Sebenarnya saya belum pernah pun melambatkan / melewatkan pemotongan tali pusat anak saya..walaupun sudah bersalin 2 kali tapi baru sahaja terbaca pasal kebaikan Delay Cord Clamp ( DCC) ni.Kemungkinan kalau ade rezeki anak yg akan datang akan mintak doctor lewatkan 2-3 minit untuk potong tali pusat bayi
DCC ni biasanya orang buat selepas mereka memilih utk Kelahiran secara natural birth..tapi pada saya kalau tak dapat nk lahirkan secara natural birth pun apa salahnya kita mintak doctor lewatkan potongan tali pusat tu kan..cuma kalau kita bersalin di hospital gov yg patient terlalu ramai mungkin permintaan kita tak dipenuhi sbb diorg nk attend patient lain yg menunggu lagi kan..so kene faham..kene berdoa byk2 supaya Allah permudahkan niat kita tu..mintk la bersalin tgh malam yg tak ramai org ke ms tu hehe..
Lotus Birth & DCC
1. Lotus birth (lb) adalah amalan tidak memotong tali pusat bayi slps ibu bersalin dimana uri & talipusat disimpan sehingga tanggal sendiri dr pusat bayi.
2. Amalan tidak memotong tali pusat ini dipercayai bermula sekitar 1970an di amerika syarikat. Ia seterusnya dipopularkan oleh pasangan pengamal yoga yg menamakannya sbg 'lotus birth' dgn menghubungkaitkan simbol lotus (bunga teratai) yg mempunyai pengertian tertentu dgn kelahiran bayi.
3. Tujuan lb adalah untuk mengelakkan kesakitan pada bayi (dgn mengerat tali pusat) dan membiarkan tali pusat tertanggal secara semulajadi disamping dikaitkan mempunyai faedah2 tertentu.
4. Antara faedah2 yg dikatakan dapat diperolehi daripada amalan lb adalah :
- Mempercepatkan penyembuhan & mencantikkan pembentukan pusat
- Meningkatkan imuniti bayi
- Meningkatkan ikatan mak dan baby (kerana bayi yg masih bersambung dgn uri dpt duduk lebih lama dgn ibu tanpa sebarang gangguan)
Walaubagaimanapun setakat ini belum ada kajian saintifik yang dapat membuktikan faedah2 tersebut.
5. Kebanyakan pakar2 perubatan mengatakan amalan lb adalah berbahaya kerana meningkatkan risk of infection pada pusat bayi.
6. Setakat ini belum ada hukum/ijtihad ulama berkaitan amalan lb. Pengeluaran hukum/fatwa bg lb akan mengambilkira :
- sejauh mana kebaikan vs kemudharatannya serta
- Adakah lb hanya adat atau melambangkan prinsip agama tertentu
7. Menurut kajian delayed cord clamping (dcc) selama 3 minit mempunyai beberapa kebaikan utk bb antaranya :
higher birthweight, early haemoglobin concentration, and increased iron reserves up to six months after birth. Walaubagaimanapun kajian juga menunjukkan dcc boleh menyebabkan jaundis pd bayi.
8. Beberapa perbezaan timing dcc yang diketahui:
1. X potong langsung (dlm lb)
2. Delay tak melebihi 8jam
3. Delay selepas sejam
3. Delay 20 minit
4. Delay 2-3 minit (recommended practice in kkm facilities but may not be followed by some junior or reluctant MOs. )
sumber
http://sitisifir10.blogspot.com/2013/11/isu-dan-hukum-lotus-birth.html?m=1
Sekiranya diberi pilihan mungkin saya hanya akan pilih untuk DCC sahaja dan bukan Lotus Birth tu..
kredit pict- mamanaturally
dari gmbar ni menunjukkan tali pusat yg lewat dipotong dah takde darah dalam dia kan
Beberapa ketika selepas kelahiran, plasenta sebenarnya masih menyalurkan darah yang kaya denga nutrisi dan zat-zat mineral (ureum, natrium, iron dan sebagainya), serta oksigen kepada bayi.
Memotong tali pusat sejurus kelahiran menyebabkan hampir 30 mL darah dari plasenta terputus hubungan untuk terus disalurkan kepada bayi di mana khasiatnya bersamaan dengan 600mL darah orang dewasa.
LB memberi peluang kepada bayi untuk mendapatkan semua khasiat dan oksigen dari plasenta selepas kelahiran.
Apakah faedah melambatkan proses mengepit tali pusat (Delayed Cord Clamping) selama 2 minit mempunyai kebaikan kepada bayi?
•Membekalkan lebih 33% lebih darah kepada bayi Mengurangkan risiko anemia
•Meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah Lebih stem sel diperolehi oleh bayi
•Lebih banyak oksigen dibekalkan kepada bayi terutamanya untuk fungsi organ seperti paru-paru.
Sumber
http://www.healthyvitagarden.com/apa-itu-lotus-birth/
Sekiranya ada yg berminat untuk mengetahui lebih lanjut kaedah Lotus Birth ni anda bole baca di link di atas ye
Kaedah ni bukan boleh kita ikut tanpa ada ilmu sbb bila uri masih melekat dengan bayi, perlu ada teknik2 yg betul untuk penjagaan uri pulak sementara nk tunggu tali pusat tu tercabut secara semulajadi.
Bila dah betul2 faham baik buruk kaedah ni baru lah anda bole berbincang dengan org yg lebih pakar untuk membantu anda membuat keputusan dengan tepat
Diharap sedikit maklumat ini bermakna buat anda
No comments:
Post a Comment