adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Friday, 30 October 2015

Tips untuk meringankan kesakitan dan mempercepatkan bukaan jalan sewaktu di Bilik Bersalin

Saya sudah melalui sakit untuk bersalin sebanyak 2kali dan bakal merasainya lagi sekali 2 bulan akan datang.. 

Waktu anak pertama dulu saya berusaha tahan sakit kontraksi tu kat rumah..sebab saya ingat tu cuma sakit biasa..tapi sebab dah tak dapat nak menahan sakit terus ke klinik bersalin ( anak pertama bersalin di Pusat Bersalin Perdana Taman University) dan cek bukaan rupanya dah 6-7cm..nasib baik anak pertama jadi takde la bayi tu terus rasa nak keluar hehe, duduk trs atas katil utk bersalin , 2jam kemudian bayi pun keluar..jadi tak byk masa yg saya habiskn di klinik tu semasa sakit kontraksi..

Untuk anak ke-2, saya bersalin di HSA Jb, sempat datang awal dan tunggu di wad sampai bersalin..cek jalan cuma ms di bilik saringan jalan baru 2 cm pukul 12tghari..lepas tu langsung takde kene cek jalan mungkun nurse ingat lambat lagi sebab baru 2cm..sempat tidur kejap malam tu kat wad tapi pukul3 rasa mcm nk buang air besar pulak..tapi kaki dah menggigil rasa lain macam, terus suruh nurse cek jalan tgk2 dah 7cm terus masuk labour room dah bersalin dlm setengah jam lepas tu, sampaikan encik suami pun tak sempat smpai ke hospital bayi dah keluar dulu ..hehe..


Jadi saya nak share sikit pengalaman sendiri untuk mempercepatkan bukaan dan kurangkan sakit masa bersalin

1. Banyakkan baca tasbih nabi yunus setiap masa


Bacalah sebanyak kali yg mmpu ketika sakit datang dan banyakkan bertasboh bertahmid..InshaAllah ia juga dapat memudahkan untuk bersalin

2. Cuba bejalan-jalan dan lakukan senaman 

Masa saya kat wad, saya selalu buat ketuk ketampi, masa kat rumah saya byk berjalan dlm rumah dan turun naik tangga . jangan hanya duduk di katil dan tunggu jalan terbukak.

3. Cuba sibukkan diri 

cuba baca majalah,banyakkan mengaji Al-Quran, ajak rakan di sebelah berborak mengenai pengalaman masing2 sekiranya beliau dalam mood yang baik..ini cuma nk melupakan seketika sakit yang sedang anda rasai

4. Dapatkan Ubat Tahan Sakit

Sekiranya betul2 dah tak tahan sakit, cuba minta nurse ubat untuk tahan sakit.jangan terlalu taksub taknak terima ubat tahan sakit sampai anda yang menderita, namun setakat ni saya masih mampu untuk bertahan dan tak pernah lagi dapatkan ubat tahan sakit. Tetapi kesakitan yg bakal di rasai oleh setiap orang adalah berbeza-beza ye.

5. Mohon maaf pada orang terdekat

Ini penting tau, jangan lupa minta maaf pada suami , ibu dan bapa, mertua, rakan2, dan kalau boleh pada semua yang kenal kita..Suami adalah orang yang paling penting utk kita dapatkan keredhaan supaya mudah untuk kita bersalin

6. Makan dan minum secukupnya

Makan kurma, telur setengah masak, air milo, roti atau makanan2 lain yg berkhasiat dan dapat bagi anda tenaga untuk meneran nanti.

7. Banyakkan berdoa

Bila dah berusaha untuk kurangkan semua kesakitan kita jangan lupa untuk berdoa tau, selagi belum bersalin kita masih wajib untuk bersolat, solat lah selagi mampu dengan cara apa skali pun..berdoa byk2, pada Allah , bagi yg Islam, dan pada tuhan masing2 pada bukan islam agar kita dapat bersalin dengan mudah dan tuhan ringankan kesakitan yang kita tanggung.

Semoga perkongsian saya yang tak seberapa ini memberi manfaat untuk anda semua  dan doakan juga untuk saya agar kelahiran yg ke-3 ini dipermudahkan. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...