adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Tuesday, 29 January 2013

Jom dapatkan baucer shaklee rm60

Nak dapat rm60 baucer utk produk2 shaklee??




Jgn lepaskan peluang masing2!!

Anda cuma perlu buat 2 perkara mudah
1. Like & share page https://www.facebook.com/joyandhoney
2. Buat belian bernilai rm60 dlm satu transaksi

Sekiranya syarat2 berikut dah dibuat anda layak untuk menerima baucer untuk produk2 shaklee bernilai rm60.. Cabutan untuk nombor bertuah akn dilakukab setiap hujung minggu selama 6 minggu..

Jgn lepaskn peluang anda sape tau anda org yg bertuah tu!!


Jgn lupe like & share
https://www.facebook.com/joyandhoney dan buat belian produk2 shaklee dr kami rm60 atau lbh utk dptkn hadiah cabutan bertuah bernilai rm60 baucer utk produk2 shaklee!!promosi akn berlgsung selama 6 minggu !!

Pm /sms utk maklumat lanjut!!
Farah salwa Id 891272
Tel 012-7354137
Fb - joy & honey

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, 19 January 2013

Manfaat soya

Manfaat Dalam 100 gm Soya

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: July 18, 2012




Soya memiliki nilai gizi yang terkenal lengkap. Di dalam 100 gram soya mengandungi sebanyak 34.9 gram protein, 331 kalori, 18.1 gram lemak, 34.8 hidrat arang, 227 kalsium, 585 fosfor, 8 mg besi, 110 SI vitamin A, 1.07 mg vitamin B1 dan 7.5 gram air.

Soya juga memiliki sejumlah phytochemical termasuklah isofl avon yang dapat bekerjasama untuk membantu melawan keadaan penyakit seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan kanser payudara.

Manfaat lainnya adalah, soya juga berperanan penting untuk mengusir penyakit diabetes mellitus, gangguan pada ginjal dan juga reumatik. Tanaman ini juga kerap diolah sebagai makanan yang menyihatkan.

Jadi, tidak hairanlah jika tempe dan tauhu sering menjadi makanan pilihan orang ramai. Ini kerana, ia bukan sahaja lazat tetapi juga mudah diolah di samping memiliki manfaat yang besar pada kesihatan. Proses fermentasi soya sebenarnya dapat membuat nutrisi yang terkandung di dalamnya lebih mudah diserap oleh tubuh.





ESP - soy protein isolate powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Dapatkn ESP anda sekarang hanya di
https://www.facebook.com/joyandhoney dgn hrga yg istimewa !!!
Like dan pm/ sms utk sebarang pertanyaan

Shaklee Independant Distributor
Farah salwa id 891272
Tel/ sms 012-7354137
Fb- joy & honey
- Posted using BlogPress from my iPhone

Soalan popular ketika hamil

Oleh : Dr.Mohamad Rafi dari Hosp UMRA , Shah Alam

Soalan Popular Ketika Hamil

Sebaik disahkan hamil, kebiasaannya anda akan diselubungi 1001 persoalan tentang suka duka kehamilan. Bersama Dr.Mohamad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam untuk mendapatkan jawapannya.




Mama:

Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?

Dr. Rafi:

Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.



Mama:

Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap hB tetap rendah?

Dr. Rafi:

Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap hB tetap rendah walaupun sudah ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.



Mama:

Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?

Dr. Rafi:

Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.



Mama:

Apakah teknik meneran yang betul?

Dr. Rafi:

Cara setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.



Mama:

Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?

Dr. Rafi:

Ya dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan, aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.



Mama:

Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?

Dr. Rafi:

Kontraksi biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor daripada buat keputusan sendiri.



Mama:

Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?

Dr. Rafi:

Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.



Mama:

Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?

Dr. Rafi:

Kebanyakan ubat selamat (99 %). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil.




Mama:

Sewaktu hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?

Dr. Rafi:

Kebanyakan doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang, apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.



Mama:

Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?

Dr. Rafi:

Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.



Mama:

Kebanyakan makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kalau diambil berlebihan?

Dr. Rafi:

Setiap makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi. Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi, jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang penting ialah bersederhana.



Mama:

Benarkah dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?

Dr. Rafi:

Cerah atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.



Mama:

Berapa banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung?

Dr. Rafi:

Waktu mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak, akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.

Jadi, ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.



Mama:

Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?

Dr. Rafi:

Morning sickness adalah alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.



Mama:

Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?

Dr. Rafi:

Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100 % tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.




Mama:

Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?

Dr. Rafi:

Sebagai doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.



Mama:

Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?

Dr. Rafi:

Penyebab jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang banyak tercemar dengan bahan kimia.


