harini aku nk cite pasal rumput je.. punya la lama tak berhapdet rasanya byk jugak perkembangan pasal rumah aku dah tak ter hapdet..rajin sungguh..
Alkisah..en suami dari mula2 lagi masuk rumah ni dah verangan nk tanam rumput mutiara ni kat kawasan lapang depan rumah..bulan ni ade rezeki lebih..baru la kami dapat menunaikan hajat encik suami 😄
ni gambar semasa kerja2 pembersihan lalang2..kawasan ni mmg dah lama terbiar sampai penuh lalang woo..nasib xde gmbar sebelum buang lalang tu..fengsan org tgk 😆
kerja pembersihan tapak dah setel..supervisor dari awal kerja dok perati je kn 😅
ni kerja tambak pasir pulak bak bagi sama level dgn longkang tu supaya air tak bertakung kat rumput nnt
dah siap kerja2 menambak pasir
kalau tgk dekat2, rumput ni lain dari rumput biasa tu tau.. cantik je daun dia bulat2..
ni kerja2 penampalan rumput 😅
kontraktor yg bertanggungjawab dalam kerja2 penanaman rumput kami ialah Encik Mohd Asamudin Sdn Bhd 😂😂
sesiapa berhajat nk tanam rumput sila contact beliau..kerja2 nya tip top..aku sangat berpuas hati 😄
Maka nya kami dapat menjimatan berganda sbb ade tukang rumput sdn bhd 😁
ni sedikit info bagi sesiapa yg sedang sevey2 nk tanam rumput..
rumput ni ssuai sangat pada yg malas nk potong rumput selalu 😄
...info tentang Rumput Mutiara
- rumput mutiara tak perlu dimesin...
- rupabentuk rumputnya cantik, kekal dalam saiz yang sama panjang.
- jika ditanam ditempat yang betul2 panas dan di kawasan yang terbuka (tidak berbumbung), saiz rumput jadi betul2 pendek, nampak cam bulat gitu...
- jika ditanam di tempat yang 50:50 kepanasan jadilah saiz yang tidak sekata
- jika ditanam di tempat yang berbumbung contoh bawah rumah orkid yang berbumbung netting, saiz daun jadi panjang-panjang (2" - 3" panjang) sementara kedudukan helaian rumput agak jarang...jarang... antara satu sama lain, tak padat... *kesimpulan: rumput mutiara agak tak brape sesuai ditanam bawah bumbung*
- Sesuai dibajakan hanya dengan baja organik tahi ayam. Kalau terlebih tabur pun, its ok ... rumput tak mati.
Cara maintain rumput mutiara:
- mesti rajin diselenggarakan dari masa ke semasa...mesti dipantau pertumbuhan rumput2 liar yang sentiasa curi2 ruang nak tumbuh sama.
- mesti ditabur baja organik tahi ayam sekali-sekala untuk memastikan pertumbuhan rumput sentiasa sihat, subur dan menghijau.
- kalau bukan musim hujan, elok disiram sekurang2nya sekali sehari.
- tanahnya tidak terlalu liat agar lancar pertumbuhan akar, sebaiknya ada campuran tanah semasa awal2 proses menanam.
- rumput jangan sampai bertakung air... oleh itu harus dipastikan kedudukan tanah agak tinggi sekurang2nya sama paras dengan kaki lima rumah. Jika bertakung air, dikhuatiri ianya akan membusuk dan kemudiannya mati... ia bukan jenis yang lasak macam Cow Grass
sumber http://impiana-iman.blogspot.my/2011/02/rumput-mutiara-pearl-grass
ni gambar terkini rumput aku ni setelah hampir sebulan beliau di tampal..encik suami gigih tau siap buat water sprinkler sbb nk bg rumput dia tak kering dek panas yg melampau..
lagi satu kiteorg kn slalu balik kg..jadi beli timer setel masalah kami 😁
No comments:
Post a Comment