Saya ingin berkongsi antara keperluan2 yang penting untuk dibawa ke hospital bila sudah tiba nya waktu untuk melahirkan
Barang untuk keperluan anda sendiri
Kemungkinan besar anda akan memerlukan:
💡Pelan pelahiran anda.
💡Gaun tidur. Ia berguna jika anda mahu berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa awal pelahiran
💡Selipar.
💡Stoking. Percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
💡Baju tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu yang khas untuk dipakai di hospital.
💡Minyak urut atau losyen jika anda ingin diurut semasa pelahiran.
💡Pelembap bibir.
💡Snek dan minuman untuk anda semasa dalam peringkat pelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
💡Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
💡Kamera digital atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu kerana tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
💡Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah, permainan dan sebagainya.
💡Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi. Ini untuk memberi inspirasi kepada anda supaya terus bertahan sehingga semuanya berakhir.
💡Kelengkapan peribadi.
💡Penyembur air, atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
💡Coli menyusu, sekurang-kurangnya dua atau tiga helai.
💡Pelapik payudara untuk apabila susu badan anda mula mengalir.
💡Tuala wanita selepas bersalin jika tidak disediakan secara percuma oleh pihak hospital.
💡Seluar dalam lama/murah/pakai buang. Asalkan bukan seluar dalam yang anda sayang kerana ia mungkin akan jadi kotor. Jika anda terpaksa menjalani pembedahan, pihak hospital mungkin menyediakan seluar dalam getah yang selesa dipakai menutupi parut pembedahan.
💡Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising!
💡Telefon bimbit anda serta pengecasnya.
Barang untuk keperluan baby anda
Si manja akan memerlukan:
💡Sebuah kerusi kereta bayi
💡2-3 pasang pakaian bayi
💡Selimut bayi.
💡Lampin.
💡Sepasang/2 pasang stoking atau sarung kaki bayi.
💡Topi.
💡Kain muslin empat persegi.
Sebaik sahaja anda selesai mengemas beg hospital, ingatkan diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu hendak bersalin!
Semoga entry ini bole dijadikan panduan utk anda yg baru pertama kali bakal bergelar ibu!
Dan semoga anda dapat melahirkan si comel anda dalam keadaan sihat dan sempurna !
☺☺
kredit babycentre.com
- Posted using BlogPress from my iPhone
nice tips:)
ReplyDelete