Bila Tahap Hb kurang dari 11 buku merah anda akan di tanda dengan pen bewarna merah..haaa bila dah tanda dengan pen merah ..kene la hati-hati dan cuba usaha untuk naikkan balik Hb anda..
jom berkenalan sikit dengan Anemia ni
Apa tu Anemia?
Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin (HB) yang rendah semasa mengandung.
Semasa kehamilan, badan anda menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi. Jika tak dapat cukup zat besi atau lain-lain nutrien tertentu, badan mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah sel-sel darah merah yang diperlukan.
Hb ni penting sebab ia akan membawa masuk oksigen ke dalam setiap sel-sel tisu dalam badan
Tanda-tanda bila anda dah mengalami Anemia
1. Terasa Letih dan lemah
2. Kulit kelihatan pucat lesi
3. Jantung berdegup kencang
4. Terasa sesak nafas
5. Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
6. Mengalami keguguran
7. Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
8. Risiko alami penyakit berjangkit
Jangan amik mudah tau bila dah tau diri kena Anemia ni sebab ia adalah bahaya untuk bayi dlm kandungan anda
Kesan Anemia pada bayi dalam kandungan:
1. Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
2. Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
3. Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
4. Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
5. Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Di mana tahap Hb anda ?
< 6.9 : SANGAT TERUK
6.9 - 8.0 : TERUK
8.0 - 9.5 : SEDERHANA
9.5 - 10.5 : RINGAN
kalau sampai masuk kategori teruk tu berhati-hati tau sebab itu yang membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan..bagi kategori ringan ia tak la jadi bahaya untuk bayi tapi kita kene juga usaha untuk naikkan balik Hb tu
Tips untuk menaikkan Hb anda @ mengatasi masalah Anemia
1. Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi macam kerang, kupang, lala, tiram, ikan bilis..
masa mengandung anak ke-2, Hb aku tu kadang2 tak cantik jugak tapi dalam kategori ringan je, masa tu memang pulun habis cari kerang makan hari2, ratah macam tu jek huhu
2. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus, daun pudina, cekur manis, dan daun remunggai.
3. Elak meminum teh, kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi.Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.
4, Banyakkan pengambilan makanan/buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi yang optimum ke dalam badan..
5. Ambil vitamin untuk tambah darah , kebiasaanya KK akan bagi vitamin Iron yg kecik2 tu..ade KK yg bagi Iberet jugak.
Tapi kan untuk kehamilan ke-3 ni aku cuma makan Vitalea Shaklee jek 2 biji sehari Hb aku mmg sangat cun! 12.3 yg paling terkini 😄😄
No comments:
Post a Comment