adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Friday 18 December 2015

Bentan Ketika Berpantang

Bentan ni sangat ditakuti oleh ibu-ibu baru lepas bersalin kan, apa tidaknya bila dah bentan pulak tu dalam keadaan masih berpantang mesti lah ianya sangat sukar untuk ibu-ibu menguruskn bayi dengan sempurna.

Saya masih belum pernah lagi merasa bagaimana pengalaman bentan tu , syukur Alhamdulillah , tapi ade kawan-kawan yang dah pernah terkena memang kesian bila dengar..ada yang demam sampai menggigil-gigil , ada yang sakit urat seluruh badan.. jadi kalau boleh cuba la sehabis upaya kita untuk berpantang dengan sempurna supaya dapat elakkan masalah-masalah lain terutamanya bentan ni



Jom kita kenali serba sedikit pasal bentan ni

Jenis-jenis bentan

Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

 

Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

 

Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

 
Ibu-ibu harus ambil langkah berjaga-jaga walaupun dihujung-hujung tempoh berpantang, masih ade ibu yang terkena masalah bentan ni. 

Maka kalau bole sepanjang berpantang tu cuba amalkan tips di bawah ni utk mengelakkan anda bentan 

Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek selain dari mengangkat bayi anda.Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

Kita juga kalau boleh elakkan byk berjalan dikhuatiri ibu jari kaki terlanggar sesuatu yg keras yg bole juga mengakibatkan masalah bentan dan tumpah darah.

Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman. 

Pastikan tuala wanita ditukar setiap beberapa jam sekiranya anda rasa ia telah penuh atau setipa kali anda membuang air dan lap sehingga kering bahagian luka anda

Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terusng, nangka muda.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...