Bagi sesiapa yg ada masalah2 di bawah ni bole la cuba petua2 ni ye
Rawat gastrik
Amalkan meminum madu 2x sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur, minum bersama segelas air suam dan pastikan hanya menggunakan madu asli ye
Menghilangkan bisul
Gosokkan bisul dgn bawang putih, bisul akan mengempis tanpa kesan parut
Ubat sakit tekak
Ambil beberapa keping asam gelugur, bakar hingga hangus, lepas tu tumbuk dan gaul dengan sedikit air sirih, kemudian sapu pada bahagian tekak yg sakit, InsyaAllah sakit tekak akan cpt sembuh
Ubat sakit dada
Tumbuk lumat beberapa ulas halia dan perah airnya.
Ambil satu biji telur ayam kampung, keluarkan kuning nya sahaja
Campurkan bersama madu lebah tulen.
Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan
Kalau sakit perut, perut kembung atau cirit birit, ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu.
Kunyah daun jambu dengan garam dan telan air nya atau telan dengan daun skali. InsyaAllah mujarab
Bintik-bintik merah di badan
Sekiranya badan anda terkena bintik- bintik merah yg gatal atau pedih, ambil sepotong kunyit, parut kunyit tu, letak kapur sirih serta air.
Panaskan ramuan tersebut atas api dan sejukkan.
Sapu pada bahagian bengkak-bengkak.
Petua utk kulit kering
Ambil sebiji pisang, lumatkan dengan sesudu teh madu dan minyak zaitun.
Sapukan pada wajah, biar selama setengah jam atau sehingga kering, selepas itu bilas dengan air bersih.
Hilangkan warna kunyit dlm kuku
Ambil beberapa biji limau nipis atau limau kasturi, kemudian rendam tangan dalam air perahan tersebut, InsyaAllah akan hilang warna kunyit di kuku
Masalah uban
Ada masalah rambut beruban walaupun masih muda?
Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
Masak dengan api sederhana hingga daun kari hangus dan sejukkan pada suhu bilik.
Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut.
Segarkan kulit
Pilih sama ada mahu gunakan tomato, timun atau kentang.
Gunakan salah satu sebelum tidur.
Cuci muka dengan bersih terlebih dahulu, lalu hiris salah satu dari buah tersebut dan usap ke wajah, biarkan kering.
Keesokkan nya usap muka dengan tuala dan air hangat, selepas itu bilas dengan air sejuk utk menutup pori wajah..
No comments:
Post a Comment