adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Tuesday, 31 March 2015

Kisah Anak Dara Mama

Dah lama rupanya kn tak update pasal si baby ni..mama dia sangat2 la bizi..huhu..bulan ni, 12 hb aritu Anak dara kecik ni dah pun berumur setahun tau..kejap nya kan masa berlalu 

Mama pulak bulan ni dah memasuki usia 3 series..awwww..tak sangka la dah 3 series 😅😅😅


Anak dara ni sangat rajin tlg mama kemas rumah.. 😅😅



Sekarang suka mengamuk kalo ade yg tak kene dgn apa yg dia nk..dia jerit jek sesuka hati

Sekarang dlm proses nk belajar menapak..sikit2 lama2 jadi bukit la hehe..

Tak sabar nk tunggu dia boleh jalan..mesti dok berlari2 dengan abg apip nnt..Sekarang pun suka ikut abg dia ke mana sume..tp kadang abg dia buat dekk jek tak layan..bhahaha..

Semoga mama berjaya teruskan penyusuan utk adik lagi setahun ye..
Semoga adik membesar jadi anak solehah..jadi penyejuk hati mama n papa..




Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin



Saya percaya mesti semua ibu-ibu yang baru lepas bersalin takut kn tengok perut masing2..yela bila kita baru bersalin..perut memang akan kelihatan buncit lagi..seakan-akan masih ade baby lagi satu yang belum keluar kan 😝😝

Tapi bila kita melalui proses berpantang dengan  betul..lama kelamaan perut akan kembali kempis seperti sediakala..kalau sediakala tak brp nak kempis tu..terima jek la kejadiannya..hehe..tapiiii kan..seandainya masa pantang tu bagi sepenuh perhatian kat perut kn memang tak mustahil pun perut akn lebih kempis dari perut yg asal..hehe



Jom saya nk share tips2 untuk anda dapatkan kembali perut yg langsing bak che' ta selepas bersalin ( opsss.. ) haha

1. Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perahkan jus limau dan gaul bersama kapur tadi. Sapukan pada perut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan bole amalkan selama 40 hari semasa berpantang sebelum memakai bengkung , kalau dah tak buat masa pantang..pada bila-bila masa pun bole

2. Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk sehingga menjadi halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Malah,wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

3. Satukan satu camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan satu camca besar air limau nipis. Sapukan pada perut selepas bersalin. Lakukan selama beberapa minggu. InsyaAllah, perut kembali kendur dan kedutan juga hilang.

4. Tumbuk kapur sirih, daun jambu batu dan halia hingga lumat. Sapukan pada bahagian perut dengan menggunakan bengkung. Lakukan pada setiap malam.

5. Ambilkan beberapa biji buah delima,kemudian kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering,rebuskan buah delima tersebut dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.

6. Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus dan campurkan dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka yang telah dicampurkan air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati,sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung dengan ketat.

7. Ambil 2 sentimeter kunyit hidup dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu, ambil air patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis. Minum diiringi selawat pada waktu pagi dan malam.

8. Bancuh secawan teh pekat. Campurkan dengan sedikit gula dan perahan sebiji limau nipis. Minum sementara air masih suam. Petua ini boleh diamalkan selesai proses berpantang.

9. Angkat kaki sambil berbaring dan tangan diletakkan di bawah kepala. Lakukan senaman ringan ini setiap hari selama 20minit.

10. Bancuh segelas air dengan sedikit kapur. Perapkan air kapur sehingga mendap kapurnya ke bawah gelas. Ambil air yang jernih di sebelah atas dan perahkan sebiji limau nipis. Minum air tersebut dua kali pada setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam.

11. Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak tidak akan diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

12. Rebus 10 helai daun salam dalam air sebanyak dua gelas. Rebuskan hingga mendidih. Sejukkan dan minum dua kali pada setiap hari.

13. Bancuh sedikit asam jawa bersama segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Pada keesokkan paginya,minumlah air tersebut sebelum membasuh muka.

14. Amalkan makan 1 biji tomato yang tidak begitu ranum dan saiz yang sederhana besar setiap hari.

15. Petua ini sangat mudah untuk dilakukan dan kesannya adalah menakjubkan kepada perut anda. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudiannya. Anda juga diingatkan supaya jangan mengamalkan minum air berair sekiranya ingin kempiskan perut selepas bersalin.

