Kelmarin, sepupu yang paling rapat dengan aku wassap bertanyakan pasal supplement untuk beliau..katanya dia selalu sangat sakit lutut..lagi pulak selalu kene naik turun tangga sebab kerja di bangunan bertingkat..
Ku ingatkan mula-mula sakit lutut biasa2 aje..mungkin agaknya dia kurang kalsium..
tapi bila dia sebut dia ade penyakit Rheumatoid Arthritis ni terus la ku gigih menggugel nak tau ape ke bende la penyakit dia nama pun dah jarang2 aje dengar kan..
jadi..ini lah yang aku dapat dari gugel.
Orang dengan RA dapat mengalami peningkatan gejala -yang disebut flares (jilatan api) - yang dapat berlaku selama beberapa hari hingga minggu. Mereka juga dapat mengalami periode remisi di mana mereka memiliki sedikit atau tanpa gejala sama sekali.
Tidak ada ubat yang spesifik untuk rheumatoid arthritis, tetapi beberapa jenis ubat dapat memperlambat perkembangan penyakit dan meringankan gejala .
Sumber:
Sumber:
http://www.medicinestuffs.com/2014/01/rheumatoid-arthritis.html?m=1
Copyright © MedStuffs
Copyright © MedStuffs
carta dari website dietvsdisease.org
Mengikut carta bergambar tu, •perempuan 3x lebih mudah dapat penyakit RA ni
•80% penghidap RA berumur antara 35-80 tahun
•70% penghidap RA bermasalah pada pergelangan tangan dan tangan
•90% mempunyai masalah di kaki
Tanda-Tanda dan Gejala-Gejala
•Sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan.
•Kekakuan sendi yang lebih ketara di sebelah pagi atau selepas lama berehat.
•Berasa letih dan lesu.
•Kekeringan mata dan mulut.
Rawatan yang digunakan:
1. Ubat-ubatan:
-Ubat NSAIDs (‘Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’) dapat mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi.
-Ubat DMARDs (‘Disease Modifying Anti-Rheumatic Drugs’) bertujuan merencatkan kerosakan dan kecacatan sendi.
-Ubat Biologic – merupakan ubat baru bertujuan merencatkan kerosakan dan kecacatan sendi.
-Ubat Steroid kadangkala diperlukan untuk jangkamasa yang pendek sementara menunggu ubat DMARDs menunjukkan kesannya.
Disebabkan penggunaan ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan, maka anda perlu mendapatkan nasihat doktor yang merawat anda.
2. Pemulihan anggota dan cara kerja:
-Rawatan ‘hot pack’ untuk mengurangkan kesakitan dan ketegangan sendi (fisioterapi).
-Senaman untuk menguatkan otot dan mempertingkatkan pergerakan sendi.
Senaman yang tidak memberi bebanan ke atas sendi seperti berenang amat digalakkan.
Jenis senaman bergantung atas keupayaan anda.
Amalan senaman ini perlulah diseimbangkan dengan masa rehat.
penyakit arthritis juga boleh dirawat dengan mengubah diet kita.
Perbanyakkan memakan sayur-sayuran dan kurangkan memakan daging, telur, bahan-bahan tenusu seperti keju dan mentega, makanan manis seperti kek dan kuih.
Tujuannya ialah untuk menurunkan paras lemak tepu dan meningkatkan paras ‘polyunsaturated fat’ di dalam badan. Hasil kajian mendapati lemak tepu boleh menjadi pemangkin kepada proses radang di dalam badan.
Selain itu, para pesakit juga digalakkan mengambil pemakanan yang mempunyai banyak minyak Omega-3 seperti ikan kerana minyak Omega-3 telah terbukti dapat meredakan aktiviti radang pada sendi.
Disebabkan ia adalah penyakit kronik, RA akan kerap menimbulkan masalah dan tidak akan hilang begitu sahaja. Aktiviti penyakit juga akan kerap berlaku. RA ialah penyakit yang sistemik, di mana ia boleh menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Adalah penting untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal untuk RA jika anda ingin teruskan kehidupan yang produktif. Kajian menunjukkan rawatan awal RA yang agresif dapat mengawal kerosakan sendi, lantas mengurangkan masalah kehilangan pergerakan, meningkatkan keupayaan untuk bekerja, mengurangkan kos perubatan dan menurunkan keperluan pembedahan.
Terdapat juga beberapa supplement yang boleh diambil oleh pesakit ( atas nasihat doktor) yang dapat membantu mengurangkan kesakitan dan ketegangan sendi.
Tapi kita akan cerita pada next entry ye untuk supplement Arthritis ni.
cukup la setakat ini entry pasal rheumatoid arthritis ni.. 😊
sumber
drsendiurat.com
diarypesakitrheumatoidarthritis.blogspot
farah
Shaklee consultant kuala terengganu