Dapatkan set kehamilan shaklee di
https://www.facebook.com/joyandhoney
Like page dan pm utk dapatkan tawaran hara yg berpatutan dan free gift




- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, 16 January 2013

Aktiviti apip ptg2

Dah 2hari lepas petang2 je sebelum balik rumah aku akan singgah jap kat rumah mak sdare mertua aku jap..( betul ke ayat aku?husband aku nye mak sdare..haha) sebb die pun ade cucu yg tua setahun dr apip.hajat nk menghilangkan kebosanan apip la.. Sebb lau x petang2 terus balik rumah dari kedai..huhu..

So mmg apip tersangatla suke hati bila kat sane sbb rumah kampung kan..ada tanah..pastu nk naik rumah kene naik tangga batu..lagi la bertambah2 die suke hati..hahahaha..kang 1minit dlm rumah nak turun lak..pastu 1minit lagi naik tangga pulak..eh budak ni mmg xreti penat ke eh? Huhu..aku yg penat dok kejar2 die takut jatuh nk turun naik sesuka hati

Lagi satu aku suke g rumah mak sedare mertue aku ni sbb ade moto letrik.hehe..saya menang moto..kikiki..

Tgk la aksi apip yg poyo nek moto tu








Naik dgn kakak pulak sebb kaki apip lom smpi lagi nk pijak pedal minyak..haha..

Pastu selain tu yg die suke main sejak kat kampung ni..men dgn kucing..haritu sampai kene cakaran kucing sbb die berani sesangat nk pegang mane2 kucing yg die jmp..pantang nmpak la..

Ok tu je la nk cite..nnt pikir lak entry ape lagi nk cite..hehe

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, 10 January 2013

Mengapa kite memerlukan vitamin?




7 sebb mengapa badan kita perlukan supplement

1. Badan kita memerlukan dos vit yg lebih tinggi dari apa yg diperolehi daripada makann. Cthnya vit E dan vit C yg diperolehi daripd mknn sahaja tidak ckp utk mmberi kesan pencgahan dan anti penuaan

2. Buah2han dan sayur2an yg ditanam di atas tanah yg tidak subur mgandungi bhn dan galian yg kurang berbnding di atas tanah yg subur. Racun perosak,racun serangga dan bahan pencemar mmpengaruhi kuakiti buah dan sayuran tersebut

3. Zat makann mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penediaan. Vit C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak

4. Pengambilan pil tahan sakit, laksatif, ubat2 an,alkohol,minumam keras dan antibiotik bole menggangu menyerapan zat makann. Amalan diet yg tinggi kafein,kolestrol,lemak,gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makann dalam tubuh

5. Pengambilan makanan seharian yg tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan yg di cadangkan

6. Gaya hidup dan trend masa kini dgn kehidupan yg sibuk, jarang masak di rumah dan lebih gemar kdp makanan segera yg tinggi kandungab MSG

7. Bagi yg bekerja, makann tengahari di luar dan malam masak seringkas yg mungkin..maka pengambilan makann yg seimbang tidak di titikberatkan


- Posted using BlogPress from my iPhone

Kehidupan setelah berjauhan

Sedar tak sedar dah nak masuk 10 hari en hubby balik Perth tinggal aku dgn apip..huhuhu..sedih betol la..hari2 aku dok menghitung hari bila nak bulan 4 ni..sbb en hubby aku akan balik bulan 4..semoga kami dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk berjumpa lagi ..amin..

Aku skrg masih kat kelantan lagi..ikut rancangan aku akan balik jb 24-25 hb ni..hehe..tapi aku dok sini pun xde watpe pun..jadi tukang masak tetap je..kikiki..pastu da xde keje dah dok lepak2 kat kedai runcit MIL aku je..ptg balik..hehe..sungguh rilex kehidupan aku kan..hahha

So xde ape sgt la nk cite ..
Cuma kalo ade sesape yg terbace blog aku ni kan..nak mintak tolong like page baru aku..sape2 yg nak dapatkan vitamin2 shaklee dgn best price..bole la pm /sms no aku k..pada yg sudi like tu sgt2 berterima kasih la aku ucapkan..

Jom like page ni ramai2..utk tips2 kecantikan dan kesihatan anda
https://www.facebook.com/joyandhoney


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, 2 January 2013

aktiviti mase kat Le Maridien

Skrg aku dah pun sampai Kelantan..baru smpt nk update blog aku ni dlm kete otw nk g stokis Shaklee kat Kb..heehe

Sepanjang 5hari aku kat hotel ..aku byk abiskan masa berdua je dgn apip sebab hubby aku hari2 ade meeting pagi smpai ke ptg..mlm smbung lagi..huhu..aku siap bole g jalan ke Midvalley naik komuter dgn Apip walaupun tu first time naik seb baik aku terer xsesat pun..hahaha..

Pastu bila xde gi mane2 aku jln2 la kat KL central je sbb hotel aku tu mmg betul2 depan KL central..lintas jln tra masuk KL central ..aku pun lau x dok hotel tu xjejak kaki kat citu gak..mmg first time gi citu..

