adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Wednesday, 16 April 2014

Safiyya masih kuning (Prolonged Jaundis)

Harini dah masuk hari ke 36 umur Safiyya, smlm dah gi hosp kulai untuk ambil sample darah dan urin dia, walaupun lagi sebulan lebih baru result keluar, hopefully takdela ape2 yg bhya jadi kat safiyya.

bacaan kuning dia xde la tggi cuma 10 je, tapi sbb 3 mggu lepas last cek kuning pun bacaan masih 10 kira xde perubahan la yg berlaku

nurse bagi aku brg2 utk collect urin safiyya utk sample, aku mula2 cm pelik cmne gaya la nk amik sample urin baby kn hehe




plastik tu kene lekatkn kat tutt dia utk collect urin..jakun cikit aku ni sbb first time tgk hihi

kene buat 2 x sbb nk 2 sample urin isi dlm 2
bekas tu

darah amik kat spital je tapi aku mmg xsggup dengar die ngis sbb byk tol aku tgk tabung utk collect darah die, xsmpai hati huhu


aku kat rumah mmg dok google2 je pasal prolonged jaundis ni

ni info yg paling jitu dan padat aku dpt ::


>>Prolonged jaundice didefinisikan sebagai kuning yang berlaku kepada bayi berusia lebih dari 2minggu (matang) atau 3 minggu (pra-matang).

Kekuningan ini berlaku atas banyak faktor akan tetapi punca yg paling biasa adalah disebabkan susu ibu (breast milk jaundice).

Walaupun begitu diagnosis breast milk jaundice hanya boleh dibuat setelah semua punca yang lain di siasat melalui ujian darah.

Punca-punca utama prolonged jaundice adalah :-

1. Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst

2. Masalah jangkitan saluran kencing

3. Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES)

4. Masalah metabolic ( galactosemia)

5. Sindrom-sindrom tertentu yang berkaitan dgn masalah hati

6. Masalah kelenjar tiroid

Dalam banyak keadaan semua bayi yg mengalami prolonged jaundice akan disiasat berdasarkan clinical suspicion berdasarkan berat lahir, dan perkembangan bayi tersebut.

Setelah semua siasatan melalui ujian darah dan air kencing adalah normal maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice dan tiada rawatan diperlukan kerana ia akan hilang sehingga umur bayi berusia 2 bulan.

Ada pun begitu tanda yang merbahaya adalah sekiranya najis bayi bewarna pucat kuning atau pun warna air kencing gelap seperti teh pekat kerana itu mungkin masalah hati tersumbat. Selain itu tiada tanda yg sepatutnya merisaukan.

Saya berpandangan tiada keperluan untuk berhenti dari susu ibu walaupun mungkin ada doktor yang mensarankan demikian.

( answered by Dr Mohd Zaqrul Razmal )
kredit to doktorbudak.com

So rasanya setakat ni ank aku aktif nye kalau dia bangun, berak kencing sume mcm biasa, xde yg nmpk pelik, harap2 ni hanya la breastmilk jaundis..teruskan bagi susu banyak2 akan hilang sndiri nnt jaundis tu ..usaha gigih ni

Semoga Allah jauhkn ank2 aku dari penyakit yg bahaya


Abam Apip yg suke dengki adik..hehe..opss gigi abam dah hilang kantoii haha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...