Wah- wah..kemain banyak lagi kan petua..tinggal tunggu kerajinan je nk buat ke tak..bukan maksudnya semua sekali kene buat..anda bole la pilih mana2 yg bersesuain atau mengikut keselesaan masing2 ye

Semoga berjaya dapatkan kembali perut yang kempis kempus langsing mangsing tu ye 

Good luck !! 😘😘

Monday, 30 March 2015

Kaedah Perancang Keluarga-IUCD

Selamat petang ibu-ibu semua..arini saya nak cerita sikit pasal kaedah untuk perancangan keluarga ni..Kita bukan nk menolak rezeki yg Allah bagi..Tapi seelok2 merancang tu utk bagi penyusuan sehingga anak 2tahun, dan bole manjakan anak puas2 sebelum dia dpt adik baru kan 😁

Walaupun ada yang menyusukan bayi secara eksclusif..anda jangan fikir yg anda selamat ye..walaupun anda tak period..tapi kadangkala bole jadi anda telah subur pd masa tu..haaa..jadi kene la berjaga2 ye..

Kalau macam saya, walaupun menyusu badan sepenuhnya..sebulan lepas habis nifas, period terus datang..masa bersalin  anak ke dua pun macam tu jugak ( nampak tak terlebih subur kat situ 😝😝)

ok cukup jangan banyak melalut..

Ada beberapa jenis kaedah untuk perancangan keluarga yg saya tahu

- pil perancang
- injek depo
- implan
- iucd

Ok..kebanyakan daripada kaedah2 di atas tu akan mengganggu hormon kita..

Hanya kaedah Iucd sahaj yg tidak mengganggu hormon tau.. sebelum buat keputusan utk pasang IUCD ni..saya dah buat banyak pencarian di google..baca seba sedikit info2 pasal alat perancangan yg lain..maka keputusan telah dibuat sebulat suara utk menggunakan kaedah IUCD ni

Kenapa saya pilih Iucd eh??

- sebab saya seorg yg pelupa utk makan pil
- sebab saya mudah gemuk..dah la mmg chubby( taknak ngaku tu gemuk) 
- sebab sy nk fully bf ank sy
- sebab taknak amik sesuatu yg bole ganggu cycle period saya
- taknak buat yg ade operation2 walaupun kecik nya operation


Jangan risau ye ibu-ibu..IUCD ni tidak memerlukan sebarang pembedahan pun..prosedur nak masukan IUcD tu pun memang sangat cepat

Kalau anda takut aurat dilihat oleh doc yg bukan muhrim..saya cadangkan anda pilih lah klinik swasta yg mempunyai doc perempuan..sebabnya waktu ni bukan la darurat kan untuk kita tayang alat sulit kita pada bukan muhrim..mesti segan..mmg la kita kene keluar duit sikit bila buat di swasta tapi kosnya tak besar pun..

Untuk pertama kali saya pasang IUCd ni saya kene cas rm180..kali kedua pasang dah turun harga jadi rm170 ..walaupun buat di klinik yg sama..IUCD ni pulak bole bertahan maximum sehingga 3 tahun dan anda bole bukak bila2 masa rasa nak bukak.. macam saya hehe

ini la rupenye IUCD tu ye..ade lagi satu bentuk yg berupa T jek..tapi selama saya guna hanya bentuk yg ni doc bagi hehe..


Di situ la kedudukan IUCD dlm rahim kita..

Selama saya menggunakan IUCD ni memang takde ape2 alahan ke, ketakserasian ke sbb saya period normal mcm biasa 7-8 hari..perido setiap bulan dgn cycle 30-31 hari..dan bila rasa nk preggy lagi bole la ke klinik berhampiran untuk surug doc keluarkan dia..jangan pandai2 pulak ye nak keluarkan sendiri..

Mesti ade yg nak tanya kan..masa hubungan bersama tu macamana..setakat ni rasanya semua pun ok jek xde rasa tak selesa atau ape..mungkin lain doc lain cara buatnya..
tapi saya mmg belum pernah rasa yg tak selesa tu lagi sejak saya guna IUCd ni walaupun ni dah kali yg kedua 

Kalau ada sape2 nak tanya apa2 maklumat pasal IUCD ni yg saya tak tulis dalam ni anda bole jek terus wassap saya ye..saya bole share pengalaman guna IUCD ni free jek 😁😁
farah

Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris


Kalau anda sedang tercari2 alternatif atau bahan rujukan sampingan untuk anak anda lebih mudah memahami bahasa inggeris..buku ini jawapnnya





Buku ini tidak di jual di kedai2 tau
Eksklusif dari Blog ini sahaja..
Buku ni ada dwibahasa untuk memudahkan pelajar yg baru nk belajar bahasa inggeris ni.
sesuai untuk umur 7 tahun dan ke atas,

harga nya rm39 senaskah
kalau nak CoD sekitar gombak, gong badak, kT..
Untuk peneposan pula kami hanya caj rm5 jek di semenanjung ye
dan rm10 poslaju sabah/sarawak
bole terus wassap saya utk tempahan 
farah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...