion for stretch mark



Mase trimester pertama penggunaan Bio Oil mmg tak mendatangkan ape2 kesan sampingan tapi start trimester ke2 da mula rasa gatal2 sekitar perot yang da start meregang tu..Ini hanya untuk kulit aku..setiap orang akan berbeza2 kesan dia tau..ade yg bole guna bio oil smpi nk bersalin tu ok jek teruskan la

So tukar pulak pada Palmer's ni smpai dah nak bersalin..
Masa ni dok kat Perth, losyen Palmer's ni masih lagi rasa macam murah kat sana..tibe2 bila balik Malaysia cam rasa berfikir 10x nk beli hahahah..

Tapi dia memang sangat2 membantu utk mengelakkan stretch mark..lagipun kat botol dia pun mmg gmbr utk wanita preggy kan

Aku guna sehingga dah nak bersalin ..lama2 jadi malas hehe tu yg bila dah nak bersalin baru keluar strecthmark nya sbb dah malas sapu losyen hehe..

Sampai masa aku mengandung anak ke dua aku terus jek guna Palmer' ni sebab ada balance sebotol lagi bawak balik dari Perth dulu..lepas habis yang ni aku ganti jek dengan minyak VCO Tanamera punye..rasanya mana2 minyak ok jek kot janji kene sapu sesuatu supaya dapat kurangkan kesan rekahan kat perot tu
So bagi ibu2 yg tgh preggy bole cuba skrg..masih belum terlambat :)

Selepas bersalin aku teruskan dengan minum ESP dari Shaklee utk nyahkan saki baki stretch mark yang keluar masa dah last-last kehamilan tu..kesannya memang perut cantik jek tanpa strechmark..


Jangan segan-segan untuk sms/wassap 012-7354137 farah
Atau pun pm je kat page ni
https://www.facebook.com/joyandhoney
utk sebarang jenis pertanyaan ye


Sunday, 17 March 2013

Ovarian Cysts Ganggu Kesuburan?



Ramai dikalangan wanita muda sekarang yang sering beranggapan apabila mereka mempunyai masalag cyst, mereka adalah tidak subur, tetapi sebenarnya tidak semua cyst akan menjadikan seseorang wanita itu tidak subur.

Ovarian cysts biasanya dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnosis mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.




Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.


Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.




Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh mengganggu kesuburan.

Antaranya ialah:

Endometriomas – cyst yang disebabkan oleh endometriosis.

Polycystic Ovarian Cyst – terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.

Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak menggangu kesuburan, antaranya:

Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.

Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.

Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.

Bilakah pembedahan itu perlu ?

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan,

* Untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan

*Untuk membuang ovarian cyst, jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc) dan jika saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain

*Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.

Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. 

Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut:

#Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.

#Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).

#Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.

#Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)

#Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…
-pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
pesakit adalah gadis remaja.
-pesakit telah menopause.
-menggunakan pil perancang kehamilan

#Walaupun terdapat beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan:

-imej CT scan abdomen, dan
laporan pathology tisu yang diambil, atau
jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
wanita itu sudah mengalami menopause atau
saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.

-Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.

Credit Dr zubaidi hj Ahmad


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...