1. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang segar
Kalau boleh elakkan makan makanan segera kerana ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan. Sayur dan buah organik mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan.
2. Makanan tinggi serat
Makan makanan yg tinggi serat kerana ia membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan. Antara makanan yg tinggi serat adalah bijirin, tembikai, beras merah, roti gandum, kekacang.
3. Sayuran berdaun hijau
Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.
4. Makanan yang membantu kitaran haid lancar
Kitaran haid yg tidak teratur menjadi salah satu punca seseorang sukar untuk hamil. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledak dan oren adalah jenis makanan yang membantu wantai mendapat kitaran haid yang tepat.
5. Makanan tinggi asid folik
Adid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.
6. Makanan kaya vitamin C
Rajinlah makan jenis makanan ini untuk memudahkan anda cepat hamil. Antara makanan ini seperti oren, strawberi, brokoli, kobis Brussel dan lain-lain.
7. Kekacang
Jenis kekacang sangat tinggi kandaunga asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.
8. Produk tenusu
Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang
kehamilan dengan lebih cepat
Kita hanya mampu berusaha dan jangan berputus harap, teruskan berusaha dan berdoa supaya mudah-mudahan dimurahkan rezeki untuk cepat menimang cahaya mata.
Sumber Majalah PaMa
No comments:
Post a Comment