Sewaktu ibu-ibu sedang hamil, ada di antara ibu-ibu yang mengalami pertambahan berat badan yang drastik kan..jadi jangan la susah hati ye..lalui la detik2 manis sewaktu mengandung tu sebaik mungkin..lepas bersalin, baru usaha untuk turunkan berat badan habis-habisan..
Sebenarnya tak susah sangat pun utk jadi selim balik lepas bersalin tu..tapi kene la tau cara yang betul nak dapatkan balik berat sewaktu belum mengandung tu ye
Jom kita tengok 10 cara yg semua org boleh buat lepas bersalin atau selepas pantang la untuk kembali langsing.
1. Menyusukan bayi
Susu ibu ni bukan sahaja sangat baik utk bayi anda..malah ia dapat membuat badan anda kembali ke bentuk asal secara natural je..dalam proses menyusu kita memang sentiasa rasa lapar lebih2 lagi bila baby kuat menyusu tapi anda harus ambil makanan dlm kuantiti yg kecik tetapi kerap, lagi baby kuat menyusu lagi banyak la kalori yg anda dapat bakar tu
2. Menguruskan bayi anda sendiri
Cuba untuk uruskan sendiri bayi anda sepenuhnya..lebih2 lagi kalau ada anak2 lain macam saya ni..ade lagi 2 org anak yg sedang lasak, susah tentu akan merasa letih kan, tapi cuba anggap itu adalah senaman untuk anda bakar lemak2 dlm badan tu..mesti anda akan lakukan aktiviti harian anda dengan happy kan..
3. Turun naik tangga
Kalau anda tinggal di rumah 2 tingkat, pasti anda kerap turun dan naik tangga setiap hari supaya lebih byk kalori dapat dibakar oleh tubuh anda, sekiranya bekerja, cuba elakkan untuk naik lif, naik tangga semampu yg mungkin, walaupun penat tapi ini adalah senaman yg paling mudah untuk anda membakar kalori anda tanpa anda sedari
4. Bermain dengan bayi
Cuba anda jadikan masa bermain dengan bayi anda sebagai satu senaman, cth mcm letakkan bayi di kaki anda dlm keadaan anda berbaring , atau pun buat senamrobik sekali dengan bayi..mesti bayi anda akan turut terhibur.. dan dlm pada masa yg anda dah dapat bakar kalori dengan banyak . Tapi sila pastikan masa anda buat kaedah begini bayi dah berumur 5 bulan keatas tau 😁
5. Bersenam ketika bayi tidur
Ketika bayi anda sedang tidur, cuba curi2 masa untuk lakukan sedikit senaman, dapat buat dalam 20-30 minit pun dah memadai..yg penting lakukan dengan konsisten
6. Berenang
Untuk yg ada kemudahan swimming pool, boleh rehat2 kan diri dengan aktiviti renang. Bagi yg takda kemudahan pun tak salah waktu hujung2 minggu bwk anak2 ke mana2 swimming pool awam utk ajak mereka berenang skali..tapi pastikan anak- anak diawasi setiap saat ye sekiranya mereka tak pndai berenang..Berenang memang sangat2 membantu utk anda kembali langsing tau
7. Senaman lantai pelvik
Jangan lupa juga lakukan senaman lantai pelvik setiap hari.. ianya bagus utk kuatkan otot2 vagina anda dan menyihatkan bhgian kewanitaan anda..suami pasti selalu tersenyum 😍
8. Senaman mengikut video
Download apa- apa jua senaman mudah di youtube..dan anda hanya perlu ikut jurulatih di video tersebut bersenam..jimat, mudah dan berkesan!!
9. Jurulatih peribadi
Kalau yg berkemampuan tu nak lantik jurulatih peribadi di Gym2 pun boleh jugak..tapi tengok la poket masing2 dulu tau..hehe
10. Membuat kerja rumah
Haaa.. yg ni paling menjimatkan duit..jimat masa semua..tapi setiap hari pun wajib buat..hehe..kemas rumah anda setiap hari, sapu dan mop setiap hari kalau rajin, masa ni mmg anda akan berpeluh- peluh tak hingat punya..kalau yg rumah 2 tingkat tu lagi best..lagi byk la kalori anda bole bakar utk kembali langsing kan ..
Bagi yang bersalin secara pembedahan, sebelum anda lakukan apa-apa senaman sila pastikan dengan doktor yang anda dah betul2 sembuh luar dan dalam ye..takut pulak ade senaman yg masih belum sesuai utk anda lakukan
Yang lain tu jangan segan-segan..bole terus cuba aktiviti2 di rumah skrg juga!! kata nk langsing dan slim kan 😊😊