Pastu petang bwk apip men kat swimming pool hotel..best..apip suke gile main air..huhu




Mase ni dah last day so hubby aku balik meeting cpt cikit sbb die blm merase lagi swimming kat hotel tu..hehe














Pastu dok lepak2 kat lobby hotel..tapiiiii..apip xreti nk dok diam kot..asik nk larikan diri je..huhu














Hai la..anak sapo la ni main cmni..hahahha

So bila2 free akan ku hapdet lagi cite kat kelantan pulak k..

Hari last kat KL

Hari ni dah last day kiteorg kat KL ni..baru check out dari hotel tadi kul2..gi makan pastu lepak jap kat lobby hotel ni..nk kene g airport kul 6 jap lagi..malam ni dah sampai kelantan..cepatnye la masa berlalu kan..huhu..

Aku nak cite pasal hotel yg aku dok free ni pun xtersempat2..hahaha..kiteorg kat sini dok kat hotel Le meridien..pd aku yg xbrp nk berkemmpuan ni hotel ni bole thn mhl gak la semalam lbh kurg rm300++..pd org yg berkemmpuan mmg murah la kot kan..tapi aku dok free je..uni hubby aku sponsor sbb die ade meeting kat hotel ni..

Aku dok le meridien ni 5hari 4mlm..mmg keje aku jln2 ,bwk apip men swimming pool..g kl central.hahaha..sbb hubby aku mmg meeting je manjang kat sini..

Ni gmbr keadaan dlm bilik kiteorg













Skrg aku tgh tggu nk g lcct je ptg ni..so xde buat ape..update la blog jap..hehe




Ni la brg2 kiteorg mase check out tadi.tu pun dah pass brg 30kg kat pakcik aku..suh die bg mak aku..hahaha..ni pun dah 70kg utk luggage bawah..huhu

Cite aktiviti kat le meridien ni masuk kat entry lain k

- Posted using BlogPress from my iPhone

Kenapa pilih GLA shaklee??

GLA bukan sahaja utk wanita
- Ramai orang beranggapan bahawa GLA hanyalah utk wanita.
-Sebenarnya supplement GLA asid linoleik yg sama penting seperti asid amino tidak bole dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya diperolehi dari makanan.
-Sangat penting utk kanak2 ( potongkan gel lembut dan campurkn isinya dgn makanan) , remaja, dewasa dan juga selepas menopous dan andropause ( menopous lelaki)

Kebabayakan GLA ( gamma linolenic asid ) tersedia dipasaran dihasilkan dari evening primrose oil ( EPO) , manakala GLA shaklee diekstrak dari Borage yg mengandungi lebih dari 2x ganda GLA dlm EPO.

Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yg ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yg mana ianya adalah sumber terbaik omega-6. Ianya di gabungkan dgn minyak sunflower dan vitamin E utk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan, semulajadi yg dipatenkan. Bioavailabilitynya dibukti secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun dlm sel dan tisu





Manfaat utama GLA complex Shaklee

• Herba tradisi yg dipercayai
-borage adalah herba kegemaran org barat. Ianya merawar ulser, mengeluarkan virus, melegakab kelesuan , membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

• Mengawal selia estrogen dan testrogen
- GLA mmbentuk protaglandin utk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, mmperbaiki simptom PMS sprti mood swing, kesakitan , retensi air dan sakit payudara

• Melambatkan menopous
- memperbaiki keadaan menopous seperti hot flasher, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akn melambatkn penuaan, mengetatkn uterus, mmberi tone kepada uterus utk kulit lebih muda

• Memperbaiki prostatomegaly
- GLA mmperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

• Menentang kanser
- GLA adalah anti oksidan yg meningkatkan sistem immune tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

• Memperbaiki inflamasi kulit
- ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, elergy, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintil penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yg terjadi dari rheumatisma, artritis

• Menghalang komplikasi diabetes
- merendahkan gula darah, berkesan utk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yg tinggi

• Pelangsingan dan penghalang tambah berat badan
- merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dgn berkesan, memberi tone pada kulit dan otot utk wanita secara berperingkat utk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong utk mengelak keasidan hiper

• Menghalang tekanan darag tinggi
- menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, pengembangan salur darah, mmperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction

• Memperbaiki tekstur rambut
- mmperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

• Hiperaktif dan autisma ( ADD / ADHD)
- dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak2 berautisma,sukar beri tumpuan untuk belajar dan hiperaktif

Pm / sms/ email utk sebaranf pertanyaan. Dapatkan tawaran menarik hari ini!! :)

SHAKLEE Independent Distributor
Farah salwa ID 891272
Sms 012-7354137
Email justeablue@yahoo.com
Fb -fara salwa


- Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...